Wednesday, 20 January 2016

Tolong Diri, Tolong Yang Lain

As'salam... Ada yang tertunggu-tunggu entry baru ke?? hehehe.. Sorry, sebenarnya ada banyak story yang Ai nak share.. Tapi takde masa nak mencoret.. Nak curi-curi buat entry masa lunch pun tak sempat.. Online business pun Ai tak sempat nak 'run'.. Rasa nak extra time lebih daripada 24 hours perday.. huhuhuhu.. 
 
Setiap pagi, Ai harap sangat Ai dapat tukar ke tempat yang lebih dekat dengan rumah.. Bila dah dalam perjalanan, Ai harap sangat dapat beli skuter baru.. Bukan Ai tak sayang pada Ego.. Tapi Ego dah mula tak sihat.. Harap dapat beli Nouvos pula.. Besar sikit daripada ego, rasanya CC nya pun lebih besar daripada ego.. So mesti boleh pecut lebih laju dari ego... hehehe.. Dan kalau CC nya lebih besar, means takdelah Ai rasa melayang bila mengharungi jambatan dengan angin laut yang kuat..

Tapi nak beli kena tunggu duit berenti askar HM untuk beli cash or kalau beli ansuran, kena tunggu duit HM untuk bayar down-payment dan HM kena ada kerja tetap untuk bayaran ansuran bulanan.. Coz dengan keadaan sekarang ni, agak sukar untuk kami agihkan bayaran ansuran motor.. Bak kata HB; "kita jatuh miskin sejak kita duduk kampung.. rumah pun tak selesa.. umi, abi, jom la kita balik rumah KL kita.. kat sana selesa, macam orang kaya.." 

Rasa nak nangis pun ada, nak gelak pun ada dengar rungutan si HB.. Actually, bukanlah jatuh miskin cuma tentulah berbeza keselesaan antara rumah kuarters dan rumah sewa.. Nak beli perabot pun takde ongkosnya.. huhuhu.. So HB rasa dia jadi miskin..

Ok, sebenarnya Ai adalah penerima bantuan rakyat 1 Malaysia since tahun lepas.. Ye la since tahun lepas, HM dah berenti askar.. Masa bantuan ni mula-mula diperkenalkan, Ai tak pernah mohon.. Walaupun layak.. Coz setiap tahun Ai dan HM dah dapat bonus.. So bagi Ai cukup memadai untuk kami.. Bantuan tu biarlah beri kepada orang yang lebih layak.. Tapi bila HM dah takde kerja, Ai cuba buat permohonan.. Alhamdulillah, ada rezeki kami..

Ada yang mempertikaikan pemberian bantuan ni tak adil.. Dan pandang Ai semacam bila tau Ai dapat bantuan.. Ai tak tau la apa maksud pandangan tu.. Tapi bagi diri Ai sendiri, Ai malu bergelar penerima bantuan.. Coz Ai ada degree, sepatutnya Ai tersenarai sebagai pembayar cukai bukannya penerima bantuan.. Bagi Ai kalau benar susah tidak mengapalah untuk merungut kerana terpinggir daripada menjadi penerima bantuan.. Tapi kalau still boleh tukar kereta baru, boleh pergi bercuti dan boleh buat/beli apa yang orang susah hanya boleh pandang/berangan, means anda belum cukup susah lagi..

Tipulah kalau Ai kata tak pernah teringin nak tukar kereta baru.. Dan jelous sangat tengok orang boleh tukar kereta.. Ai bukan nak beli honda or toyota.. Setakat dapat beli axia pun jadilah.. Coz kereta sekarang ni kami beli yang 2nd hand.. Enjin pun dah semacam je bunyinya.. Itulah kereta untuk berjalan, itulah kereta untuk pergi kerja.. (memandangkan Ai bawa motor, so HM guna kereta untuk pergi kerja).. Tapi itu kan takdir Allah.. Nak ke tak, kena terima..

Actually, Ai bukan senang pun dari dulu.. Tapi Ai berpendirian tidak baik untuk mengambil sesuatu yang bukan hak kita.. Ada yang kata; tu duit rakyat so semua orang layak.. Bagi Ai pula, Ai tidak mahu terlalu mengejar dunia (sanggup menipu untuk menjadi penerima) sampai tidak berfikir akibatnya (balasan yang akan diterima setelah meninggal kelak).. 

Ayat yang selalu Ai guna adalah; Ai bukanlah baik sangat tapi Ai tak jahat, Ai takut untuk buat jahat coz Ai tau amalan Ai tak banyak mana pun.. So daripada Ai buat suatu yang akan jadi musibah kepada Ai, lebih baik Ai elakkannya..

Ai tak pernah kisah or peduli pun siapa yang dapat, dia dapat sebab menipu or what ever.. Coz bagi Ai, berani buat beranilah tanggung.. Kalau takut nak tanggung, tak payahlah buat.. Janganlah pula duk kata; "takpe muda lagi.. nanti dah tua, kami taubatlah..".. Amboiiii.... Yakinnya.. Confirm ke boleh hidup sampai tua?? Dan confirm ke dah tua nanti ingat nak taubat?? Jangan lupa, hidayah tu daripada Allah.. So beringatlah, tolonglah diri sendiri dengan menolong orang lain..



Nota Jari: Hope dapat tukar dekat dengan rumah dan dapat beli skuter baru..

2 comments:

  1. best bca yg ni..byk beri kesedaran pada sy..tq kak ai..menyelami kisah hdup akak ai dlm blog ni seolh mmberi sy semngat utk kuat dlm hidup...sy respect pndirian akak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq dear.. yang baik jadikan teladan, yang buruk jangan ikut, ye.. hehehe..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...