Sunday, 27 March 2016

Bukan Baik Cuma Tak Jahat

As'salam.. Ai tak sedap hati la.. huhuhu.. Tengah risaukan sesuatu ni.. Bila cerita pada HM, dia kata perkara kecil je.. Sembang dengan pakcik pun pakcik kata perkara kecil.. Eerrrmmmm.. Ai je ke yang susah hati tak bertempat??


Huhuhu.. Ai bukan sesaja nak risau tak bertempat.. Yelah, Ai bukanlah baik sangat.. Cumanya Ai tak boleh buat jahat.. Kalau buat salah, Ai akan cepat dapat balasan.. Memang dari budak dah macam tu.. Tu yang menyebabkan Ai takut untuk buat salah or jahat.. Dari sekolah Ai tak pernah beli jam loceng.. Ye lah masa tu sebab tak mampu.. Dan lagi pun Ai akan terbangun sendiri.. Ai cuma perlu berniat sebelum tidur, esok pagi Ai nak bangun pukul berapa?? Memang biasanya Ai akan sedar seperti yang Ai hajatkan.. Kalau Ai tak terbangun, bermakna Ai ada buat sesuatu yang tak elok.. Contoh: melawan cakap mak, bergaduh dengan adik beradik etc..

Masa budak-budak, Ai memang kerap gaduh dengan my sis.. Satu hari Ai nampak my sis buat sesuatu pada barang Apis.. Ai bagi tau pada Apis.. Apis jenis panas baran.. Bergaduh besar my sis dan Apis.. My dad geram, dia pukul Apis.. Ai rasa bersalah sebab mulut Ai, Apis kena pukul.. So Ai peluk Apis.. Dengan Ai pun kena balun sekali.. huhuhu.. Dah lepas tu, masa nak tidur mak datang sapukan minyak.. "Ijah dengan Apis gaduh.. Bapa pukul Apis kenapa diyang masuk campur??.. kan dah kena pukul sekali.."; kata my mom.. "akak rasa bersalah.. sebab akak yang bagi tau Apis.. kalau akak tak bagi tau, mesti Ijah dan Apis tak bergaduh..".. "tu la.. lain kali kalau tak pandai jadi jahat, jangan buat jahat.."; nasihat my mom yang membuatkan Ai sentap.. huhuhu..

Teringat masa form 4, Ai sekolah pada pagi dan berkongsi kelas dengan budak sesi petang.. Suatu hari, budak sesi petang yang duduk di meja Ai tertinggal buku nota sains di dalam meja.. Ai fikir, setakat buku nota sains baru RM1.20 (pada masa tu), apa lah sangat.. Ai ambil tanpa rasa bersalah.. Then selang 2-3 hari lepas tu, Ai tertinggal kalkulator di dalam meja.. Ai beli kalkulator kumpul duit belanja sekolah, harga RM12.00.. Ai student akaun, so kalkulator memang penting la.. Keesokkan harinya, Ai tengok kalkulator Ai hilang.. 3 hari 3 malam Ai menangis sebab sedih hilang kalkulator.. Akhirnya along janji akan belikan Ai kalkulator yang baru..

Nak tahu kenapa Ai menangis teruk sangat?? Sebab Ai menyesal ambil sesuatu yang bukan milik Ai tanpa memikirkan keadaan or perasaan budak tu.. Entahkan dia tak mampu nak beli buku lain, sama macam Ai tak mampu nak beli kalkulator yang baru dengan segera.. Ai menangis coz Ai tak amanah.. Baru diuji dengan suatu yang kecil, Ai dah tewas.. Ai menangis coz walaupun nilainya kecil tapi dosanya tetap sama iaitu mengambil sesuatu yang bukan hak Ai.. Ai menangis kerana menyesal sangat-sangat dan berharap dapat putar semula masa.. Supaya Ai tak buat sesuatu yang sia-sia dan memudaratkan Ai..

Walaupun Ai cuma 2 beradik je perempuan.. Ai tak boleh tidur sekali dengan my sis, mesti Ai tendang dia.. Ai rimas bila tidur ada orang kat sebelah.. Terasa bahang haba, so Ai lebih suka tidur dikelilingi dengan bantal.. Sampai Ai kahwin, macam tu lah perangai Ai.. HM pun kerap kena tendang dengan Ai.. Tapi lepas dari tu Ai mesti akan sakit kaki.. Puas urut sendiri tapi kaki masih sakit.. Then muhasabah diri, ingat balik Ai dah buat salah apa sampai kaki jadi sakit?? Bila dah kenal pasti punca, Ai akan salam tangan HM..

