Sunday, 30 October 2016

linzkushina dot com

As'salam.. Apa khabar kengkawan??.. Ai tengah excited ni.. hehehehe.. Dah lama pasang angan-angan nak beli domain.. Insya-Allah.. Lepas ni blog Ai akan guna domain dot com..
Hope lebih bersemangat nak update blog.. hahahaha... Tapi banyak yang Ai kena setting semula.. Sorry la bagi kengkawan yang tertunggu-tunggu coretan Ai.. Macam yang Ai pernah story pada awal bulan ritu (entry sebelum ni), sekarang Ai sedikit sibuk.. Sibuk dengan kerja hakiki dan kerja-kerja part-time.. Penat tak terkejar rasa nak buat semua sekali serentak..

Tapi bila tengok hasilnya, rasa puas sangat.. Sebenarnya, ada banyak yang Ai nak story mori.. Cuma malas nak ngadap notebook.. Ada story pasal HK dah 2 bulan tidur sendiri.. huhuhu.. Dah besar baby boboiyot Ai.. Ai juga ada janji dengan readers nak buat entry tentang pengalaman interview kerja kerani / pembantu tadbir (kewangan).. Dan ada kisah sambungan nasi goreng ikan masin.. huhuhuhu... Ila, Ai rindu sangat kat awak.. Siapa Ila?? Kena tunggu entry sambungan tu ye.. hahahaha... Macam buat iklan drama pula..

Actually, dari bulan puasa Ai berulang dengan kereta.. Coz motor rosak.. Pernah plan nak berulang dengan komuter.. Tapi penatnya lebih berganda coz kena banyak berjalan..

Minggu lepas, Ai sembang dengan sorang penyelia keselamatan.. Kebetulan dulu dia pernah berulang dari kamunting (atas lagi dari bagan serai).. Dia kata, naik komuter then tinggal motor kat stesen ktm butterworth.. So dari ktm naik motor la masuk feri.. Keluar feri boleh terus pecut pergi opis.. Eerrrrrmmmm... Kalau tahun depan masih tak dapat tukar, terpaksalah guna idea penyelia tu...



Nota Jari: Ina, plesss dongibab... caiyok.. caiyok.. caiyok..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...