Monday, 22 February 2016

Gerimis Pagi

"Adik.. Lama tak nampak adik.." Sapaan dari penunggang motor yang berhenti di sebelah Ai.. 

Ok, nak masuk mood hitam putih kejap.. Nak kena flash back beberapa bulan yang  lepas.. Pagi tu, langit nampak lebih gelap dari biasa.. HM suruh Ai pakai baju hujan tapi Ai tak nak coz masih belum hujan.. Sampai je simpang 5, gerimis dah mula turun tapi Ai masih lagi berdegil tak nak pakai baju hujan.. Hujan mula turun dengan lebat masa Ai sampai di simpang parit buntar.. Nak tak nak, Ai terpaksa juga berhenti untuk pakai baju hujan..

Ada motor berhenti di balakang motor Ai.. Kelihatan penunggangnya tergesa-gesa mengeluarkan baju hujan.. Ai cuma memerhatikan sahaja.. Then pakcik (takde lah tua sangat.. Lingkungan 40-an.. Tapi Ai memang tak biasa panggil lelaki yang tak dikenali dengan gelaran abang..) tu menyapa Ai; "hati-hati dik, ye.. hujan ni..".. 

Ai: "encik kerja mana??"
Pakcik: "sungai bakap.. adik kerja mana??"
Ai: "georgetown, penang.."
Pakcik: "dalam pulau??" (dengan muka terperanjat)

Ai hanya mengangguk sambil tersenyum.. Dah siap pakai baju hujan, pakcik said good bye dan pesan hati-hati menunggang.. Pakcik follow belakang Ai.. Bila Ai terlalu slow, dia akan potong Ai.. Tapi dia pula terlalu slow, Ai akan potong dia pula.. Dia follow Ai sampai traffic light ke tol jawi.. Dia bagi hon isyarat dia teruskan perjalanan coz dia tak perlu masuk tol jawi.. Ai hanya mengangguk..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ok, balik ke mood warna warni.. hehehe.. Balik kerja semalam, masa Ai berhenti di traffic light parit buntar.. Ada sebuah motor berhenti di sebelah Ai.. Masa tu Ai tengah tengok jam tangan.. Errmmm.. Pukul 6.40pm, lewat 10 minit dari semalam.. Tiba-tiba ada suara menegur Ai..

Pakcik: "Adik.. Lama tak nampak adik.."
Ai: (terkejut dan beralih pandangan ke arah suara yang menyapa).. "ooowwhhh.. ingat lagi ye??"
(sambil mata Ai tertumpu pada flusk yang ada diraga motornya.. Flusk yang sama juga Ai lihat pada pertemuan kami sebelum ni)
Pakcik: "mestilah ingat.. tengok plat motor.."
Ai: "oowwhh.." 
Pakcik: "dah berapa lama berulang??"
Ai: "setahun lebih juga la.."
Pakcik: "dapat elaun perjalanan kut??"
Ai: "takde elaun perjalanan sebab Ai kerja kerajaan.. tapi ada elaun rumah dan sara hidup.. kira sama la tu.."
Pakcik: "penat lah, kan"
Ai: "nak buat macamna minta tukar tak dapat sebab kat sini takde kosong.."
Pakcik: "takpelah.. hati-hati, ye.."
Ai: "terima kasih.."

Memang terkejut, coz pakcik tu still ingat kat Ai.. hehehe.. Ai??? Pada mulanya terpinga-pinga juga.. Coz memang tak sangka ada orang boleh ingat kat Ai.. hehehe..


Nota Jari: Sorry, macam biasa entry ni sebenarnya dah peram 2 minggu.. hehehe..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...