Saturday, 30 July 2016

Di Bawah Langit Yang Sama

As'salam.. Apa khabar, kengkawan.. Dah nak hujung-hujung syawal ni, makin banyak rumah terbuka.. Dan ada juga yang buat majlis kenduri kahwin..
Bila anak bujang nak terbang, habis timbul urat tangan umi...
Alkisahnya, hari ni majlis kenduri kahwin anak tauke HM kerja.. Sejak HM kerja dengan dorang, kerap juga la kami pergi rumah dorang.. Setiap kali dorang buat jamuan mesti kami pergi.. Walaupun Ai malas nak pergi... hehehehe.. HM akan ajak juga pergi coz taukenya berulang kali jemput suruh datang.. Kalau tak pergi, takut taukenya kecik hati pula.. Dan nak bagi alasan apa kalau tauke dia tanya???

Minggu lepas, KN nasihatkan Ai supaya ubah sikap Ai yang tak suka pergi kenduri.. Walaupun kita masih berada di bawah langit yang sama tapi keadaan dah berubah.. Katanya orang dulu je suka perli dan mengata orang yang berangkut anak pinak pergi makan kenduri.. Orang sekarang, dah lain.. Dorang lagi suka kalau tetamu yang datang berangkut anak pinak.. KG pun cakap benda yang sama.. So Ai nak kena belajar pergi kenduri la sekarang ni.. huhuhuhu.. Tapi apa-apa pun bergantung pada mood driver Ai la.. hehehe.. Ai kan tak gemar pergi mana-mana sendirian.. Dan lagi pun, Ai tak tau jalan.. hehehe..

Ai dari bebudak memang tak gemar pergi kenduri.. Lebih suka berkurung dalam rumah.. Perangai tu terbawa-bawa sampai sekarang.. Bukan apa, Ai kurang gemar makan ayam, daging dan ikan.. Habis tu, Ai makan lauk apa?? Hahahahaha.. Ai suka makan sayur dan buahan.. Lauk yang Ai suka makan sudah semestinya, seafood... Nyum-nyum.. Selain tu, Ai hanya gemar makan ikan masin or kering, telur masin dan hati (hati ayam dan hati lembu).. Kalau takde pilihan, terpaksalah Ai pilih ikan.. Kalau takde ikan, Ai pilih ayam.. Dan daging adalah pilihan terakhir.. Tapi kalau dalam sayur dah ada udang or telur, Ai dah tak perlu lauk lain.. hahahaha.. Ai hanya berselera makan kalau ada banyak pilihan sayur.. Dan Ai tak pandai makan banyak lauk dalam 1 masa.. Means, kalau Ai dah ambil ayam, Ai tak kan ambil daging or ikan dah.. Tapi kalau sayur, 3-4 jenis pun takpe...

Pernah kawan Ai kata; Ai dah macam kambing coz banyak sangat ambil sayur.. huhuhuhu.. Kalau makan kat hotel pun, Ai akan ambil banyak sayur dan buahan.. Then Ai akan mengeluh takde lauk.. hahahaha.. Sebab lauk yang Ai suka takde..

So jadi masalah juga la setiap kali pergi kenduri.. Tapi alhamdulillah, kenduri hari ni ada lauk ikan kering goreng.. waaaaahhhhh... Sedapnya.. Walaupun ada lauk ayam masak merah dan daging masak kicap, Ai pilih ikan kering goreng.. Sayurnya pula, ada masak lemak labu dan kerabu mangga.. Sedapnya.. Memang kecur air liur.. hahahaha...

Balik kenduri, memasing tidur kepenatan dan kekenyangan.. HM penat coz melayan kerenah HK yang tak reti duduk diam.. Ai pantau HB je.. Buat perangai je, Ai terus cubit.. hahahaha.. Senang.. Tapi dengan HK, geram macamna pun tak sampai hati nak cubit coz dia tak faham lagi.. Mujur mood HM ok, so HK mengada-ngada pun HM tak marah.. hehehehe..

Lepas puas tidur, Ai buat biskut kacang.. Stok biskut kacang dah habis.. Ai buat biskut kacang untuk letak kat opis dan ramai yang suka makan.. So setiap minggu Ai buat biskut kacang.. Rasa seronok bila ada yang sudi makan biskut yang Ai buat.. Sebenarnya setiap kali buat biskut kacang, Ai tak makan pun.. Tetiba teringat kat Yaya (watak dalam Boboiboy), dia buat biskut tapi tak pernah makan or rasa biskut yang dia buat.. hehehehe.. 




Nota Jari: Tajuk entry ni pun lagu tema Boboiboy The Movie (Di Bawah Langit Yang Sama - D'Masiv)

2 comments:

  1. sy pun msih lgi ulang alik jauh ke tmpat keje... semoga akak ai terus tabah...sy rasa akak dh perlukn motosikal yg baru tu utk ke tempat keje.. cuba lah survey..mngkin boleh jumpa dengan harga yg berpatutan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya-Allah, memang duk berangan nak beli motor baru.. hehehe.. cuma cadang nak try berulang naik komuter-feri-bas pula lepas ni.. tengah survey nak kena naik bas apa dari jeti..

      Ai doakan awak dapat tukar.. aminnnnn..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...