Ai: "hubby, saya minta ampun, minta maaf.. awak marah kat saya ke??
HM: "kenapa pula??"
Ai: "kaki saya sakit lepas tendang awak ritu.." (sambil mengalir air mata..huhuhu) 
HM: "ha, tu la.. sayang suka sangat tendang-tendang abang.."
Ai: "awak maafkan ke tak ni.. hukhukhuk.. dah berapa hari kaki saya sakit.."
HM: "ye, abang maafkan.. lepas ni jangan nak tendang abang dah.."
Ai: "habis.. siapa suruh awak tidur dekat dengan saya.. saya rimaslah.."
HM: "dah sayang isteri abang.. abang tidur peluk sayang, lah.. tak kan tak boleh.."
Ai: "tak boleh la.. sebab tangan awak berat.. tak bernafas saya.. awak peluk je lah bantal.."
HM: "tengok tu.. tadi minta maaf.. pastu melawan pula.."
Ai: "yelah.. yelah.. ampunkan saya.. tapi awak jangan peluk saya dah tau.. hehehehe.. berat tangan awak je dah 2kg.. "

Kalau dengan HM memang Ai akan lagi cepat dapat balasan.. huhuhu.. Bulan lepas jadi lagi.. Kali ni sebab Ai geram, Ai panggil HM dari dalam bilik minta ambilkan sesuatu.. Tapi HM terlalu ralit tengok tv.. Geram sangat, Ai keluar bilik sambil baling kain kat dia.. Dia terkejut, terus dia tanya kenapa baling kain?? Katanya tak dengar langsung Ai panggil sebab suara Ai halus je.. huhuhu.. Tak berapa hari lepas tu, Ai mula sakit tangan.. Hari cuti pergi rumah my sis, Ai minta my sis tolong urut tapi masih tak hilang sakit.. Malam tu HM balik kerja, Ai terus salam tangan dan minta ampun sambil menangis.. HM kata; "sayang suka sangat fikir bukan-bukan.. sayang takde buat salah apa pun kat abang.. dah nak sakit, nak buat macamna??".. "ala.. hubby, cakap je lah awak maafkan saya.." .. "abang nak maafkan apa?? sayang takde buat salah pun.. abang takde ambil hati apa-apa pun..".. Rayu Ai pada hubby; "hubby, awak sayang saya, kan..maafkanlah saya.. tangan saya sakit sangat ni.. tangan ni lah ritu yang baling kain kat awak..".. "ye lah, abang sayang.. abang maafkan semua salah sayang walaupun sayang takde buat apa-apa salah pun.. nanti abang urutkan tangan tu.."; balas HM.. Alhamdulillah, lepas tu tangan Ai dah tak sakit..

Adakalanya bukan sengaja nak jadi baik or tunjuk baik.. Tapi keadaan yang memaksa jadi macam tu.. Ai memang jenis yang kena pakai stokin.. Kalau pergi berjalan-jalan, HM akan pastikan Ai pakai stokin.. Sebab dah selalu sangat, tengah duk seronok berjalan-jalan Ai tiba-tiba berhenti dan merengek minta belikan stokin sebab kaki dah melecet.. huhuhu.. Eeerrrmmmm.. Beberapa bulan lepas, Ai ada berbual dengan sorang kawan di pejabat.. Kakak tu kata Ai sorang yang baik.. Tapi Ai balas; "taklah kak.. Ai bukan baik sangat pun cuma Ai tak boleh buat jahat.. Ai pakai stokin bukan sebab Ai alim tapi sebab kulit Ai jenis sensetif, mudah melecet.. sebab tu pakai seliper pun Ai akan pakai stokin.. tapi dari sudut positifnya itulah cara Allah nak pelihara Ai.."..  "Bukan sebab Ina pakai stokin.. Ina memang baik..".. "huhuhu.. takdelah kak.. Ai biasa je.. Alhamdulillah, Ai nampak baik coz Allah tutup aib Ai..".. Kakak tu memang suka berbual-bual dengan Ai.. Semalam dia tengah berbual-bual dengan Ai, datang sorang pegawai.. Then Ai berbual lagi.. Lepas habis Ai bercakap, kakak tu kata pada pegawai tu; "tengok cara orang baik cakap macamna.. dari cara cakap pun kita boleh tau dia baik ke tak..".. Ai tergamam.. Coz lepas cakap macam tu kakak dan pegawai tu terus keluar.. huhuhu.. Ai tak minta dianggap baik, cukuplah tak anggap Ai sebagai jahat... 

Yup.. Ai seboleh-bolehnya akan jaga tiap butir perkataaan yang nak diucapkan.. Supaya tak mengguris hati sesiapa.. Sebab Rasulullah selalu bercakap guna perkataan yang paling sopan.. Walaupun dalam keadaan marah, baginda masih tetap boleh tersenyum.. Ai pula, biasa kalau marah Ai akan diam coz bila marah kita akan bercakap sesuatu tanpa sedar.. Cuma ada masanya kalau terlalu marah, Ai akan meletup juga.. Pernah tahun lepas, Ai rasa terlalu marah dan geram.. Ai call pakcik untuk lepaskan geram.. Mujurlah pakcik layankan je dan nasihatkan Ai bersabar.. Perkataan paling kasar or kesat yang Ai akan cakap cuma 'b***h' dan 'ba****g'.. Ai memang tak akan sebut perkataan mencarut..  




Nota Jari: Andainya dosa itu meninggalkan kesan bau pada kita pasti kita semua tak berani melakukan apa-apa dosa...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...