Friday, 13 May 2016

Pasti...

As'salam... Hari ni Ai dah masuk kerja.. Tak jadi EL 2 hari coz malam tadi budak pomen tu datang hantar motor sampai depan pintu rumah.. Haaaaahhh.. Ambik kau.. Dia nak suruh Ai cepat pergi kerja la tu.. Baru fefeeling nak golek-golek lama kat rumah dengan si bulat Ai.. hehehehe..
Pepagi sampai opis, nampak atas meja ada bungkusan pos laju.. Hairan juga la.. Rasa Ai takde beli apa-apa barang online.. hehehe.. Then baru teringat, 2 hari lepas adik angkat Ai ada minta alamat sebab nak pos sample Susu Kambing i-Sihat.. Woooowwwweee... Alhamdulillah.. Rezeki di pagi hari.. Ai memang penggemar susu kambing.. Tapi disebabkan pagi ni ada meeting, so Ai masih tak sempat testing sample yang diberi..

Habis meeting ada jamuan makan.. Malas nak beratur panjang dan berebut, so Ai pilih untuk makan yang ringan-ringan.. Hari ni KW sponsor sotong kangkung dan rojak buah.. Woooowwweeeee... Terus rasa lapar.. Disebabkan KW memang ada niat nak bagi Ai gemuk, so dia cedukkan banyak juga la untuk Ai.. hehehehe.. Tapi takpe, Ai memang penggemar kuah sotong kangkung KW.. Yang bestnya, kuahnya sesuai dimakan dengan buah-buahan.. Senang kata boleh jadi kuah rojak juga.. Kat rumah memang sentiasa ada stok kuah ni.. Kalau tak masak rebus-rebus (yong tau fu), Ai makan dengan buah-buahan..

Then tengah layan makan, datang KF bagi kek kat Ai.. Katanya saja bagi.. "Ya Allah, alhamdulillah.. mudahan murah rezeki KF..". kata Ai kepada KF.. KF kata doakan dia cepat sembuh sebab dia batuk selsema.. "Ya Allah, kurniakan KF kesembuhan dan sihat berpanjangan.. Amin..", KF berlalu pergi dengan senyuman.. hehehehe.. Ai memang suka sangat carrot cake yang KF buat.. Dan dia selalu akan simpan untuk Ai setiap kali dia bawa kek ke opis.. Kali ni KF bagi Ai 2 jenis kek.. Wooowwweeeee... Tak sabarnya nak makan dengan anak-anak Ai.. HB dan HK memang gemar sangat makan kek...

Lepas habis makan sotong kangkung dan rojak, terus buat rutin harian Ai.. Solat Dhuha.. Janji Allah itu pasti.. Rezeki setiap dari kita telah ditentukan.. Andai kita inginkan kemurahan REZEKI, amalkanlah Solat Dhuha.. Insya-Allah, rezeki datang tanpa disangka-sangka..


Fadhilat Solat Dhuha

Sebaik-baiknya solat Dhuha ini dikerjakan setiap hari kerana ia mempunyai banyak kelebihan dan fadhilatnya, dimana seseorang itu akan memperolehi keampunan Allah SWT, murah rezeki dan ketenangan jiwa serta kehidupan.
  • Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW  bersabda: “Sesiapa Yang mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah nescaya akan diampuni dosanya olleh Allah sekalipun dosa itu sebanyak buih di lautan.”
  • Rasulullah SAW  bersabda:  “Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan ‘Dhuha’. Maka apabila  tiba hari kiamat kelak, berserulah (malaikat) penyeru: “Manakah orang-orang yang telah mengamalkan solat Dhuha; Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam syurga dengan Rahmat Allah.”   (HR At-Tabrani)
  • Rasulullah SAW juga bersabda dalam hadits lain dari Nuwas bin Sam’an,  “Allah berfirman: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat raka’at pada permulaan siang (Solat Dhuha), nanti pasti akan Ku cukupkan keperluanmu sampai ke petang harinya.”   (HR. Haklim dan Tabrani).




Nota Jari: Alhamdulillah.. Syukur dengan rezeki yang dikurniakan.. Semoga yang memberi diberi kesihatan yang berpanjangan, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan.. Aminnnn...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...