Sunday, 7 August 2016

Bundle Online

As'salam.. Salam Zulkaedah.. hehehe.. Syawal dah habis, tapi Ai masih lagi buat biskut kacang setiap hari minggu.. Ada kengkawan opis nak order tapi Ai tak tau nak jual kira macamna?? Ai seronok buat sebab ada yang sudi makan.. Nanti kalau dorang dah jemu, Ai nak try buat biskut lain pula.. hahahaha..
HK menggayakan seluar bundle acik Dhia Faira dan Magic Stroller yang umi jual...
Minggu ni, rasa semangat nak jejalan coz Magic Stroller dah sampai.. hehehe.. Penat tau nak kejar HK.. Dia lari macam lipas kudung.. huhuhu.. Kalau nak dukung, badan HK macam nak sama saiz dengan Ai je.. Inilah dilema ibu-ibu yang bersaiz kecik molek macam Ai.. Anak pula ikut baka ayahnya, so memang nampak umi macam kakak sulong la.. kuang..kuang..kuang.. Kepada yang berminat untuk beli stroller macam ni, boleh contact owner Hakun Niaga: 019-3201012 (Ai lah orangnya)..


Bundle Online

Sebenarnya, dah lama nak story tentang beli pakaian bundle online ni.. Ai mula terjebak since tahun lepas lagi.. Tak terkira berapa banyak dah Ai beli.. Kalau bernasib baik, dapat bundle yang ada jenama dan gred A+..
Antara koleksi bundle online yang Ai beli untuk HK dan HB.. HK selalu dapat brand baby kiko.. Kualiti memang tip top walaupun bundle.. Harga yang paling mahal pun (antara yang ada dalam pic atas ni), cuma RM15.. Ai dah check harga di Sogo dan Aeon, seluar baby kiko ni harga RM79.90 sehelai.. huhuhu.. Memang tak mampu la.. Ai pun beli seluar Goggles masa time diskaun, tu pun dapat harga RM39.90.. Last beli tahun 2011.. Dah 5 tahun pakai jeans Goggles tu.. hehehehe..
Ni la owner bundle online tu.. Boleh search mukabuku dia.. Terbaiklah.. Ni pic seluar yang Ai beli untuk HB dan HK masa nak raya ritu.. hahaha.. Baju raya je beli yang baru.. Seluar jeans beli yang bundle je..
Asyik beli untuk HB dan HK je, umi pun nak juga.. hehehe.. Sesaja gatal beli seluar ni untuk Ai.. Baru sampai 2 hari lepas.. Wah, tak sangka.. Memang muat la, Ai pakai.. Boleh la buat pakai dalam rumah je.. Nak pakai kat luar rumah, rasa seksi sangat coz labuhnya lebih sikit je dari lutut..

Baru-baru ni, ada syarikat dari jepun offer untuk berurus niaga dengan Ai.. Dorang supply macam-macam barangan terpakai.. Ai tengah deal dengan dorang.. Furniture dorang cantik-cantik.. Tapi kalau Ai import used furniture, kat mana pula Ai nak simpan?? Rumah Ai memang la takde perabot, tapi takkan la nak jadikan stor used furniture pula.. huhuhuhu..


Nota Jari: Ok.. Baru tau, Ai sesuai pakai baju saiz budak umur 12 tahun.. hukhukhuk..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...