Friday, 24 June 2016

Biskut Butter Susu

As'salam... Tetiba rajin pula update blog.. hehehehe.. Sepatutnya Ai kena buat entry yang ni dulu.. Coz ni la sebab Ai terpaksa rela merajinkan diri untuk buat biskut raya.. Ai ada sebut dalam entry Biskut Kacang Rindu... Mencari resepi di mukabuku coz nak guna susu yang HB tak nak minum.. Terjumpa resepi biskut makmur susu yang tak perlu dibakar yang di'share' oleh sorang kenalan..

Inilah rupanya biskut yang Ai buat.. Lain la dari post asal pemilik resepi.. Almaklumlah, Ai memang sesuka hati tukar resepi.. Walaupun owner resepi ada melarang daripada menggunakan susu jenama selain nespray tapi Ai langgar juga.. Coz memang tujuan Ai nak buat resepi ni untuk guna susu tepung dutchlady madu yang HB tak nak minum..

Biskut Butter Susu (Ai tukar nama biskut ni sebab Ai tak guna minyak sapi... kuang3)
Bahan-bahannya:
1kg Tepung Gandum
400g Tepung Jagung
500g Buttercup
400g Tepung Gula
SusuTepung Ducthlady Madu


Cara-caranya:-
1. Sangai (goreng tanpa minyak) atas kuali tepung gandum dan tepung jagung di atas mengunakan api sederhana @ api kecil selama 30 minit (Jangan sampai hangus ye.. Nanti rasa pahit dan taksedap).. Tak perlu letak garam coz buttercup dah masin.. Lepas 30 minit tutup api dan biarkan tepung sejuk dulu..

2. Cairkan buttercup dalam periuk.. Ketepikan.. Biarkan minyak sejuk..

3. Ayak tepung yang dah sejuk tadi ke dalam besen.. Di dalam besen yang sama ayak 200g tepung gula.. Gaul sehingga sebati... Masukkan buttercup yang dah sejuk tadi ke dalam besen tepung sedikit demi sedikit.. Gaul sehingga menjadi doh.. 

4. Lebihan tepung gula 200g tadi, masukkan ke dalam bekas kecil, masukkan susu tepung ducthlady ke dalam bekas yang sama dan gaul sebati.. Lepas tu bulatkan menjadi biji-biji kecil, golekkan dalam bekas susu tadi..

So jadi la macam pic di atas sekali tu.. Dan dibawah ni pic resepi asal.. Terpulang nak ikut resepi yang mana suka..hehehehehe..



Nota Jari: Buttercup ni dah masin so tak perlu letak garam pada adunan ye.. huhuhuhu... Apa-apa pun, memang sedap.. Tengok la pic atas sekali tu, dah separuh habis dimakan.. Ai sorang je... kuang..kuang..kuang..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...