Friday, 11 March 2016

Rindu Datang Lagi...

As'salam.. Selsema melanda.. Rasa nak demam.. Mungkin cuaca panas sangat kebelakangan ni.. Errrmmm.. Mata kanan asyik bergerak je.. Dulu itu tanda my mom rindukan Ai.. Ai akan cepat-cepat call mak.. Tapi sekarang siapa yang nak rindu pada Ai??

Bila rasa tak sihat, mesti Ai rasa sedih..  Teringat kenangan dengan mak.. Rindu nak dengar suara mak.. Rindu nak mak picit kepala.. Rindu nak mak usap rambut.. Rindu nak baring di riba mak.. Rindu nak mak tarik mulut Ai, setiap kali Ai merajuk..

Rindu Datang Lagi

Mak, akak rindu.. Setiap kali lepas solat, akak akan doakan untuk mak.. Akak harap doa tu sampai pada mak.. Akak tau akak banyak menyusahkan mak.. Akak tau mesti mak banyak terasa hati dengan perangai akak.. Mak, ampun akak.. Akak je yang tak jaga mak masa mak sakit.. Akak tengah banyak masalah masa tu..

Akak masih ingat, mak berusaha bangun dan duduk dekat dengan akak.. Sambil mak usap rambut akak, mak kata; "sabar ye nak.. mak tau kakak kuat.. Allah tau kakak kuat.. sebab tu Allah uji kakak.. kakak janganlah menangis.. bila tengok kakak menangis, mak lagi sedih.. sebab mak tak tau macamna nak tolong kakak.."

Mak tau tak apa perasaan akak masa tu.. Sedih sangat.. Akak sedih dengan ujian yang menimpa akak.. Dan akak juga sangat-sangat sedih tengok mak diuji dengan kesakitan yang melampau.. Masa tu akak rasa nak lari jauh.. Jauh dari hidup akak.. Akak dah tak sanggup tanggung masalah dan tak sanggup tengok mak sakit..

Tapi akak tak upaya untuk lari, kerana di kanan dan kiri akak ada 2 amanah yang Allah kurniakan.. Akak perlu berlakon kuat, sekurang-kurangnya di depan mereka.. Dan sejak hari tu, akak juga perlu berlakon kuat bila di depan mak.. Supaya mak tak perlu fikir tentang akak.. Walaupun, akak nak sangat menangis di riba mak..

Pada minggu-minggu terakhir mak, akak selalu berseloroh kata mak akan hidup lama lagi.. Walaupun, akak sendiri tak yakin.. Tapi akak tak nak mak give-up.. Akak nak mak bersemangat.. Dan sejujurnya, akak tak tau akak boleh ke terima pemergian mak.. 

Selama setahun lebih ni, akak berlakon tabah terima hakikat mak dah 'pergi'.. Akak tahan air mata, walaupun akak sedih sangat dan rasa kehilangan sangat..

Semoga mak damai di sana dan ditempatkan bersama-sama orang yang beriman... Amin..




Nota Jari: Kepada yang masih ada ibu, hargailah saat-saat yang masih ada..

2 comments:

  1. tq kak..nasihat yg sgt berguna..semoga akak terus tabah mengharungi liku2 kehidupan ini... akak dh dpt pindah ke?.. semoga cpt dpt pindah dkt ngn rumh.. sy dh seminggu ulang alik sejauh lebih kurg 60 km sehala..mmg pnat... sy mula memahami kepenatan org kerja jauh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq coz sudi baca.. Ai masih tak dapat tukar.. smoga awk dpt apa yg awk harapkan..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...