Wednesday, 27 July 2016

Masih Di Sini....

As'salam... Kengkawan apa khabar?? Ada yang masih mabuk lemang dan ketupat ke?? Ke ada yang mabuk Biskut Kacang... kuang..kuang..kuang.... Puasa 6 dah habis buat ke?? Ai, hari ni last puasa 6.. Esok boleh raya... hehehehe..
Stesen KTM Bagan Serai
Minggu lepas, KG buat topik; 'kalau Ai boleh pilih (selain dari kerja sekarang), Ai nak kerja apa??'.. Ai takde idea nak jawab on the spot.. Ke sebab terkejut?? hahahaha.. KG kata dia nak jadi driver coz boleh travel dan bawa macam-macam jenis kereta.. Ai balik cuti hari minggu, baru teringat.. Masa Ai kerja di KL dulu, pernah juga la berangan-angan nak kerja jadi pengalih suara untuk anime.. hehehe.. Sebab Ai kan minat tengok anime.. So kalau Ai kerja pengalih suara untuk anime, secara tak langsung Ai dah tau jalan cerita anime tu.. Waaaahhhhh... Bahagianya hidup.. Tapi kena watak yang lemah lembut coz suara Ai halus + nyaring.. So tak sesuai watak garang macam mak tiri or perempuan jahat... hahahahaha... Demand la pula..
Hasil tungkus-lumus hari minggu
Tak sangka boleh terjebak dengan perusahaan biskut kacang.. hahahaha.. KW beli bahan siap-siap dan minta Ai tolong buatkan.. Hasil 500g kacang, dapat 2 balang.. Dah alang-alang buat biskut untuk KW, buat juga la biskut untuk Ai dan anak-anak.. Biskut makmur susu... hehehehe.. KW dan paman siap kata, tahun depan nak order kat Ai je biskut raya.. huhuhuhu.. Tak mampu dan tak sanggup rasanya nak ambil order.. hahahaha..
Dalam sibuk-sibuk tu, sempatkan juga pergi hantar alas sofa ke rumah customer.. Ramai betul yang mencari alas sofa.. Sorry, kali ni tak ambil banyak design.. Ada 3 design je.. Dan stok tersangatlah terhad.. Yang mana berminat untuk buat pembelian, boleh wasap or telegram: 019-3201012 (owner Hakun Niaga - PG0382930X)... hehehehehe... Ai lah orangnya..
Balik tu singgah KTM bagan serai untuk tengok jadual perjalanan komuter..  Coz Ai masih di sini.. Masih tak dapat tukar.. Tapi masih cuba lagi mohon pertukaran baru.. So cadang start bulan depan, Ai nak berulang naik komuter pula.. Boleh la tidur.. kuang..kuang..kuang.. Tapi rasanya penat tu sama je.. Coz kalau ikut jadual perjalanannya, 6.21am dari bagan serai sampai butterworth pukul 6.59am.. Then, Ai nak naik feri dan naik bas ke opis.. Esok nak test, boleh sampai opis sebelum pukul 8am tak?? Cuma masalahnya, Ai tak tau nak naik bas no berapa untuk ke opis dari jeti.. hehehehe.. So esok memang akan lewat juga la..

Kalau tengok dari segi kos perjalanan, Ai naik motor lagi murah.. Tapi dari segi keselamatan, naik komuter lebih selamat.. Dan boleh la tidur kejap.. hahahaha.. Tak habis-habis nak tidur.. Penat tau berulang jauh setiap hari.. Sebab tu badan tak sempat nak mengumpul lemak.. kuang..kuang..kuang.. Buat statement sedih pula.. Ai memang tak nak pindah duduk dekat dengan opis.. Coz dah selesa dengan rumah sekarang dan HK pun dan serasi sangat dengan ibu dan ayah (pengasuh suami isteri).. Dan kos sara hidup di kampung lebih murah..So biarlah Ai yang berkorban.. Sekurang-kurangnya, Ai tak risau tentang HK.. Cuma setiap hari, Ai berdoa semoga perjalanan Ai selamat pergi dan balik kerja.. Supaya Ai tak pulang sebagai jenazah... hukhukhukhuk.. 




Nota Jari: Tajuk entry lagu tema Boboiboy The Movie (Masih Di Sini - Bunkface).. huhuhu.. HK sehari 3-4 kali ulang cerita boboiboy..

4 comments:

  1. tabahnya ai ulang alik jauh setiap hri...sy pun memerlukn motivasi dan ketabahan utk ulang alik sejauh lbih kurg 70km sehala pasni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila terpaksa dan ada tanggungjawab yg perlu dipikul, beban tu dgn sendiri akan jd mudah.. Walaupun ia terlalu mustahil bg org lain.. Hukhukhuk..

      Hanya Allah yang tahu hikmahnya... Semoga awk selamat dlm perjalanan..

      Delete
    2. huhu..ya ai..hanya org yg prnh mnaiki motosikal je yg tau betapa bahayanya bila kita diatas jalan raya.. tiap kali lori besar lalu disebelah , rasa bergegar moto..huhu.blum lgi bila hujan lebat dan tiada tmpat berteduh di tepi jalan, trpksalh redah jgk hingga smpai ke tmpt keje.

      Delete
    3. Hukhukhuk.. Betul tu.. Motor Ai skuter ego rasanya 100cc je.. Berat Ai pula 40-42 kg.. Kat highway tak rasa sgt angin.. Paling bahaya masa atas jambatan.. Rasa memang nyawa melayang je bila time angin kuat.. Pastu motor pula selalu problem.. Tolak motor tu perkara normal la.. Menangis kat hentian sebab motor rosak pun, dah jadi perkara biasa..

      Sekarang Ai berulang naik kereta sbb motor ego dah uzur.. Tengah plan nak beli motor baru.. Nak naik komuter, kena kluar rmh pukul 6am sbb train pkl 6.15am.. Huhuhuhu..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...