Thursday, 24 March 2016

Diyang....

As'salam.. Hari ni rasa frust sikit.. Masih gagal bertukar.. Tapi tu memang dah dijangka.. Cuma sedikit terkilan coz nama Ai takde dalam list panggilan interview kerja yang Ai mohon.. Pasrah dalam keterpaksaan..

Diyang

Eerrrmmm.. Tetiba semalam ada seorang teman panggil Ai as dayang.. Katanya gabungan perkataan Darling dan Sayang.. Biasa Ai akan marah kalau orang panggil Ai as sayang, darling, manja dan perkataan gedik lain.. Masa baru kahwin, puas Ai cakap pada HM supaya jangan panggil Ai as sayang.. Coz Ai lebih selesa dipanggil dengan nama Ai.. Tapi HM tak hiraukan.. Lelama Ai terima je lah coz malas nak gaduh.. Berbalik kepada teman Ai tadi, Ai tak marah dia panggil Ai dayang coz sejak mak meninggal dah takde siapa panggil Ai sebagai diyang.. My mom adakalanya akan panggil Ai dengan gelaran diyang.. Panggilan manja Ai.. Diyang bermaksud anak perempuan kesayangan dalam bahasa banjar..

Hanya pada masa-masa tertentu je my mom akan call Ai as diyang.. Time Ai merajuk sambil muncung mulut, my mom akan tarik mulut muncung Ai sambil panggil Ai as diyang.. Time mak nak minta Ai tolong urut kepala or tarik rambut (kalau mak sakit kepala).. Dan juga time mak nak minta Ai tolong urut lenguh-lenguh badannya.. huhuhu.. Dah macam boleh buka rumah urut pula rasanya.. Sebab dari kecil, my mom ajar Ai cara mengurut dia.. Kalau adik-beradik mak balik, ada yang sakit kepala.. Ai la jadi tukang urut dan tarik rambut..

Actually masa Ai budak-budak, Ai tak suka kena panggil diyang coz bunyi nak dekat sama dengan dayang.. "mak.. akak tak nak kerja jadi dayang..".. (fahaman Ai kerja as maid).. "habis, diyang nak kerja apa??".. "akak nak jadi akauntan atau pegawai bank atau usahawan.. sebab akak suka kira-kira..".. Mak senyum je.. "mak, akak tak suka la mak panggil akak, diyang.. rasa macam mak panggil akak ni dayang pula..".. Ai cakap dengan nada merajuk.. Sambil tarik muncung Ai, mak kata; "mak panggil diyang sebab kakak anak perempuan kesayangan mak..".. "habis tu, mak tak sayang ijah (my sis) ke?? ..".. "sayang la.. sebab tu mak panggil ijah sebagai Galoh.. Maksudnya sama tapi galoh digunakan untuk si kakak dan diyang untuk si adik.." Terang mak dengan panjang lebar..

Andai dapat berpatah balik ke masa lampau.. Ai nak kata pada mak; "mak panggillah akak dengan nama apa sekali pun.. akak tak kisah.. sebab akak sayang mak.. sayang sangat-sangat.. maafkan akak, kalau mak rasa akak tak hargai mak.. tak mungkin ada orang lain boleh ganti tempat mak di hati akak.. akak rindu nak peluk mak.. rindu sangat-sangat.."



Nota Jari: Rindu segala-galanya tentang mak..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...