Saturday, 16 July 2016

Biskut Kacang Rindu

As'salam.. Selamat Hari Raya yang ke**...  hahahahaha.. Jap, nak kena kira dulu raya hari yang ke berapa?? Ok, raya yang ke-11.. hehehehe.. Kengkawan masih dalam mood raya ke?? Ai sebelum raya tak ambil cuti dan lepas raya pun tak ambil cuti.. Naik cuti raya, Ai bawa biskut raya yang buat ke opis.. Lepas tu, ada yang buat soalan misteri, "Ai tak ambil cuti langsung.. masa bila Ai buat kuih raya??".. hahahahahaha..
Sebelum raya ritu, Ai dah buat entry pasal biskut ni.. Tapi tanpa sengaja Ai terdelete entry tu... Sedih baitu.. So nak kena story balik la.. Ai belajar buat biskut ni dari my mom.. My mom start buat biskut ni dari Ai umur 10tahun.. Boleh dikatakan ni biskut wajib setiap kali raya.. Masa memula tu, Ai dan my sis memang gian betul dengan biskut ni.. Tapi sekarang, kami dah jadi muak pula.. Ai tak plan pun nak buat biskut kacang.. Tapi KG minta buat coz dia suka sangat makan biskut ni.. Disebabkan dia kawan gelak dan kawan gaduh Ai, so Ai paksa rela buat biskut ni..

Masa raya, Ai bawa balik biskut-biskut raya yang Ai buat.. Biskut kacang paling tak dapat sambutan.. Ai susah hati takde orang nak makan biskut kacang.. So naik kerja lepas cuti raya, Ai bawa biskut makmur dan biskut kacang ke opis.. Kalau biskut kacang tetap tak mendapat sambutan, Ai nak bagi pada KG dan paksa dia habiskan.. hahahahahaha.. Tapi plan jahat Ai tak menjadi coz rupa-rupanya kat opis ramai yang suka makan biskut kacang.. KW siap angkut balang biskut kacang Ai letak kat tempat dia dan tak nak share dengan orang lain.. Dia kata sedap.. Siap minta Ai bawa saki baki yang hangus pun takpe.. Alhamdulillah... Syukur sangat ada yang sudi makan biskut yang Ai buat...

So, hari ni lagi sekali Ai merajinkan diri untuk buat biskut kacang untuk jamuan raya opis minggu depan.. Setiap kali buat biskut kacang, teringat kenangan buat biskut mazola dengan arwah mak.. Rindu sangat kat my mom.. Jadinya, Ai namakan biskut ni Biskut Kacang Rindu.. 

Bahan-bahannya:
2 cawan kacang tanah
3 cawan tepung gandum
4 sudu besar tepung jagung
1 cawan gula icing
1 cawan buttercup
1-2 biji kuning telur

Resepi (asal) yang Ai dapat dari mukabuku boleh rujuk pic bawah ni.. Cara-cara buat sama je macam dalam pic kat bawah ni.. Cuma suhu oven tu setting ikut kebiasaan yang kita guna... Disebabkan oven Ai kecik molek comel macam Ai, so 165-180c dah ok.. Boleh bakar antara 15-20 minit.. Esok nak buat Biskut Butter Susu pula.. Yang ritu punya dah habis.. HB minta buat lain coz dia suka makan..



Nota Jari: Ada ke yang nak tolong jawab soalan misteri kat atas tu??? hehehehehe

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...