Tuesday, 31 May 2016

Sudah Ku Tahu

As'salam... Sesaja nak tunjuk headphone yang Ai baru beli... hehehehehe... Dah lama mengidam nak beli ni.. Hari minggu tadi, Ai ajak HM pergi beli.. Sesekali nak reward diri sendiri.. Headphone yang lama, Ai beli masa kerja di UPNM.. Masih elok lagi dan masih boleh berfungsi cuma spannya dah koyak.. Kali ni beli jenis lain sikit tapi still brand philips..

Semalam saja bawa dua-dua headphone ke opis dan bagi seorang pegawai pinjam headphone yang lama coz dia memang selalu pinjam headphone Ai.. hehehehe.. So semalam takde la berebut nak guna headphone dengan dia.. Hari ni, pegawai tu tak minta nak pinjam headphone tapi datang duduk depan Ai.. hahahahaha..
Nak tunjuk pic headphone lama... hehehehe..
Alang-alang tu, Ai beli kasut baru coz kasut BUM kesayangan Ai dah uzur.. Kali ni beli kasut hawkeye yang nampak semi-formal...kuang3... Walaupun tak mahal tapi rasa syukur sangat dapat beli headphone dan kasut sebagai ganjaran kepada diri sendiri.. Chaiyok... Gambatteeeee.... Dongibab...

Sudah Ku Tahu..... 

Tu dia, punya panjang mukadimah.. Ni baru nak masuk tajuk cerita entry... kuang..kuang..kuang.. Al-kisahnya, lunch tadi Ai tak makan.. Cuti sekolah so kantin pun tutup la.. Nasib baik pepagi Ai dah singgah beli roti.. Kalau tak, kebulur juga la.. huhuhuhuhu.. Ok, sambung balik... Boss (big boss baru) masuk opis Ai.. Dua minggu lepas, dah berkenalan dengan Ai.. Dia memang terkejut sangat la bila dengar Ai berulang jauh setiap hari.. So hari ni, dia tanya bila dapat tahu keputusan pertukaran??

Alhamdulillah.. Lega dengar big boss janji macam tu.. Walaupun tak tentu dapat tukar tapi sekurang-kurangnya Ai rasa dihargai dan berterima kasih coz prihatin dengan Ai.. Sebelah petang pula, tetiba ada call masuk.. Kebiasaannya, Ai tak akan jawab call dari no KL or no yang takde dalam list Ai.. Tapi Ai jawab panggilan tu coz tengok nombor macam no putrajaya... Nasib baik Ai jawab, coz Mr. R dari bahagian pertukaran yang call.. Dulu Mr. R ni la yang tolong Ai bertukar dari KL ke penang.. Dan tahun 2014, Ai pernah call dia dan cerita masalah perjalanan jauh yang Ai perlu tempuh.. Kebetulan, dia pun asal dari kawasan kampung Ai.. So dia memang tau la jauh perjalanan ke penang..

Mr. R: "Ari tu minta tukar ke kawasan mana??"
Ai: "kerian, seberang perai selatan dan larut matang/selama.."
Mr. R: "dalam rekod kami, yang terdekat dengan Ai tiada kekosongan.. yang ada kosong, di kuala kangsar.. jaraknya hampir 50km dari alamat yang Ai isi dalam permohonan tukar.."
Ai: "alamak.. jauhnya.. dah la tak tau jalan.. kat penang ni, boleh tahan lagi sebab dah tau jalan.."
Mr. R: "takpe la.. macam ni la.. Ai balik fikir dulu.. nanti bagi tau kat saya semula.. saya (kami) memang nak tolong sangat ni.. tapi yang ni je la yang paling dekat pun.."
Ai: "errrrrmmmm... takpe la.. tak payah fikir la.. tadi big boss dah janji nak cuba tukarkan Ai ke seberang perai selatan.. tapi bulan 7 ni, Ai akan tetap apply tukar lagi, tau.."
Mr. R: "ok, kalau macam tu.. Ai pegang dulu janji boss Ai.. nanti bulan 7, Ai apply lagi tukar.. kalau ada kekosongan yang dekat dengan Ai, saya cuba bagi kat Ai dulu.."
Ai: "terima kasih.. awak doakan Ai, ye.. awak ingat lagi tak kat Ai?? Ai dulu dari KL.. awak la yang tolong Ai tukar ke penang.."
Mr. R: "masih ingat..semua dokumen Ai masih ada pada saya.."
Ai: "huhuhuhu... jangan cerita kat orang tau.."

So, kesimpulannya.. Ai dah tak perlu semak keputusan bertukar hujung bulan 6 ni.. Sudah Ai tahu, Ai tak dapat bertukar coz Ai yang tolak.. kuang..kuang..kuang..




Nota Jari: Tak tau nak sedih ke nak seronok.. Tapi lepas solat asar dan maghrib tadi, air mata laju je mengalir.. Bertabahlah dulu wahai diri.. Pasti Allah dah takdirkan yang terbaik pada masa akan datang...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...