Sufina....

As'salam.. Pagi ni, Ai drive datang kerja coz HM nak guna motor.. So hari ni, Ai sempat sampai opis sebelum pukul 8am.. Yeeaaaaa... Hari ni boleh la Ai balik pukul 5pm.. Tapi kena singgah jumpa kawan kejap..

Entah macamna, tetiba je pagi tadi teringat kenangan cintun masa sekolah dulu.. Pengalaman cintun yang kedua.. Yang 1st, belum sampai mood nak cerita.. hahahaha.. Ok, 2nd love ni dengan budak muda 2 tahun dari Ai.. Muka dia sweet sangat, tinggi lampai.. Tingginya 182cm.. Kulit hitam manis.. Kalau tengok dia senyum, memang melted lah.. hehehehe.. Dah nama pun cintun, kan.. Memang angau lah jawabnya..


Untukmu Ibu - Exist (1992)


Oh ibu
Kau disiram bayu pagi
Kehilangan terasa kini
Dan kesepian

Dan aku
Bagai purnama gerhana
Di ibarat lautan kering
Tiada tempat ku layarkan

Hasratku ini
Masih belum sempat
Ku buktikannya
Padamu ibu tersayang
Ku curahkan rasa hati

Ku tatapi
Potret mu berulang kali
Ku renungkan
Kalimah yang diberi

Tuhan yang Esa
Ampuni dosa ibu
Tempatkan mereka…
Diantara kekasih-kekasih
Mu oh ibu
Kau kasih sejati

Ku taburkan doa
Untuk mu ibu
Ampuni lah dosaku
Sejak ku dilahirkan
Hingga akhir hayatmu…

Saat ini
Ku teruskan hidup
Tanpa bersamamu ibu

Corus

Tuhan yang esa
Ampuni dosa ibu
Tempatkan mereka…
Diantara kekasih-kekasih
Mu oh ibu

Kau kasih sejati
Ku taburkan doa
Untuk mu ibu

Ampuni lah dosaku
Sejak ku dilahirkan
Hingga akhir hayatmu…
Ibu…
Kini aku
Hilang tempat mengadu

Oh ibu
Damailah engkau disana
Ku taburi doa mewangi
Hadiah dari anak mu
Ibu…



Nota Jari: Rindu nak peluk mak...

Mencari Cinta Sejati...

Masih wujudkah cinta sejati???
Pengalaman lalu mengajar diri agar tidak mengejar cinta..
Pengalaman menjadikan diri lebih berhati-hati memilih cinta..
Tapi setelah sekian lama..
Hati mula berasa kekosongan..

Salahkah diri andai mengejar cinta sejati??
Salahkah diri andai mengharapkan wujudnya cinta di dalam hati??
Cinta yang paling agung...
Cinta yang memberi bahagia..
Cinta yang mendamaikan jiwa..
Cinta yang memimpin diri ke syurga Allah..

Bukan Baik Cuma Tak Jahat

As'salam.. Ai tak sedap hati la.. huhuhu.. Tengah risaukan sesuatu ni.. Bila cerita pada HM, dia kata perkara kecil je.. Sembang dengan pakcik pun pakcik kata perkara kecil.. Eerrrmmmm.. Ai je ke yang susah hati tak bertempat??

Sedekahkan Pahala

As'salam.. Kali ni nak share kisah yang Ai copy paste dari mukabuku.. Bagi kengkawan yang telah kehilangan orang tersayang macam Ai, boleh la ambil pengajaran dan mulakanlah mendoakan mereka.. Ingat semasa hidup kita boleh merayu minta bantuan ke hulu ke hilir.. Tapi bila kita dah 'berpindah ke sana', hanya doa anak  yang soleh / solehah dapat membantu kita...

Diyang....

As'salam.. Hari ni rasa frust sikit.. Masih gagal bertukar.. Tapi tu memang dah dijangka.. Cuma sedikit terkilan coz nama Ai takde dalam list panggilan interview kerja yang Ai mohon.. Pasrah dalam keterpaksaan..

Balasan Janji Palsumu - Leon

                                         



Nota Jari: Suka sangat dengar lagu ni.. Nanti ada mood Ai story ye.. Buat masa sekarang layan dulu lagu ni untuk ambil mood frust.. kuang..kuang..kuang...

