Saturday, 4 July 2015

Musim Durian 2015

Alhamdulillah.. Dah 2 minggu kita berpuasa.. Memang rasa sedikit ganjil.. Masih sukar nak percaya, bonda telah meninggalkan kami.. Ini tahun pertama kami berpuasa dan menyambut raya tanpa bonda..

Kebelakangan ni, Ai dah mula jarang balik ke rumah bapa.. Dulu tiap-tiap minggu Ai akan balik.. Tapi sejak serabut sengan kerja dan penat perjalanan ke tempat kerja, membuatkan Ai memilih untuk berehat  di rumah daripada keluar..

Minggu mula puasa, Ai tak balik coz HB baru belajar puasa.. Memang kami tak keluar rumah langsung.. hehe.. Minggu lepas Ai anak beranak balik dan berbuka di rumah bapa.. Bapa punya seronok.. Petang tu, dia pergi bazar beli air soya.. Katanya, sebab dia tau Ai suka soya.. Ai terkezut plus terharu coz selama ni Ai anggap my dad sayangkan my sis je.. huhu..

Hari ni, Ai balik dari pagi.. Coz nak ajak my dad pergi beli durian kat FAMA Batu Kurau.. Seronok betul dia bila kami balik.. Sunyi agaknya dah takde teman berbual dan teman bergaduh.. Pernah juga Ai sesaja tanya kalau bapa nak 'teman baru'..

Berseloroh bapa menjawab; "tak payahlah.. nanti hangpa juga yang susah.. tak tau nak panggil apa?? nak panggil mak ke, makcik ke kakak ke??"

"Errrmmm.. Amboi... Nak kawin dengan perempuan muda sangat ke sampai kami nak kena panggil kakak??"

Bapa hanya membalas dengan deraian ketawa..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Cari Durian...

Masa mula Ai ajak, bapa bagi tau dia baru balik dari econsave kamunting.. So Ai pun takdelah beriya ajak.. Tak lama lepas tu, bapa pula yang beriya ajak kami pergi..

Ok, terus terang.. Ai memang tak pernah sampai batu kurau.. So memang tak tau la kat mana fama batu kurau.. My dad pun jarang pergi batu kurau.. Senang je rupanya nak cari.. hehe.. Tak sesat cuma terlajak sikit je..

Seronok bapa dapat pilih buah durian.. Main pilih-pilih je.. Bukannya pakar pun nak pilih.. hehehe.. Pilih yang berkenan letak dalam bakul.. HM dan bapa pilih sampai penuh 1 bakul.. 

Dah puas pilih dan rasa cukup la 1 bakul.. Tarik bakul bawa ke tempat timbang.. Kalau tak larat tarik or tolak sendiri, boleh minta staf FAMA yang bertugas untuk tolong tarikkan..

Timbang dan bayar.. Harga sekilo RM2.. Satu bakul tu 18.5kg.. Tolak berat bakul 3kg.. So berat bersih 15.5kg.. So jumlah yang perlu bayar hanya RM31.00.. Bila dorang bungkuskan masuk dalam plastik hitam.. Dapat 3 plastik.. 

Tetiba Ai rasa, sikit je rupanya.. hehe.. Bapa pun rasa tak puas beli 'sikit'.. Sibuk duk tanya Ai, bila fama nak buat jualan macamni lagi??

Huhu.. Nak jawab pun, tak tau.. hehe.. Ai tau pasal jualan ni pun sebab tengok di page mukabuku fama batu kurau...

Petang tu, bapa beli air soya lagi untuk berbuka.. hehe..



Nota Jari: HB bad mood rimas bau durian coz HB tak makan durian.. Bau busuk katanya..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...