Saturday, 19 March 2016

Ambil Nombor?????

As'salam.. Malam ni kurang sikit sakit kepala.. huhuhu.. Satu hari asyik baring je.. Sekejap-kejap HK datang peluk dan kiss Ai.. Mujurlah dia tak buat perangai.. Errrrmmm.. Tajuk entry kali ni pelik kan?? Nak ambil nombor apa pula?? Huhuhu.. Ok, macam ni ceritanya.. Pagi tadi ada kawan lama Ai call..

Iz: "assalammualaikum, darling.."
Ai: "awak nak mati ke?? Ehh.. waalaikummusalam.."
Iz: "Na ada mana?? Kerja ke??
Ai: "ada kat rumah la.. kan Ai cuti sabtu ahad.."
Iz: "Ry ada rumah ke?? Dia kerja apa sekarang??"
Ai: "aahhh.. ada rumah.. tengah tengok tv.. dia kerja kedai makan.."
Iz: "ok, la tu.."
Ai: "awak janganlah cakap kelantan.. rasa macam sembang dengan orang lain pula.." (coz dulu dia kerja di perak.. cakap elok je.. sekarang dia duduk kelantan, cakap dengan Ai pun dah slang kelantan)
Iz: "tu la.. kalau Na kahwin dengan saya mesti Na pandai makan budu dan cakap kelantan.."
Ai: "Ai makan je budu.. cuma Ai tak pandai cakap dialek lain.."
Iz: "tak pe lah, Na.. Tunggu Na bujang balik nanti la.."
Ai: "awak merepek apa ni.. wife awak sekarang ni lahir tahun 86.. Ai tahun 82.." (huhuhu.. Iz memang dari dulu minat kat Ai.. Ni bukan kali pertama dia kata nak tunggu Ai..)

Ok, jom masuk mood hitam putih.. Ai kenal Iz pada tahun 2002.. Asalnya ada sorang pakcik tersalah no.. Tapi disebabkan Ai masih terlalu muda, pakcik tu past no Ai pada Iz.. Masa tu Iz bertugas di ipoh, perak.. Kali pertama Iz call, Ai layan macam dah kenal lama.. Coz Ai memang takde masalah kalau berbual dalam phone.. Iz rasa selesa dengan Ai.. Dia kerap cerita pasal adik bongsunya.. So Ai dapat teka Iz seorang yang suka pada kanak-kanak..

Kerap juga la Iz call Ai.. Masa tu, Ai tengah couple dengan nen.. Mesti ada yang pelik, kan.. Macamna boleh couple dengan nen coz dalam entry Rahsia Pohon Cemara, Ai dah tolak dia?? Yang tu nanti Ai buat entry khas.. Kisah gerhana cinta luka.. huhuhu.. Ok, sambung balik.. Ai memang suka berkawan.. Dan Ai tak membeza-bezakan layanan.. Means, Ai baik dengan semua orang.. Dan Ai memang jenis yang terlalu caring sesuai dengan maksud nama Ai iaitu kelebihanku / ihsanku.. My mom sendiri tak boleh teka yang mana satu yang Ai suka (pakwe / bf Ai).. Coz tak kira berbual dengan siapa, nada Ai tetap sama.. My mom kata my sis cakap berbisik-bisik bila bf (dah jadi abang ipar Ai sekarang ni) call.. Errrmmm.. Ai memang tak kan cakap gedik manja coz nanti jatuh haram, pula kan.. So walaupun sifat semulajadi Ai memang seorang yang manja, Ai tak kan berbual manja dengan mana-mana lelaki..

