Saturday, 26 December 2015

I Miss My Mom.....

As'salam.... Alhamdulillah.. Baru selesai urusan pembayaran semua kerja-kerja kontraktor.. Amboi... Bukan main, memasing senyum sampai ke telinga.. hahahahaha.. Penat tau.. Dari minggu lepas, Ai asyik kena balik lambat.. Sabtu Ahad kena datang kerja coz isnin (21 dis 2015) last boleh buat payment.. Hari isnin tu, Ai balik pukul 10.20pm.. huuuhhhhhhhhhhhhh.....

Dalam sibuk-sibuk tu.. Hati teringat-ingat kenangan setahun yang lepas.. Hari kami adik beradik 'berpisah' dengan ibu tersayang.... Bertambah sedih hati bila terdengar lagu kegemarannya dulu..


Genap Setahun

17 Disember genap setahun mak 'pergi' tinggalkan kami.. Tapi akak masih lagi sedih bila teringat pada mak.. Kalau akak keluar beli barang Hafiy, akak masih lagi nak belikan barang untuk mak.. Tapi bila HM tanya nak beli untuk siapa?? Baru akak tersedar, mak dah pergi tinggalkan kami..

Mak...
Ingat tak masa kami kecil-kecil dulu, mak selalu suruh kami belajar mengaji.. Coz mak takut masa mak meninggal tiada siapa nak bacakan yasin or al-quran di sisi jenazah mak.. 

Alhamdulillah.. Atas didikan mak kami semua pandai mengaji.. Semasa mak sedang nazak, kami bergilir-gilir mengaji di sisi mak.. Sampai hari ni, akak masih terbayang-bayang keadaan mak pada masa tu..

Mak...
Dulu mak selalu pesan, kalau mak meninggal, mak tak nak orang luar yang mandikan mak.. Tapi mak susah hati sebab kami cuma 2 beradik je perempuan.. Mak kata bila roh dah takde, jasad akan mudah rasa sakit.. Mak takut orang yang mandikan buat dengan kasar.. Mak nak anak-anak sendiri yang mandikan kerana mak kata pasti kami akan lebih berhati-hati.. Kerana jasad yang nak dimandikan itulah yang bertungkus lumus membesarkan kami.. Yang memeluk kami, yang memanjakan kami, yang mengajar kami.. Mak bagi akak cincin dari akak sekolah lagi.. Mak pesan, kalau mak dah takde, mak nak akak mandikan mak..

Alhamdulillah.. Allah tunaikan hajat mak.. Tukang mandi jenazah cuma bagi tau apa yang kami kena buat.. Akak yang istinjak kan mak masa memandikan jenazah mak.. Kak Ijah tolong ratakan air.. Akak minta maaf kalau tak bersih.. Tapi memang takde najis yang keluar masa kami mandikan mak.. Mungkin kerana mak dah lama takde selera nak makan..

Mak...
Selesai memandikan dan mengwudukkan mak, adik beradik lelaki mengangkat mak masuk ke rumah untuk dikafankan.. Akak dan Kak Ijah setia menolong makcik-makcik yang menguruskan jenazah mak.. 

Akak taburkan serbuk kapur barus disetiap lapisan kain.. Akak letakkan kapas di kawasan wajah mak agar aurat mak terpelihara.. Akak letakkan kapas di hidung mak.. Akak sebak sangat masa tu.. Tapi akak tahan daripada menangis.. Akak tak nak mak sedih tinggalkan kami.. Dah selesai, kami panggil semua adik beradik untuk tatap wajah mak buat kali terakhir.. Sorang, sorang anak-anak mak datang cium mak untuk kali terakhir.. Sampai giliran bapa, ada makcik tu melarang bapa mencium dahi mak dengan alasan nanti wuduk mak terbatal.. Akak bingkas membantah dengan menyatakan dalam ceramah ustaz kazim kata; "yang batal wuduk hanya untuk yang masih hidup".. Jadi bapa dapat mencium dahi mak untuk kali terakhir.. Air mata akak hampir menitis ke pipi mak masa akak cium mak.. Kak Ijah cepat mengingatkan akak supaya tidak menangis.. Mak nampak tenang sangat masa tu.. Segala sakit yang mak tanggung dah hilang.. 

Mak...
Dulu mak selalu kata anak-anak mak ramai lelaki.. Mak harap salah seorang boleh jadi imam semasa solat jenazah mak.. Mak kata supaya doa tu lebih sampai dan makbul coz anak sendiri tentu apa yang diucapkan lahir dari hati..

Alhamdulillah.. Allah tunaikan hajat mak.. Atam yang mengimamkan solat jenazah mak.. Kami semua (lagi 6 beradik) termasuk menantu menjadi makmum.. Masa Atam baca doa, semua orang berasa sebak.. Ada yang menitis air mata.. Atam sendiri sebak.. Akak dan adik beradik yang lain, semua ikut sebak..

Mak...
Dulu mak juga selalu kata nak anak-anak lelaki usung keranda mak dan menyambut mak untuk dimasukkan ke dalam liang lahad.. Mak kata mak takut jasad mak sakit kalau disambut secara kasar oleh orang lain..

Alhamdulillah.. Mak, semua anak-anak dan menantu mak yang usung keranda dan menyambut mak masuk ke dalam liang lahat.. Mereka baringkan mak dengan penuh cermat, mereka lapikkan 'bantal' di kepala mak.. Selesai menimbus tanah di pusara mak, akak tengok Asu berlari ke masjid.. Rupa-rupanya Asu nak bersihkan diri dan menukar baju untuk urusan seterusnya..

 Mak...
Akak tak ingat sama ada mak pernah berhajat atau Allah sengaja nak beri hadiah terakhir untuk mak kerana tabah menghadapi ujian-Nya.. 

Alhamdulillah.. Mak, Asu yang bacakan talkin untuk mak.. Sebak suara Asu terutama setiap kali Asu menyebut "Habibah binti Arabiyah, dialah ibuku".. Semua orang ikut sebak.. Akak tengok ada yang  mengalirkan air mata.. Ada masanya Asu tersekat-sekat membaca talkin kerana terlalu sebak.. Mujur ada Atam dan kawannya duduk disisi Asu dan menguatkan semangat Asu..

Mak...
Balik dari urusan pengebumian mak, ramai yang kata mak bertuah ada anak-anak yang boleh mengimamkan solat jenazah dan membacakan talkin.. Mereka kata lagi; mak tak hidup kaya, tapi Allah kurniakan mak anak-anak yang baik dan taat.. Tiada harta yang lebih baik selain daripada anak-anak yang soleh..

Alhamdulillah.. Mak, kita tak kaya.. Tapi insya-Allah, kami akan sentiasa jadi harta mak yang paling bernilai.. Kami akan sentiasa mendoakan mak..




Nota Jari: Ai ambil masa setahun untuk siapkan entry ni.. Kerana Ai sebak dan berendam air mata setiap kali cuba mengingat kembali kenangan ni...

6 comments:

  1. teruskn mencoret kak... sy sgt sukakn cara akak bercerita dalam blog ni.

    ReplyDelete
  2. lewatnya akak blik kerja..hrap jga dri selalu..lewat sgt tu kalo pkul 10 lbih..jujurnya sy mngkagumi semngt akak..tq atas coretan ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq dear.. bukan selalu balik lmbt.. time terpaksa je.. hehehe.. tq coz sudi baca..

      Delete
  3. U mke me cry... Semoga ibumu ditempatkan disisi org yg beriman sis.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...