Tuesday, 29 September 2015

TW: Rice Dispenser

As'salam... Apa khabar semua?? Hope sihat-sihat hendaknya.. hehe.. Tetiba teringat bahasa mengarang surat masa sekolah dulu..

Ya Allah.. Ai tengah banyak kerja sangat sekarang ni.. huhu.. Sedih ni.. Dah agak lama Ai tak sempat langsung berbual-bual dengan geng kerani yang lain.. Terkadang rasa dah tak mampu nak handle semua tugasan yang di amanahkan..

Ok la.. Entry kali ni Ai bukan nak merungut pasal kerja.. Tapi nak share sikit.. Sejak 2menjak Ai sibuk dengan kerja ni, Ai hiburkan diri dengan menyelak buku katalog tupperware.. Alkisahnya, Ai dah joint member tupperware since feb 2015.. Joint ahli pun bayar ansur-ansur je.. Dah full bayar baru la agent tu daftarkan nama Ai..  So katalog dihantar setiap bulan.. Pada mulanya, Ai biar je katalog tu atas meja opis Ai.. Dah kerap sangat dorang tengok lama-lama ada kengkawan opis yang order.. hehe.. Ai joint tupperware bukan untuk berniaga tapi sebab Ai suka membeli..

Sebenarnya, Ai memang dah lama berkenan nak beli Rice Dispenser tupperware coz dari mula kahwin kami cuma guna bekas biasa.. Dah la jarang-jarang masak.. Memang kerap sangat beras ada kutu beras dan binatang kecil.. huhu.. Tapi nak beli RD ni bukannya murah.. RM300 ++ klu bukan ahli.. Harga ahli pun dalam RM200 +.. huhu..

Masa Ai kerja di upnm pun, ada kawan yang nak ajak main kutu beli RD ni.. Tapi masalah siapa yang nak jadi kepala kutunya?? So angan-angan terkubur di situ saja.. Alhamdulillah.. Lepas raya puasa ritu, HM dapat kerja di kedai makan.. So boleh la Ai peruntukan sikit duit gaji untuk beli keperluan rumah.. So Ai pun mulalah survey dalam mukabuku dan joint group tupperware di telegram.. 

Dengan tak disangka, ada admin group menawarkan kutu RD dengan harga yang berpatutan.. Means bayaran bulanan memang dalam bajet Ai.. Pada asalnya, Ai nak joint jadi receiver yang akhir.. Tapi rezeki Ai nak dapat RD lebih awal, group tu dah full.. So admin buka lagi 1 group kutu.. So nama Ai jadi 1st receiver..


Alhamdulillah...RD Ai dah selamat sampai petang tadi... Jeng..Jeng..Jeng... Buka kotak, nak belek-belek RD yang diidamkan dah sekian lama.. Buka je penutup RD, Ai terkejut ada 2 bungkusan free gift di dalamnya.. 



Nota Jari: Alhamdulillah.. Terima kasih kepada ibu kutu coz buka peluang kepada Ai dan yang lain-lain untuk memiliki RD yang menjadi pujaan hati que.. hehe..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...