Friday, 4 September 2015

Mengharapkan Rezeki Tergolek!!!!

Assalamualaikum...
Woweww... Lama betul Ai tak mencoret.. Banyak sangat kerja.. Nak run online business pun tak berapa sempat.. Sejak dari lepas raya, Ai asyik balik lambat je.. HM pula kerja kedai makan dari pukul 4pm-1am.. Ai sampai rumah 7pm lebih.. Kalau rajin, Ai pergi ambil HB dulu.. Then baru ambil HK.. Klu lambat sangat, Ai ambil HK je.. Nanti my sis tolong hantarkan HB..
Sebenarnya Ai ada plan nak mencuba business baru.. Tapi perlukan modal.. Tak banyak pun.. Nak buat loan pun tak berbaloi.. hehe.. Coz anggaran sama gaji sebulan Ai je.. Nak bergadai pun, barang dah habis digadai coz nak tampung kos perjalanan Ai.. 


HM suruh Ai sabar dulu.. Tapi Ai nak cepat.. Dengan kejatuhan nilai ringgit... Ai nampak sekarang memang masa yang sesuai sangat nak mulakan perniagaan dinar.. Ai dah dapat cari supplier utama salah satu MLM emas yang sedia ada sekarang ni.. Harga yurannya lebih murah dari yang ada di pasaran.. Dan ia bukan business MLM coz direct dengan tukang emasnya.. 

Bukan nak kaya tapi nak mengajak orang ramai menyimpan emas.. Dan dah tentu-tentu untuk tabungan Ai sendiri juga.. So Ai nak mencuba nasib rezeki yang datang bergolek.. Beriya-iyalah Ai dengar radio dari pagi.. Tapi bila kat opis, selalu sibuk dan tak sempat nak perasan bila lagu yang dipilih di keudarakan.. huhuhu..

Sejarah hidup Ai, memang tak pernah dapat cabutan bertuah or menang apa-apa peraduan.. Walaupun hantar berpuluh-puluh borang peraduan... huhu.. So Ai dah faham sangat.. Ai kalau nak apa-apa, kena usaha sendiri.. Yang bergolek tu, jangan duk mimpi la nak dapat.. huhu..

Kekadang jealous tengok orang menang peraduan.. Bukan nak kaya cepat tapi nak buat modal niaga.. huhu.. HM memang akan dapat duit berhenti askar tapi tak tau la bila???.. huhu.. Dapat tak banyak pun coz hutang banyak.. Ai sendiri pun akan dapat duit.. Coz tak lama lagi Ai akan sah dalam perkhidmatan.. So boleh la keluarkan simpanan epf.. huhu.. Tak banyak pun coz Ai kan baru je kerja.. huhu.. Duit tu Ai nak bayar pitipitiend, dapat bayar separuh pun jadilah.. Hope dapat keluarkan nama Ai dari senarai hitam..

Yang duit HM pula, nak guna buat modal kami mulakan hidup baru.. Maybe nak buka 1 lagi syarikat.. Boleh buat kedai makan or kontraktor.. Nama syarikat pun Ai dah pilih.. Siap buat logo lagi.. hehe.. Sekarang tinggal tunggu modalnya je.. 





Nota Jari: Hope Allah permudahkan usaha Ai.. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...