Saturday, 5 September 2015

Tinta Kasih...

Maafkan Umi wahai anak-anak yang Umi cintai.. Bukan kehendak umi membiarkan anak-anak Umi membesar tanpa Umi.. Bukan niat untuk membiarkan anak-anak Umi dijaga oleh orang lain..

Memang Umi sedih sangat setiap pagi terpaksa pergi kerja.. Memang Umi nak sangat membesarkan Hamy dan Hafiy sendiri.. Memang sebolehnya Umi nak sentiasa bersama Hamy dan Hafiy..

Abang masih ingat masa kecil-kecil dulu?? Umi selalu marah-marah.. Maafkan Umi anak yang Umi sayangi.. Bukan maksud Umi marah kerana benci.. Umi kerap marah-marah kerana kesempitan hidup pada masa tu membuatkan umi sering tertekan... 

Sering kali hati Umi tersentuh bila Abang bertanya, apabila melihat Umi melayan Hafiy; "Umi, masa abang kecil dulu Umi buat macam ni juga ke??"..  "Ye sayang.. Sama je lah.. Masa abang kecil Umi layan macam ni juga..."

Maafkan Umi kerana menipu.. Abang tak mungkin tahu betapa Umi menyesali setiap saat yang berlalu kerana Umi terlalu tegas dengan abang.. Umi terlalu cepat mendewasakan abang kerana fizikal abang yang tinggi.. Sering Umi terlupa disebalik fizikal yang tinggi tu, ada jiwa anak kecil ya ng masih terlalu mentah untuk memahami dunia..

Maafkan Umi kerana dulu Abang selalu nampak Umi menangis selepas solat.. Abang akan datang dan menyeka air mata Umi.. Abang bawakan kain untuk Umi lap air mata dan hingus.. Abang akan peluk Umi sambil berkata; "Umi janganlah nangis.. Umi tau kan Hamy sayang Umi..".. Kekadang Abang akan ikut sama menangis.. Umi pula kena pujuk Abang.. 

Hamy yang Umi sayangi..
Umi bersyukur dikurniakan anak yang tak banyak kerenah, dengar cakap dan taat.. Abang tak pernah menyusahkam Umi... Abang tak mungkin tahu, betapa Umi dan Abi gembira saat Abang lahir.. Mungkin Abang terasa tidak disayangi kerana selalu kena marah.. Ditambah pula sekarang, Abang dah ada adik.. Abang selalu diminta untuk mengalah dengan adik.. Ketahuilah Abang.. Marah Umi dan Abi adalah kerana sayang, bukan kerana benci.. Macamna Umi nak benci Abang?? Sedangkan Umi yang mengandung dan melahirkan Abang..

Hafiy yang Umi sayangi..
Hafiy lahir disaat hidup Umi terumbang ambing dengan pelbagai dugaan yang menimpa.. Hadirnya Hafiy membawa seribu rahmat kepada Umi dan Abi.. Hafiy menjadi sumber kekuatan untuk Umi terus bertahan dan tabah menghadapi dugaan Illahi.. Setiap hari, Umi kuatkan semangat untuk berusaha demi melihat senyuman diwajah Hafiy.. Kerana Umi mengimpikan keselesaan untuk anak-anak yang Umi sayangi.. Biarlah Umi berkorban, asalkan Hafiy dan Abang Hamy hidup selesa..

Umi sayang anak-anak Umi... Kadang-kala terasa kekuatan semakin susut.. Harap sangat dapat cepat tukar.. Penat dan malas sangat dah sekarang ni... Tapi Umi impikan keselesaan untuk anak-anak Umi.. Sejak Umi sekolah lagi Umi berazam tak mahu anak-anak Umi lalui kesusahan seperti Umi.. 

Abang selalu perhatikan Umi.. Balik dari kerja, terus uruskan online business pula.. Hari cuti pun Umi uruskan online business.. Abang akan bertanya; "Umi banyak kerja ke??", kerana dah hampir tengah malam, Umi masih mengadap laptop.. "Ye, sayang.. Umi kena kerja untuk beli keperluan Abang dan Adik..".. "Umi tak penat ke, asyik kerja je.. Sayanglah badan tu juga.."

Ya, Allah.. Hanya Allah yang tahu betapa sebaknya hati Umi bila Abang cakap macam tu... Ketahuilah anak-anak Umi... Setiap ibu bapa pasti sanggup lakukan apa saja untuk kebahagiaan anak-anaknya.. Satu hari nanti, bila Abang dah bergelar sebagai ayah, Abang juga akan lakukan perkara yang sama...

Setiap hari, Umi pertaruhkan nyawa demi mencari nafkah untuk membantu Abi dan dah tentunya untuk keselesaan Hamy dan Hafiy.. Umi sering berdoa semoga Allah pelihara perjalanan Umi.. Umi tak nak pulang sebagai jenazah.. Kerana Umi tak nak Hamy dan Hafiy menjadi yatim di usia yang masih mentah..

Harapan Umi, Hamy dan Hafiy membesar menjadi anak yang soleh.. Berjaya hidupnya di dunia dan akhirat.. Boleh memandikan jenazah Umi, mengimamkan solat jenazah Umi dan membaca talkin sesudah kubur Umi dikambus serta sentiasa menjadi harta yang bernilai untuk Umi di dunia dan akhirat..




Nota Jari: Sebenarnya Umi dah lama draf entry ni.. Dan hari ni, Umi sempatkan juga untuk post entry yang dituju khas untuk Hamy dan Hafiy...

4 comments:

  1. Coretan ikhlas Ai.. amir menghayati setiap perkataan dalam linangan air mata... betapa besar pengorbanan Ai .. insan biasa namun merupakan ibu yang luar biasa,.. demi anak anak n keluarga... semoga memberi pengajaran bermakna buat pembaca blog Ai

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq amir.. pengorbanan yg akan dilakukan oleh semua ibu bapa.. asalkan anak-anaknya bahagia..

      Delete
  2. Sedih su baca coretan ni.. teringat apa nasib anak2 kita klu kita dh xada nnt.. hilang sesaat pun dh mula menangis.. inikan pula hilang selama nya.. hamy n hafiy lebih kurang sebaya anak sy.. sy faham apa yg awak rasa.. Ya Allah.. kau peliharalah keselamatannya pergi dan pulang untuk mencari rezki.. kau berikan lah hati yg tenang n ikhlas utknya membantu suami.. kau permudahkan segala urusanya.. kau perbanyakkanlah rezeki keluarganya. amin..amin..amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. tqvm coz sudi baca coretan Ai.. dan terima kasih kerana mendoakan Ai.. Ai juga doakan sis perkara yg sama.. semoga Allah permudahkan urusan kita semua..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...