Thursday, 28 April 2016

Bila Lelah, Pejamkan Mata....

As'salam.. Apa khabar semua?? Sorry lama tak mencoret.. Macam biasa, tak mencoret means Ai tengah ada masalah or sibuk.. huhuhu.. Bukan sebab takde idea, ye.. huhuhuhu...
Dua hari yang lepas, Ai terserempak lagi dengan pakcik motor yang Ai pernah story sebelum ni.. Kali ni, terserempak di traffic light simpang 5 masa nak pergi kerja.. Woooowwweeeee... Pakcik tu memang betul-betul ingat no plat motor Ai.. Dia datang dari belakang dan berhenti di sebelah kanan Ai.. Terus tegur Ai;

Pakcik: "assalammualaikum, adik.. lama tak nampak.."
Ai: "ye lah kan.. lama tak terserempak.. kerja shift ke??"..
Pakcik: "kerja bawa lori.. masuk kerja pukul 7.30am.. hari ni terlewat sikit.."
Ai: "ooowwwhhh.. ok.."

Lampu bertukar hijau.. Pakcik pantas memecut mendahului Ai.. Kali ni baru Ai dapat lihat dengan jelas no plat motor pakcik.. Motor putih plat B.. Tapi Ai tak pasti model motornya.. Sebelum ni, setiap kali semasa berhenti di traffic light, Ai akan cuba cari motor bewarna putih dengan plat bermula dengan abjad 'B'.. Sebolehnya, Ai yang nak tegur pakcik tu dulu.. hehehe..

Errrmmm.. Permohonan tukar bulan januari masih gagal.. So cuba permohonan tukar bulan april pula.. Mudahan kali ni berjaya.. Dah penat sangat berulang jauh..  So memang tiap kali dapat bersandar, Ai akan pejamkan mata.. Berharap semua kepenatan dan keletihan akan hilang.. Serta berharap semuanya akan segera berakhir.. Semua orang hanya nampak Ai kuat dan tabah.. Tapi tak siapa nampak disebalik senyum dan ketawa terselit kegundahan hati..

Ego Rosak Lagi...

Balik kerja 2 hari lepas, dari jambatan nampak awan hitam dari juru ke bukit tambun.. So Ai berhenti isi minyak dan makan di juru.. Hujan dah mula berhenti, baru Ai bergerak balik.. Tiba-tiba selepas Ai melewati hentian sungai bakap, Ego mati enjin dan dah tak boleh hidup semula.. Paginya pun dah jadi macam tu.. Tetiba je mati enjin.. Ai terhenti di tengah-tengah jalan.. Semua kereta membunyikan hon.. Ai jadi panik.. Alhamdulillah, mujur enjinnya boleh hidup semula.. huhuhu.. 

Kali ni, enjin dah tak mahu hidup.. Berulang kali, Ai cuba call HM tapi tak berjawab.. Ai hantar mesej dengan harapan dia segera baca.. Then Ai cuba call KG... Sama juga tak berjawab.. Berulang kali, Ai cuba call.. Akhirnya, panggilan dijawab dan KG berjanji akan datang menolong Ai.. Dia minta Ai menunggu di hentian terdekat.. So Ai tolak Ego ke hentian sungai bakap.. Harap dapat berehat dan solat di surau.. Ai memang redha kalau terpaksa tidur di surau hentian pada malam tu, sekiranya KG tak jadi datang..

Tapi sampai di hentian, Ai dapati tiada surau.. Yang ada hanya pondok wakaf.. Ai mula menangis sebak.. Kat mana Ai nak tidur kalau KG tak datang?? Tak kan Ai nak tidur dengan keadaan terbuka macam tu.. Fikir Ai, Ego akan Ai tinggal di hentian dan Ai akan balik berjalan kaki.. Mujur KG jadi datang.. Ai tinggalkan Ego di hentian.. KG menghantar Ai pulang ke rumah.. Sepanjang perjalanan, Ai diam dan menangis.. huhuhu.. Selama ini, KG hanya lihat Ai senyum dan ketawa.. Tapi pada malam tu, Ai menangis coz Ai geram dan sedih sangat.. huhuhuhu...

Pelbagai persoalan bermain di fikiran Ai.. Bila semua ni akan berakhir?? Berapa lama lagi harus menempuh perjalanan yang jauh setiap hari?? Masih mampukah Ego untuk terus bertahan?? Betul ke di sebalik ujian ada hikmah yang tersembunyi??

Mesti ada yang kata, motor rosak kenapa tak bawa kereta?? Eeerrrrmmm.. Kereta pun lebih kurang je.. Enjin macam nak luruh.. huhuhu.. Sabar, je lah..






Nota Jari: Sekuat manakah iman di hati untuk terus sabar menghadapi ujian-Nya...

2 comments:

  1. lama dh menunggu coretan terbaru akak..bersabarlah kak..blog akak sgt mmberi sy inspirasi utk sy terus tabah menempuh khidupn.

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQVM my dear coz sudi baca coretan Ai yang tak seberapa... hanya sekadar perkongsian cerpen hidup Ai.. Hope awak success selalu..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...