Monday, 11 January 2016

The Another Half Of Me

As'salam.. Apa khabar?? Hepi besday kepada kawan-kawan yang sambut besday pada 10/01.. Tarikh istimewa Ai dan HM..


9th Anniversary...
Sedar tak sedar, dah 9 tahun menjadi suri HM.. Bermacam-macam dugaan yang dilalui.. Alhamdulillah, masih bertahan dan bahagia dengan kehadiran 2 orang putera..
Pada mulanya bukan mudah untuk menyesuaikan diri.. Almaklumlah, Ai tak bercinta, coz Ai nak kawin dengan lelaki yang sayang Ai macam my mom sayang Ai or lebih lagi.. So Ai buat keputusan untuk berkahwin dengan HM coz nampak dia sayang dan cintakan Ai macam my mom sayang Ai.. Dia faham tindak tanduk Ai, sama macam my mom faham isi hati Ai.. Ai nekad terima HM kerana Ai bergantung pada sayangnya dia pada Ai.. Ai tak nak bercinta sebelum kahwin coz dah serik putus cinta dan dipermainkan..

Persamaan...

Bermula dengan minat yang sama, so kami ada topik untuk berbual.. Minat kami???? Tentulah anime.. Nak kata otoku tu tak la.. Tapi kalau buka tv memang asyik tengok channel animex, or apa saja channel yang ada cerita katun..

Kami juga jenis yang suka pada baby or kanak-kanak.. Jangan hairan pula.. HM tu muka je bengis tapi bebudak suka dengan dia.. Disebalik muka bengis tu ada senyuman yang menawan, tau.. Baby pun boleh melted.. hahahaha...

Perbezaan...

Dia minat muzik.. Pandai bermain alat muzik.. Masa dalam army, HM  memang bekerja bahagian muzik.. Pemain trompet atau dalam istilah army dipanggil tetuang.. Tapi suara HM sumbang.. So kalau menyanyi memang 'ke laut' la jawabnya.. hehehehe.. Ai pula memang kurang minat hiburan.. Means tak minat tengok muzik2 or apa-apa anugerah or pertandingan yang glamour-glamour..  Ai setakat suka dengar lagu 90-an.. Lagu leleh punya.. Dia pula tak gemar lagu leleh.. Tapi kami suka dengar Sinar FM..

Pelengkap...

Part saling melengkapi ni, memang pelik.. Tapi itulah kuasa Allah.. Dia takdirkan setiap pasagan untuk saling melengkapi.. Alkisahnya, pendengaran sebelah kanan Ai problem sikit tapi bukanlah pekak.. Jadi macam tu coz masa Ai darjah 2 (rasanya), ada cekenit masuk telinga Ai sampai bernanah baru my mom perasan.. Tengok-tengok cekenit tu dah gemuk duk dalam telinga Ai.. huhuhu... Padanlah Ai asyik sakit telinga je.. So bila on phone, Ai akan guna telinga sebelah kiri... HM pula ada masalah dengan telinga kirinya.. Menurut ceritanya, masa umur 5 tahun dia pernah dilanggar kereta.. Habis patah tulang hidung (sebelah je).. Kedudukan telinga pula jadi tak sama, senget sebelah.. Jadinya HM akan on phone menggunakan telinga sebelah kanan.. 

Selama Ai kenal dia, Ai tak pernah perasan pun dia ada lesung pipit..  Sorry la, Ai jenis yang tak perati muka orang.. Coz Ai tak suka orang perati muka Ai... Bila HB lahir, Ai perasan HB ada lesung pipit.. So Ai kata HB ikut Ai coz Ai ada lesung pipit di sebelah kiri pipi Ai.. Then HM kata dia pun ada lesung pipit tapi disebelah kanan pipi.. Dia pun buat-buat sengih coz nak tunjuk lesung pipit kat Ai.. Mujurlah HB ada lesung pipit di kanan dan kiri pipi, so boleh la kami bahagi sama rata.. hahaha..

Selama hayat Ai, takdelah pula bercita-cita nak kahwin dengan lelaki tinggi.. Coz bagi Ai yang rendah pun nampak cute.. Alhamdulillah.. Jodoh Ai dengan lelaki tinggi.. So senang nak minta tolong simpan or ambil barang di tempat yang tinggi.. Anak-anak pun tinggi ikut baka abinya.. Si HB baru masuk darjah 2, dah tinggi sama bahu Ai.. Alahai, terasa kecik nya umi ni.. Selain tinggi, HM juga adalah sado sikit-sikit.. So sesuai sangatlah dengan Ai yang kurang kuat dan rendang ni.. hahaha..




Nota Jari: hukhukhuk.. Tertengok Surat Buat Bakal Isteriku.. Sweet sangat..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...