Saturday, 24 October 2015

Kudrat

Assalammualaikum w.b.t.......


Errrmmmm... Dah tengah malam ni, Ai masih tak tidur.. Melayan si bujang kecik ni tak puas main lagi.. huhuhu.. Dah macam superwoman je rasa.. Ramai yang tanya tak penat ke berulang jauh??

Ok.. Tentulah Ai penat.. Penat sangat.. Ye lah, pergi opis bukannya boleh semata-mata nak duduk goyang kaki.. huhuhu.. Rasa nak bahagi badan kepada 4 bahagian.. Coz tak terkejar nak buat sorang-sorang.. Sekarang Ai kerap balik lewat, pernah Ai balik pukul 7pm.. Sampai rumah pukul 8.30pm dengan menunggang motor Ego kesayangan Ai..


Bukanlah nak merungut.. Tapi Ai cuma manusia biasa.. Bukannya Tulang Besi Urat Dawai.. So Ai pun rasa penat macam orang lain..

Dulu masa sekolah, antibodi badan Ai lemah sangat..  Ai kerap demam, batuk dan selsema.. Berlarutan sampai selepas bersalin HB, asal HB demam je mesti berjangkit kat Ai.. huhuhu.. HB demam panas sampai bernanah telinga.. Lepas HB sihat, Ai pula demam sampai bernanah telinga.. Masa tu antibodi Ai sama macam HB.. huhu.. Pantang HB demam mesti berjangkit kat Ai.. Dah la HB memang kerap demam masa kecil.. Mungkin kerana HB ada G6PD..  Then ada kawan cadangkan Ai berikan HB scott emulsion.. Sejak tu antibodi HB menjadi lebih baik.. Dan Ai pun semakin ok, walaupun Ai tak tumpang makan scott emulsion tu.. hehe.. 

Sejak berkerja di jpwpkl, Ai akan bangun mandi sebelum azan subuh.. Walaupun jarak dari sungai besi nak ke jalan duta cuma 20 minit dengan menunggang motosikal.. Tapi Ai perlu bersiap awal kerana selepas Ai bersiap baru HM dan HB akan bangun mandi.. Masa kerja di jpwpkl, HM yang akan hantar Ai setiap hari coz Ai takut nak drive sendiri mahupun menunggang sendiri ke pejabat.. Kenderaan terlalu banyak.. Sebelum ke pejabat, kami perlu menghantar HB ke tadika terlebih dahulu..

Sejak tu, dah menjadi kebiasaan Ai akan mandi sebelum subuh.. Selama Ai menunggang ke pejabat, Ai tak pernah demam sekiranya terkena hujan.. Errrrmmmm... Rasanya Ai selalu sangat main hujan masa budak-budak dulu.. So sistem badan Ai dah immune dengan hujan.. hehehe.. Ai cuma tak tahan panas.. Kalau cuaca terlalu panas, Ai akan sakit kepala kerana terlalu cerah.. Bila time hujan lebat, walaupun Ai pakai 1 sweater, 1 jaket & 1 baju hujan tapi kadang kala masih basah lencun.. Ai memang tak kan berenti untuk berteduh.. Coz Ai ni pemalu.. kuang3x.. Malu nak berenti berteduh coz semua lelaki , tetiba Ai sorang je gegirl.. hehe.. Opppsss... Lupa nak story.. Ai pergi kerja pakai seluar jeans kalau Ai naik motor.. So orang kat opis memang dah sedia maklum kalau tengok ada seluar jeans bergantung kat dalam surau.. huhu..

Actually, sumber kekuatan Ai adalah senyuman anak-anak.. Sebelum pergi kerja, Ai akan kiss HK bertalu-talu walaupun HK masih lagi lena diulit mimpi.. Ai akan kiss HB dan kejut HB bangun untuk bersiap ke sekolah.. Ai akan salam HM.. HM akan kiss pipi Ai.. Dan kadang kala kalau Ai rasa tak semangat nak pergi kerja, Ai akan peluk HM.. Cukup sekadar 5-10 saat... Tu tips dari DMFK.. Alhamdulillah, tips yang berguna..

Ai mulakan perjalanan dengan membaca doakan menaiki kenderaan.. Kemudian Ai akan baca ayat kursi.. Then, Ai akan sedekahkan pahala al-fatihah kepada diri Ai, HM, HB, HK, arwah mak, bapa, ibu mertua dan kekasih Allah yang Ai rindui.. Habis sedekahkan al-fatihah, Ai akan berzikir.. Atau kadang kala memikirkan idea-idea baru untuk mengembangkan business mahupun perancangan masa depan.. Dan selalunya, dalam perjalanan tu idea datang mencurah-curah untuk draf entry baru.. Tapi bila sampai opis, Ai mula sibuk dengan kerja dan bila sampai rumah, badan dah penat.. So memang nampak bantal dan tilam je lah.. hehe..




Nota Jari: Entry ni, Ai dah draf hampir sebulan lebih.. huhuhu..

2 comments:

  1. bgaikan motivasi utk sy..terima kasih atas perkongsian ni.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...