Friday, 8 January 2016

Azam 2016

As'salam... Sedar tak sedar, dah 7 hari kita menyambut tahun baru.. Antara soalan yang popular setiap kali tahun baru;
1~> Apa azam untuk tahun ni??
2~> Azam tahun lepas tercapai tak??

Bagi Ai yang dah bertahun-tahun carry foward azam ni pun still ada juga azam baru.. Ok nak cerita azam yang carry forward dulu.. Ai simpan azam ni dari tahun 2006.. Means dah 10 tahun.... ffffuuuuuuhhhhh... Lama gilerrrr!!! Errrrmmm.. Bukan azam nak kurus, ye.. Coz Ai memang dah sedia kurang lemak.. hahahaha... Azam tu tak lain tak bukan, azam untuk mendapat pekerjaan sebagai pegawai dengan menggunakan ijazah yang ada.. Azam yang kedua, Ai carry forward since tahun 2013.. Iaitu azam untuk posting lebih dekat dengan rumah.. Dan 1 azam baru yang Ai plan dari hujung tahun lepas.. hehehe..
Hahahaha... Ai dapat idea nak nama ni masa duk berangan dalam perjalanan pergi dan balik kerja.. Ai nak nama yang ala-ala perkataan jepun tapi ada maksud dalam bahasa banjar.. Contohnya, ARAI nama yang cukup gah dikalangan riders.. Dalam bahasa banjar, arai bermaksud seronok atau gembira.. Dan ada lagi 1 brand tapi Ai terlupa pula apa namanya?? Hehehe.. Sorry..

Ok, now nak explain tentang maksud perkataan tu dalam bahasa banjar.. Actually, Ai tak pandai sangat bahasa banjar.. So memang agak susah untuk Ai mencari perkataan banjar yang nak macam perkataan jepun.. Tiap-tiap hari asyik fikir.. Akhirnya, Allah kurniakan ilham.. Terlintas perkataan hakun dalam fikiran Ai.. Hakun bermaksud sanggup dalam bahasa banjar.. So Ai mula cari perkataan kedua untuk nama perniagaan baru Ai.. 

Mula-mula fikir nak letak sebagai Hakun Usaha.. Means sanggup berusaha.. Dan ada beberapa perkataan lain lagi.. (sebenarnya, Ai dah lupa perkataan yang lain-lain tu).. Dah beberapa hari berfikir, then terfikir nak cari lagi 1 perkataan bermula dengan huruf N.. So akan jadi pangkal nama HM.. Dan business ni memang Ai nak daftar atas nama HM.. Puas la fikir perkataan banjar yang bermula dengan huruf N.. Oleh kerana Ai ni memang lemah dalam bahasa banjar, akhirnya terpaksa mengalah untuk guna perkataan dalam bahasa melayu je.. Terus terbit idea untuk guna perkataan niaga.. 

Then Ai try google dulu nama Hakun Niaga.. Mana nak tau kan, dah ada orang banjar lain guna.. hehehe... Ok, positif.. Takde langsung wujud perkataan tu.. Yang banyak timbul, HAKUNA MATATA.. Ok, good news.. Then Ai try cari di mukabuku pula.. Alhamdulillah, masih takde yang guna.. Selepas berpuas hati dan yakin nama tu masih tak berpunya, Ai create emel gmail dan mula mereka logo.. Errrmmmm... Tabiat Ai yang paling pelik.. hehehehe... Ai suka sangat buat logo.. Ada alamat emel mesti ada logo.. Dah puas hati dengan logo.. Ai create akaun mukabuku pula.. Tujuannya nak blok orang lain daripada menggunakan nama yang sama.. hehehe..

Sedar tak sedar, dah setahun umur FH Nur Collections.. So nak kena renew semula.. Cek dalam laman web, fi untuk renew dan buat baru sama je harga.. Memandangkan nak berjimat.. Hari isnin (4/1/2016), Ai dan HM cuma daftar perniagaan baru.. Asalnya Ai nak daftar atas nama HM je.. Tapi HM nak daftar atas nama kami berdua.. Jadi secara rasminya Hakun Niaga telah didaftarkan.. Nombor pendaftaran: PG0382930-X.. Yang bestnya, nombor-nombor tu memang berkait rapat dengan Ai sekeluarga.. 03 ~ bulan HK lahir.. 82 ~ tahun Ai dan HM lahir.. 9 ~ bulan HB lahir dan 30 ~ tarikh HB lahir.. Buat masa sekarang semua perniagaan Ai akan guna lesen Hakun Niaga.. Ai dah tambah cabang business contohnya, Ai adalah agen jualan semua produk d'herbs dan baju koleksi abang terlajak laris, Ai juga agen jualan buku-buku terbitan PTS.. Cuma sekarang ni, Ai masih tak buat keputusan nak renew FH Nur Collections or nak tamatkan je.. Nak tamatkan pun kena pergi buat kat ssm jg..




Nota Jari: Apa pendapat kengkawan: nak renew FH Nur Collections or nak tamatkan je??

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...