Monday, 16 May 2016

Di Luar Kemampuan....

As'salam... Apa khabar?? Semalam hari guru dan hari lahir arwah mak.. hukhukhuk.. So Ai nak wish selamat hari guru kepada semua cikgu cikgi.. Bagi Ai, guru pertama Ai adalah arwah ibu yang mengajar Ai mengenal huruf coz Ai tak masuk tadika.. Guru kedua Ai adalah bapa yang mengajar Ai batas-batas pergaulan... Guru ketiga Ai adalah ujian Allah yang banyak mengajar Ai tentang sikap manusia, kesabaran, kekuatan dan juga belajar tentang hikmah disebalik setiap dugaan dan kejadian..
 

Errrrmmmm... Semalam, Iz tetiba mesej Ai lagi.. huhuhu.. Kebetulan pagi tu masa nak datang kerja, ada track FRU lalu.. So terus teringat kat dia.. Bila dia mesej, Ai bagi tau la, bila nampak track FRU teringat kat dia.. Dah dia perasan konon Ai rindu kat dia.. huhuhuhu.. Tapi dah faham perangai dia, so Ai ignore je la.. hehehehe..

Semalam, masa datang kerja rasa Ego dah lain macam.. Risaunya kalau Ego meragam lagi.. Atam ada tinggal kunci motor pada Ai.. Tapi motornya takde roadtax dan insurans.. Bincang punya bincang, fikir punya fikir.. Atam setuju, KG pun sokong sangat.. Akhirnya buat keputusan, kena hidupkan roadtax untuk Ai guna sementara nak dapat beli motor baru.. So balik semalam tawakal je la.. Alhamdulillah, selamat sampai walaupun lebih lambat dari biasa.. huhuhu.. Ride macam saja-saja ronda kampung.. Ya Allah, penatnya.. Balik terus cari geran motor atam.. Lepas tu apa lagi.. Memang terus cari tilam dan bantal la.. zzzzzzzzzz... Lena keletihan....
wasap dengan atam.. huhuhu..
~~~~~~~~~~~~
Pagi ni datang kerja bawa motor atam.. huhuhu.. Kekok la juga coz dah lama tak ride motor yang kena tekan tekan gear.. Naik confius, bila masa yang sesuai kena tukar or tekan gear?? Masa duk ride, Ai terfikir; errrmmm, mesti pakcik motor putih tu tak kenal Ai coz Ai bawa motor lain.. Tetiba masa kat traffic light simpang 5, ada motor berhenti sebelah kanan Ai dan tegur Ai..

Pakcik: "adikkkk..."
Ai: "eeehhhh... hehehehe.. bawa motor lain sebab motor saya rosak.."
Pakcik: "ye la.. ulang alik jauh, setiap hari.."
Ai: "bawa motor lain pun boleh kenal juga, ye.."
Pakcik: "boleh kenal.. tengok dari belakang rasa macam ye je orang yang sama.."
Ai: ?????? (Terkelu + seriau)
Pakcik: "adik, hati-hati bawa motor sekarang musim hujan.."
Ai: "ye.. insya-Allah.."

Lampu bertukar hijau, pakcik laju memecut mendahului Ai.. Ai???? Hehehehe.. Masih nak refresh how to ride that bike.. huhuhu.. So bawa je ala kadar.. Sampai opis, lewat 6 minit.. huhuhu.. Dah la nak minta balik half day untuk renew roadtax.. hehehehe.. Nasib la labu labi.. Mudahan motor atam takde apa-apa masalah sampai Ai dapat beli motor baru.. huhuhuhu.. Memang dah di luar kemampuan, asyik nak keluar modal repair motor dan renew roadtax.. Tapi insya-Allah, ini yang terbaik untuk Ai buat masa sekarang ni..





Nota Jari: Semenjak dua menjak ni, Ai asyik guna tajuk lagu as tajuk entry... hehehehehe.. Ada yang perasan tak???

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...