Wednesday, 18 May 2016

Tika & Saat Ini....

As'salam.. Apa khabar kengkawan?? Errrrmmmm... Kali ni, Ai nak bebel pasal apa pula ye?? Takde cerita menarik pun.. Cuma tengah boring tunggu atam datang ambil Ai.. hehehehe..

Tak habis lagi dengan dugaan masalah motor.. Ok, start semalam Ai pinjam motor atam untuk berulang kerja.. Alhamdulillah.. Tak semput macam ego.. Cuma semput sebab Ai kurang cekap bawa motor gear.. Ye la, dah bertahun duk bawa ego kesayangan Ai.. hehehehe..
Balik kerja singgah isi minyak di juru.. Macam biasa, singgah makan sekali.. hehehe.. Then sambung perjalanan.. Nak sampai hentian sungai bakap, tetiba Ai rasa lain macam.. So Ai mula slow.. Makin lama rasa makin tak stabil.. Ai syak, mesti tayar pancit.. So Ai terus masuk hentian sungai bakap.. Masa tu cerah lagi.. Disebabkan 3 minggu lepas dah pernah juga ego Ai problem di hentian sungai bakap.. So Ai sedia maklum, di hentian ni takde kemudahan surau..

Hentian ni lebih menjadi tumpuan untuk lori-lori dan trailer-trailer.. Terdapat juga beberapa buah van kilang yang menurunkan dan mengambil pekerja kilang di situ.. Ai cuma memerhati dari pondok wakaf yang disediakan.. Pondok tu lah yang digunakan sebagai tempat solat dan tempat berteduh or berehat..

Ok, kali ni Ai lebih tabah daripada dulu.. Ai masih lagi boleh senyum tika KG menghubungi Ai sebaik sahaja Ai bagi tau motor problem lagi.. Tapi kali ni, Ai minta tolong atam datang ambil Ai.. Ai pun tak pasti berapa lama Ai menunggu.. Tetiba along mesej bagi tau, along datang dengan atam dan siap pesan suruh Ai tunggu situ, jangan pergi mana-mana.. huhuhuhu.. Errrrmmmmm.. Konfius Ai baca pesanan penaja ni.. Tak tau nak gelak ke nak nangis?? 

Atam dan along sampai, siap bawa spana nak buka tayar.. Selesai buka tayar belakang yang pancit, Ai ikut atam untuk pergi cari bengkel di jawi.. Along tinggal, tunggu motor.. hehehehe.. Berulang kali, along pesan; "kalau takde bengkel yang buka, patah balik ambil along tau.. Along nak merajuk, jauh sangat nak balik jalan kaki..".. Ai dan atam cuma ketawa mendengar luahan along..

Alhamdulillah.. Masih ada bengkel yang buka walaupun dah malam.. Bengkelnya berdekatan dengan bank rakyat jawi.. Ganti tiub cuma RM12.. Masa Ai tengah tunggu atam di hentian tadi.. Ada pomen runner datang nak repair, tapi charge RM30.. Dengan senyuman, Ai bagi tau Ai takde duit.. Then dia turunkan jadi RM20.. Ai kata; "Ai berulang kerja setiap hari dari bagan serai ke georgetown dan Ai cuma bawa RM10 sehari..".. Dia pandang Ai dan tanya; "kad bank ada tak??".. Ai senyum dan mengelengkan kepala.. Pomen tu pun berlalu pergi..

Walaupun beberapa minggu ni, Ai asyik diduga dengan masalah motor.. Tapi Ai redha coz Ai tahu dugaan yang hadir pada tika dan saat ini akan berlalu pergi juga.. Yang pastinya, memang la Ai nak sangat ambil motor baru.. Tapi Ai yakin apa yang Ai hajati akan dimakbulkan pada masa yang tepat..




Nota Jari: Kenapa ye, hentian sungai bakap takde surau?? Ke memang semua hentian takde kemudahan surau??

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...