Friday, 12 June 2015

Mencari Sisa Kekuatan....

Rasa berdebar menunggu keputusan e-tukar.. Memang Ai tau takde harapan untuk dapat tukar... Coz takde kekosongan di tempat yg Ai pilih... Tapi Ai dah rasa letih sangat.. Rasa penat sangat dah sekarang ni..

Errmm... Pomen geleng kepala tengok Ego.. Katanya banyak sangat dah yang perlu diganti dan service.. Nasib baik tadi pomen cuma repair sikit je.. So Ai masih mampu nak bayar.. Katanya Ego perlukan major service.. Tapi kosnya, Ai pula yang tak mampu.. Then pomen pesan, jangan bawa Ego laju-laju..

Balik tadi bawa Ego macam jalan-jalan ronda kampung je.. Sampai rumah pun lambat la... Biasa Ai akan sampai dalam pukul 6.45pm.. Tapi hari ni, pukul 7.15pm baru sampai rumah..

Balik kerja tadi kena hujan lebat dari lepas jambatan sampai ke sungai bakap.. Basah baju, seluar dan beg.. Bila lalui keadaan macam ni, Ai selalu tertanya-tanya kenapa Ai lahir dalam keluarga yang susah?? Kenapa jodoh Ai bukan orang kaya?? Kenapa Ai tak dapat kerja yang setaraf dengan degree Ai?? Kenapa Ai perlu tanggung semua ni?? Sampai bila Ai perlu tanggung semua ni??

Mencari nafkah bukan kewajipan isteri.. Ada yang kesian pada Ai dan cadangkan Ai berhenti.. Ye mencari nafkah tu kewajipan suami.. Ai bekerja bukan untuk suami tapi demi anak-anak.. Masa Ai masih sekolah, Ai selalu berpesan pada diri; "Andai suatu hari nanti, Ai ada anak.. Ai tak nak anak-anak Ai lalui kesusahan seperti Ai..."

Memang adakalanya Ai menangis dan berasa marah... Tapi Ai akan pesan pada diri, Allah nak berikan Ai pahala.. Maka Ai hanya perlu terus bersabar.. Umpama bermain 'video game', yang mana Ai akan nampak ganjaran dan mengambil ganjarannya disepanjang perjalanan.. Cuma dalam realiti, ganjarannya Ai tak nampak dan tak tahu nilainya..

Minggu depan dah mula puasa.. Puasa tahun lepas Ai berulang dengan kereta.. So tak la sepenat menunggang motor.. Errmmm, kalau nak berulang dengan kereta semula, akan melibatkan kos yang tinggi.. 

Ya Allah, Ai harap sangat dapat tukar kerana disaat ini Ai sudah mula mencari-cari sisa kekuatan yang masih ada.. huhuhu..



Nota Jari: Ai tengah serabut sangat sekarang ni...

2 comments:

  1. Bersabar Ai... sya per ada Ai mampu lalui n tempuh semua dugaan liku2 hidup ini.. ketabahan, kekuatan, kecekalan, keberanian ada dlm diri wanita yg bergelar ibu... betul kata pepatah tangan yg menghayun buai boleh mengejar dunia... All the best my dear friend.. Cyber friend.. Selamat Berpuasa Ai

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih my dear friend... huhuhu...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...