Saturday, 8 August 2015

Setting Emergency Contact Number for Android

As'salam... Pernah tak kengkawan terfikir dengan aplikasi android yang canggih ni, ada lock screen (password or pattern).. Macamna jika berlaku kecemasan??? Macamna orang nak contact family kita??

Ai selalu terfikir hal ni.. Bukanlah nak berfikiran negatif tapi macam-macam boleh berlaku sepanjang perjalanan Ai yang hampir 80km sehala.. huhuhu... Setiap kali ada trailer or kenderaan besar memotong Ai, mesti tengok sebelah tengah trailer.. huhu.. Bahaya betul, memang muat masuk bawah tu.. Sebab tu la kita selalu dengar motosikal termasuk bawah trailer..
contoh: Lock screen tanpa no kecemasan waris...
So, kali ni Ai nak share cara setting phone android supaya timbul no waris walaupun lock screen.. Ai guna Asus Zenfone5 dan Asus Tab 7 model K012.. HM pula guna phone samsung.. Ai dah setting di kedua-dua phone dan tab Ai serta Ai juga dah setting di phone HM..
Cuba bayangkan, semasa kecemasan berlaku.. Phone anda tidak memaparkan no waris untuk dihubungi.. Kalau orang cuba buka pattern phone anda lebih dari 3 kali, phone anda akan terus block.. huhuhu.. So ni step untuk setting no waris anda di lock screen..
1. Pergi ke ikon setting di android anda.. Klik pada tetapan Lock Screen...
2. Klik pada Owner Info

3. Akan keluar pic macam atas ni..
4. Klik tick pada Show Owner Info on Lock Screen.. Then anda edit la kat kotak besar tu.. Tulis la no waris anda yang senang dihubungi sekiranya anda dalam kecemasan..
5. Tadddaaaaa... Sekarang no waris Ai dah timbul di lock screen..

Hope perkongsian ni dapat membantu kengkawan dan bermanfaat kepada kengkawan semua..



Nota Jari: Perkongsian dari Ai yang bukan pakar IT..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...