Maybe sifat caring Ai menyebabkan orang mudah jatuh hati pada Ai.. Begitulah juga kesnya dengan si Iz ni.. Tahun 2004, dia pernah call Ai, cakap nak masuk minang Ai.. Coz dia cinta dan sayang sangat kat Ai.. Ai terdiam tak tau nak bagi jawapan.. huhuhu.. Masa tu nen bawa Ai tidur rumah dia.. Ai serba salah nak cakap.. Yang pastinya; "awak gila ape?? merepek.. kita jumpa pun tak pernah.. macamna awak boleh cakap awak cintakan saya??".. "Na sekarang ni saya cuma nak dengar awak kata awak sayang saya.. saya sanggup tunggu awak habis belajar.. saya sanggup pergi sintok untuk jumpa awak..".. 

Ai terdiam.. Macamna Ai nak cakap Ai suka kat dia sedangkan Ai berada di rumah bf Ai.. "Na, awak dah ada orang lain, ye?? Sampai hati awak buat saya macamni..".. "Ya Allah.. selama ni kita mana pernah declare apa-apa.. Masa Ai kenal awak, Ai memang dah couple dengan bf sekarang ni.. lagi pun kita sembang biasa je.. mana ada sentuh bab cinta..".. Kemudian Iz bersuara lemah; "takpe la, Na.. awak dah kecewakan saya.. lepas ni saya tak kan kacau awak lagi.. semoga awak bahagia dengan dia.. kalau dia dah tak nak kat awak, carilah saya.. saya sanggup terima awak bila-bila saja.."..

Keadaan yang selalu buat Ai jadi serba salah.. Sama kes macam Jirul dulu.. Ai ada story dalam entry Kawan Baik.. Siap cakap dia sanggup dimadukan.. Asalkan Ai terima dia.. Ya Allah.. huhuhu.. Jirul kata dia couple dengan 4 orang gadis dalam 1 masa.. Combine keempat-empat pun, masih tetap tak sama macam Ai.. Ai balas; "awak tak boleh create seorang lagi Ai coz setiap orang tu berbeza.. silap awak coz awak mencari Ai dalam diri dorang.. sepatutnya awak terima dorang seadanya dorang.. percayalah.. Ai bukanlah baik mana pun.. Ai nampak baik sebab Allah tutup aib Ai..".. "Ina saja cakap macam tu sebab nak saya benci Ina, kan.. kalau itu yang Ina nak, saya tak kan ganggu hidup Ina dah lepas ni..".. Memang sejak tu, terus kami terputus hubungan..

Lain kisahnya dengan si Iz ni.. Lepas hampir 2 tahun menyepi, Iz call Ai bagi tau dia dah kahwin coz frust Ai tolak dia.. Then tanya macamna hubungan dengan bf?? Bila Ai bagi tau dah putus dan dah serik bercinta, Iz dengan gembiranya suruh Ai berkenalan dengan adik kandungnya.. Katanya, dah tak boleh jadi isteri, dapat jadi adik ipar pun jadilah.. Tapi takdir Allah, jodoh Ai dengan HM.. Hujung tahun 2007, Iz dapat tau Ai kahwin, Iz tanya kenal HM kat mana?? Ai jawab, kami kenal coz HM tersalah dial no.. Then Iz kata; "kalau dulu saya sabar.. mesti saya yang kahwin dengan Na.. takpe lah Na.. kalau jadi apa-apa pada Na (berpisah hidup or mati), saya sanggup ambil Na jadi isteri saya.. kalau Na tak nak bermadu saya sanggup lepaskan isteri saya.. coz saya kenal Na lebih lama dari isteri saya..".. Huuuhhhh... Ai balas; "tak baik doakan Ai macam tu.. kalau jadi apa-apa antara kami, Ai tak nak kahwin  lain dah.. coz Ai yakin tak kan ada lelaki yang boleh terima semua kelemahan Ai kecuali HM.."

Sekarang ni, Iz dah berpisah dengan isteri lama dan dah berhenti kerja.. Iz berkahwin pula dengan seorang guru dan sekarang berniaga di kelantan.. Alhamdulillah, dikurniakan 3 orang cahaya mata.. Cuma perangainya masih tak berubah.. huhuhu..



Nota Jari: So kengkawan faham tak apa maksud ambil nombor tu?? Huhuhuhu...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...