Ambil Nombor?????

As'salam.. Malam ni kurang sikit sakit kepala.. huhuhu.. Satu hari asyik baring je.. Sekejap-kejap HK datang peluk dan kiss Ai.. Mujurlah dia tak buat perangai.. Errrrmmm.. Tajuk entry kali ni pelik kan?? Nak ambil nombor apa pula?? Huhuhu.. Ok, macam ni ceritanya.. Pagi tadi ada kawan lama Ai call..

Panas: Sakit Kepala

As'salam... Ai sakit kepala dari pagi semalam.. Masa pergi kerja ok je.. Sampai opis rasa letih semacam dan sakit kepala.. Ai akan tempek kool fever kat dahi setiap kali sakit kepala.. Memang rasa nak tidur je.. Then punyalah azab nak tunggu waktu balik.. Rasa nyesal je datang kerja.. huhuhu.. Balik kerja singgah juru coz dah janji nak dating dengan HM.. Semua orang pandang semacam je tengok Ai.. Mujurlah HM ni sporting..

Rahsia Pohon Cemara

As'salam.. Semalam Ai story tangkap leleh.. Hari ni, Ai nak story kisah cinta premature Ai.. hehehe.. Bukan cinta monyet ye, coz cerita ni masa Ai di matrikulasi tahun 2001..

Rindu Datang Lagi...

As'salam.. Selsema melanda.. Rasa nak demam.. Mungkin cuaca panas sangat kebelakangan ni.. Errrmmm.. Mata kanan asyik bergerak je.. Dulu itu tanda my mom rindukan Ai.. Ai akan cepat-cepat call mak.. Tapi sekarang siapa yang nak rindu pada Ai??

Bila rasa tak sihat, mesti Ai rasa sedih..  Teringat kenangan dengan mak.. Rindu nak dengar suara mak.. Rindu nak mak picit kepala.. Rindu nak mak usap rambut.. Rindu nak baring di riba mak.. Rindu nak mak tarik mulut Ai, setiap kali Ai merajuk..

Si Rambut Kerinting

As'salam.. Apa khabar?? Ada yang selsema or tak sihat?? Alololo.. Ciannya.. Pergi klinik ye.. Dah sembuh nanti cuba amalkan mandi sebelum subuh.. Coz mandi sebelum subuh ada banyak kelebihan; antaranya adalah meningkatkan sistem immune badan.. Insya-Allah...

Kisah Rumah Tangga......

As'salam.. Huuurrmmmm... Leganya.. Sekarang dah tak sibuk sangat.. So badan takde lah letih sangat.. Masalahnya bila tak letih, mata pun lambat la mengantuk.. Disebabkan tak berapa sibuk, so esok Ai ambil cuti 2 hari.. Rasa lebih seronok golek-golek kat rumah dengan baby HK daripada pergi kerja.. hehehe..

Ok, nak story sikit.. Sejak duamenjak ni, Ai suka sangat follow luahan di page Kisah Rumah Tangga (KRT).. Macam-macam cerita yang ada.. 



Kenapa Ai????

As'salam.. Apa khabar semua?? Errrmmmm... Last week Ai rasa down sangat.. Biasalah hidup mesti ada gembira dan air mata.. Mungkin sebab dah lama tak buat solat sunat taubat.. Ye la, setiap hari mesti ada kesilapan yang kita dah buat.. So kena didik diri untuk buat solat sunat taubat secara berkala.. Barulah hati akan tenang.. Insya-Allah..

Biasa bila ada masalah, Ai akan pendam je.. Tapi last week, sembang-sembang dengan my pakcik.. Pandai pula dia korek.. Ceehhhh.. Tapi Ai tak cerita semua la.. Bahaya betul.. Agaknya sebab dia dah berusia jadi pandai tackle Ai untuk bercerita.. So lepas ni kena lebih berhati-hati.. Coz macam yang Ai selalu tulis dalam blog, bukan semua masalah boleh dikongsi dengan dunia.. Ada yang perlu dipendamkan, biarlah hanya Ai dan Allah sahaja yang tahu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...