Saturday, 2 April 2016

Lempeng Hangus...

As'salam... hehehe.. Ai bukan nak share cerita pasal resepi buat lempeng or kenapa lempeng hangus.. Tu tajuk salah 1 lagu kumpulan exist - Hani Lempengnya Hangus.. Dulu-dulu my mom suka mengusik Ai dengan menyanyi lagu ni tapi ditukar sikit liriknya..

"Ina, gadisku yang comel manja.. Banyak tinggi belajar.. Tahu serba serbi.. Tetapi sayang oh sayang.. Dia tak pandai memasak.. oh goreng lempeng, lempengnya hangus.. goreng lempeng, lempengnya hancus.. oh goreng lempeng, lempengnya haus.. Perutku kosong, udah bunyi keroncong.."
Tomyam seafood yang HM masak khas untuk Ai... hehehe
Sambil senyum-senyum my mom nyanyi bait-bait lirik yang diubahsuai untuk Ai.. huhuhu... Dengan nada merajuk Ai akan jawab; "mak ni.. akak tau je masak cuma akak tak suka, tak minat..akak mana pernah goreng lempeng sampai hangus!! Yang jadi hangus tu sebab tak tunggu lepas tu guna api besar.. lagi pun, kalau mak dengar betul-betul lagu tu, dia ada kata ~ 'Hani, I love U... ala, U tak pandai masak pun takpe.. kedai, kan banyak..'.."

My mom balas; "tak tau la ada ke yang berkenan nak buat kakak jadi menantu??".. "tak kisah la mak.. kalau takde yang berkenan, tak payah la kahwin.. lagi pun akak nak cari yang boleh terima akak dan boleh cakap macam yang penyanyi tu cakap.. hehehe.. INA, I LOVE U.. AWAK TAK PANDAI MASAK PUN TAKPE.. KEDAI, KAN BANYAK... hahaha.." Tapi lepas tu mesti kena tarik hidung coz my mom geram..

Masa HM beriya-iya nak kat Ai dulu, Ai kata; "baik awak fikir betul-betul.. saya memang tak suka masak dan tak suka buat kerja rumah.. nanti awak menyesal.."..HM dengan yakin jawab; "tak.. saya tak kan menyesal.. saya sanggup masak dan buat kerja rumah kalau awak kahwin dengan saya..".. "ok, tapi kalau mak awak tak suka saya, saya akan cakap~ 'errrmmm.. nak buat macamna makcik.. anak makcik yang nak sangat kat saya.. saya tak nak pun kat dia.. saya dah cakap terus terang dengan dia tapi dia nak juga kat saya'..".. Then HM kata; "mak saya mesti setuju punya.. sebab saya tak pernah ada kawan perempuan.. ni baru 1st time.. awak kan cantik.. mesti mak saya bangga dapat menantu macam awak".. Dengan slamber Ai jawab; "ceeehhhh.. ye la tu.. cantik kat mata awak tapi kat mata orang tua, dia tengok cantik kalau pandai kat dapur dan urus rumah.."

Hahaha.. Ai jenis yang rasional.. Tapi cakap la apa pun, kalau Ai kata tak nak or tak suka, jangan harap Ai akan buat.. Dalam erti kata lain, ketegaq.. hahahaha.. Bagilah nasihat, memang tak kan jalan.. Kecuali Ai memang betul-betul perlukan nasihat.. Tapi kalau cakap sesuatu yang Ai sendiri dah tau, alamat nasihat tu tak laku la..

"Kakak, cubalah belajar siang ikan.."; jerit mak dari dapur.. "ala.. takat siang ikan tak payah belajar la.. akak tau je.. mak cakap je la nak suruh akak siang ikan".. Bila dah siap siang ikan, Ai akan basuh dan letak garam + kunyit or asam jawa.. Then tanya mak nak masak apa?? Kalau mak kata nak masak gulai or masak lemak or nak buat kerisik.. Ai akan volunteer, pergi belakang rumah cari buah kelapa.. Kopek buah kelapa, kemudian parut guna 'pordan'.. Errrrmmm.. Tu bahasa banjar, Ai tak pasti orang melayu panggil benda tu apa?? Selalu jari-jari Ai akan luka coz pordan tu tajam.. Lepas parut, Ai akan perah siap-siap.. Kalau nak buat kerisik Ai akan panaskan kuali dan goreng kelapa parut tadi.. Dah lepas goreng, Ai akan tumbuk jadikan kerisik.. Tapi hampir suku kerisik tu Ai akan ratah.. hahahaha..

Dah siap semua tu, so settle la part Ai.. Selebihnya part my mom or my dad or my sis.. Tengok punya tak minat memasak.. Hahahaha.. Lepas tu, Ai akan jadi tukang kecoh je la.. Kenapa Ai tak suka masak?? Entahlah, tak tau la.. Yang Ai tau, Ai tak pandai merasa makanan.. Ai cuma tau kalau terlajak masin or manis.. Kalau terkurang rasa, Ai tak tau apa yang kurang.. Mungkin deria lidah Ai kurang kut..

Beberapa bulan lepas, balik kerja HM bungkuskan jus tembikai untuk Ai.. Ai minum tapi Ai rasa pelik.. Ai tak tau apa yang pelik, cuma rasanya tak sama macam jus tembikai yang HM selalu bawa balik.. 

Ai: "Hubby, kenapa jus tembikai yang awak bawa semalam rasa pelik??".. 
HM: "sayang rasa pelik macamna??"..
Ai: "awak rasa lah sendiri.. saya tak tau apa yang pelik, cuma saya tau rasanya tak sama macam selalu.."
HM meneguk jus tembikai tu..
HM: "ada rasa halia lah sayang.." (sambil gelakkan Ai)..

Huhuhuhu.. Betapa naifnya Ai.. Rasa halia pun Ai tak tau.. HM memang faham sangat perangai Ai.. Ai memang tak kan komplen apa-apa pasal makanan coz Ai tak pandai merasa.. Kalau komplen pun, Ai cuma akan kata rasa pelik.. hahaha..




Nota Jari: Errrrmmmm... Makanan ke yang pelik or Ai yang sebenarnya yang pelik??? Kuang...kuang...kuang...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...