Sunday, 12 July 2015

Pasar Kemboja Parit Buntar

Kali ni nak share story pasal pasar kemboja (PK) pula.. huhu.. Jangan pula tanya kenapa namanya pasar kemboja?? Coz Ai sendiri pun tak tahu sejak bila wujud pasar tu?? Setahu Ai, masa Ai masih tinggal di KL.. Setiap kali balik kampung, my mom mesti story pasal pasar ni..

Ai takde lah pula rasa teringin nak pergi.. Samalah macam Ai takde perasaan teringin nak pergi sunway piramid, times square dan seangkatan dengannya masa Ai stay di KL dulu... hehe..

Ni kali ketiga Ai pergi PK.. Sebelum raya tahun lepas, 1st time datang PK.. Masa tu baru tengah famous telekung lycra.. Ai datang PK semata-mata nak beli telekung lycra.. Nak beli untuk diri sendiri, my mom and my MIL..


Masa nak pergi, Ai tanya my mom nak warna apa?? My mom pilih warna putih je..  Pelik tengok telekung warna warni, katanya.. So pilih punya pilih.. Ai decided warna pink untuk Ai, warna peach untuk MIL dan warna putih renda pink untuk my mom....

Tapi bila my mom tengok, baru dia rasa cantik rupanya.. Coz Ai pilih warna yang soft or light.. So balik raya tahun lepas bawa buah tangan telekung untuk MIL.. hehe... Selesa pakai, tak panas.. Memang tak menyesal la beli... hehehe..

Kali kedua, Ai pergi PK saja jalan-jalan.. Survey harga pakaian..Kalau ada modal boleh beli sekodi, so dapat harga murah.. Then boleh jual balik ikut harga pasaran.. 

Kali ni pergi, asalnya sebab KU pesan belikan telekung.. Tapi tak jadi coz KU dah pesan kat orang lain minta tolong belikan.. Ai dan HM tetap pergi juga coz HM nak cari seluar jeans.. Macam sebelum ni juga, kami pergi naik motor je.. Coz kalau naik kereta, nanti susah nak parking.. Anak-anak tinggal kat rumah my sis..

Ramai betul orang.. Macam kat sogo pula.. Cumanya kat PK ni tepi jalan dan panas.. Ronda punya ronda, takde watu pun yang HM tertarik nak beli.. Ai pula, saja-saja survey harga barang..hehe.. Then ada sorang tanya harga barang kat Ai.. huhu.. "Ehhh.. Ai bukan tauke, Ai pun datang tengok barang juga..".. Then sis tu said sorry... Tak lama lepas tu, ada lagi 2-3 orang tanya harga kat Ai coz dorang sangka Ai yang niaga.. 
Macamni lah, gaya Ai pergi PK yang boleh sangka Ai tauke yang niaga.. Errmmm... Muka Ai nampak macam ada tokoh jadi tauke ke??.. Bangga gitu.. hehe..



Nota Jari: Finally balik, tak beli apa pun.. hehehe.. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...