Friday, 20 November 2015

Konvo

As'salam... Apa khabar semua..

Minggu ni ramai yang share pic konvo.. So Ai pun nak share juga pic kenangan masa Ai konvo dulu.. Jumpa pic ↓ ni je yang dah siap scan.. Pic yang lain-lain nak kena scan dulu.. So boleh share sekeping pic ni je la..



Ai konvo selepas 7 sem pengajian.. Ramai kawan-kawan yang sama  course dengan Ai tamat pengajian dengan 6 sem.. Ai sambung satu sem coz my mentor suruh Ai maintain pointer.. Katanya tak ramai yang dapat 3 pointer.. Setiap sem masa nak susun jadual kena pergi jumpa mentor dulu.. Dah mentor setuju dan sahkan, barulah boleh daftar subjek..

Setiap kali dapat result pun kena pergi jumpa mentor.. Kalau pointer Ai jatuh, mesti dia membebel.. Marah Ai joint terlampau banyak aktiviti sampai tak sempat nak study.. huhu.. Walhal, Ai bukanlah yang jenis suka study.. Ai memang lemah subjek membaca dan mengingat.. Subjek yang Ai boleh scor biasanya subjek yang lebih kepada pengiraan.. Untuk subjek membaca pula, Ai cuma ingat apa yang lecturer ajar semasa dalam kelas je.. Sebab tu Ai memang akan sentiasa fokus semasa dalam kuliah.. 

Ai memang tak boleh ingat, kalau Ai baca sendiri or guna mind maping / fish bone.. Alamatnya, Ai cuma ingat warna garisannya sahaja.. Apa perkataannya memang Ai tak boleh ingat.. Jadinya, Ai memang banyak masa yang terluang.. Kalau just duduk dalam bilik je, nanti Ai tidur je..

Kadang-kadang Ai akan melepak bilik kawan-kawan.. Tapi rasa boring coz dorang semua study.. Memula dorang hairan juga coz Ai tak study.. Lelama dorang dah faham dan cakap untung ada otak macam Ai.. huhu.. Tapi yang ruginya malas study coz tak boleh nak ingat.. Ai lebih mudah ingat dan faham apabila ada yang mengajar.. So Ai lebih sesuai study dalam group.. Tapi tak jumpa study group coz Ai jenis kurang bergaul dengan kawan sekuliah..

So sudahnya, pointer yang cuba nak di 'maintain' tu lelama makin kurang.. Jadinya Ai graduate dengan kelas 2 atas yang hampir-hampir nak jadi kelas 2 bawah.. Salah satu penyumbang pointer Ai jatuh coz ada 2 sem Ai dapat pointer 2.85 ke bawah.. huhu.. Sedih betul.. 

~~~~~~~~~~~~~

Selepas bergelut bergembira dan bersedih dengan pelbagai dugaan serta rintangan.. Akhirnya dapat juga menamatkan pengajian.. Masa nak pergi konvo, Ai baru bekerja jual insurans yang betul-betul bergantung pada komisyen.. Masa ambil jubah perlu bayar upah foto.. Ai takde duit, Yana pinjamkan RM50.. Rasanya Ai ada story dalam entry Nilai RM50.. Rasa malu sangat coz masa tu Yana belum bekerja.. Tapi bersyukur coz kalau tak, Ai takde la pic kenangan masa naik pentas..

Masa nak pergi konvo, family Ai takde modal nak sewa kereta.. So Ai pergi dengan HM je dengan menaiki motor kapcai dia.. (Masa tu kami dah bertunang..) Bayangkan kami menunggang motor dari bukit merah ke sintok.. Memang rasa nak patah pinggang.. Punyalah penat.. Then sampai uum, Ai bermalam di bilik ex-roommate Ai dan HM pula cuma tidur di masjid.. Dia kan askar.. Errrmmmm.. Setakat tidur di masjid kira ok lagi daripada pergi operasi kena tidur dalam hutan..

Masa hari konvo tu, memang Ai rasa sedih sangat coz orang lain semua datang dengan family.. Ai je tak datang dengan family.. Mujur ada HM dan my mentor.. Kiranya macam mereka berdua lah keluarga yang datang untuk meraikan konvo Ai.. Sedih sangat.. Kalaulah masa tu, Ai dah dapat kerja yang elok dan mampu untuk sewa kereta or van, mesti lebih seronok..





Nota Jari: Selalu berharap dapat mengulangi semula hari konvo.. Nak datang dengan my mom & my dad.. Tapi sekarang my mom dah pergi selama-Nya..

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...