Saturday, 18 July 2015

Bicara Tanpa Suara...

As'salam... Kengkawan apa khabar?? Ada tak yang demam raya macam Ai?? Huhu..

Errrmmm... Raya kali ni, Ai sakit tekak dan takde suara.. huhu.. Ai asyik tidur je.. Rasa tak sedap badan.. Susahnya nak bagi arahan kat budak berdua tu.. Dah la HB tu, mulut takde insurans dan selalu buat hal.. huhu.. Nak marah suara pula takde.. Sudahnya, biar je lah dia nak buat apa pun..

HM pula, memang asyik lesap je.. Masa nak balik pahang, HM macam tak semangat je.. Tapi bila dah sampai pahang, asyik tak nampak bayang je.. Memang macam tu lah perangainya dari mula kahwin lagi.. Ai tak sihat, so memang takde hati nak keluar berjalan.. Panassssss... Makin kering tekak dan makin sakit tekak..

Actually, sebelum raya tahun lepas pernah juga jadi macamni.. Tapi sekejap je.. Ai sakit tekak, pergi klinik dan dapat mc sehari.. Esoknya pergi kerja, boleh senyum je la.. huhu.. Tapi masa tu masih ada juga suara.. Cuma suara jadi parau.. Sangat tak selesa nak bercakap.. So lebih baik diam..

Lain halnya kali ni.. Ai sakit tekak dari hari raya pertama.. Pagi raya, suara masih ada.. Siap boleh borak dengan adik ipar dari pukul 2am sampai pukul 7.30am.. Tapi dah mula rasa tekak perit.. Pagi raya still boleh sembang lagi.. Walaupun lebih memilih untuk banyak senyum coz tekak rasa perit sangat.. Then petang raya, terus takde suara..

Nak cakap pun, main tunjuk-tunjuk je.. Nak cakap bahasa isyarat, Ai tak pernah belajar la pula.. Tapi HM senang je faham apa yang Ai nak sampaikan.. Cuma si HB ni je yang masalah.. Cakap perlahan dia tak dengar, memang dia buat tak tau je la.. Malas nak temper, nanti makin tak sihat pula.. huhu.. Sudahnya, mainlah sesuka hati dia.. 

Dengan HK senang je.. Dia jenis yang suka main sendiri.. Tapi sekejap-kejap, HK akan datang berlari ke arah Ai.. Peluk dan cium Ai.. So Ai bisik kat telinga dia, tanya nak susu ke, nak mandi ke?? HK faham.. Dia akan tunjuk bagi reaksi apa yang dia nak selepas Ai bisik..

Hari raya kedua, suara hilang terus.. Nak cakap pun tak keluar suara.. So memang simpan suara la satu hari.. Raya kedua pun, Ai asyik tidur je.. Dah macam bukan balik beraya tapi balik berehat je.. huhu.. Penat bekerja di opis, balik rumah sibuk layan online customer pula.. HB sendiri perasan, hari minggu klu kat rumah Ai akan sibuk online business.. Ai hanya akan betul-betul berehat bila balik rumah my dad..

Kekadang rasa penat sangat dan dah tak tertanggung.. Penat macamna pun tetap kena pergi kerja.. Nak ambil cuti tahunan, cuti dah banyak habis.. Nak ambil mc, doktor bukan boleh ukur tahap kepenatan Ai... huhuhu..




Nota Jari: Bila semua ni nak berakhir????

2 comments:

  1. sy tertarik mmbaca coretan ai... kt tmpt kerja sy juga ada staff perempuan yg ulang alik lbih krg 80km sehala.sy faham kepenatan ulang alik jauh begini. sabar ai..sy harap ai akn diberikn kekuatan untuk terus tabah..dn semoga cpt dpt tukar ke tmpt kerja yg lbih dekt dgn rmh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih.. memang penat sangat.. huhu.. hanya mampu bersabar sementara nak dapat tukar..

      Semoga kawan awak tu pun terus sabar dan tabah..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...