Thursday, 11 June 2015

Bersabarlah Duhai Hati

Assalammualaikum dunia... Apa khabar semua?? Coretan kali ni, Ai nak story kisah Ai berulang naik motor.. 

Asalnya memang dari tahun lepas lagi Ai nak berulang dengan motor coz dah tak mampu tanggung kos minyak dan tol.. Tapi family melarang kerana motor Ai (Ego) dah 2tahun takde road tax.. Tapi tahun ni, Ai memang terpaksa berulang dengan motor coz dah habis duit simpanan untuk cover kos.. 

Keputusan nekad terpaksa dibuat memandangkan enjin kereta pun dah mula meragam.. Nak tak nak, Ai terpaksa berulang menggunakan Ego.. Ye dari hujung bulan Januari, Ai bergadai nyawa demi anak-anak... Setiap hari Ai berdoa agar perjalanan Ai selamat dan takde road block.. Hampir 4bulan berulang alik, akhirnya Ai kantoi masa JPJ buat road block di lorong motor... Ai tak nangis kena saman sebab Ai tau, memang salah Ai.. huhuhu... Kisah tu, Ai akan story dalam entry yang lain...

Selasa minggu lepas Ai terpaksa EL kerana hujan lebat sepanjang hari... Mungkin ada yang kata; "kenapa tak pergi kerja naik kereta dah tau hujan??"..

Setiap minggu Ai hanya akan top up touch n go RM10 je..  Coz tol di jambatan lama untuk motor hanya RM1.12... Sedangkan kos tol untuk kereta RM11.20 sehari.. Ai ada cerita pasal kos tol dalam entry yang dulu.. Sekarang ni setiap hari Ai hanya bawa cukup-cukup duit minyak dan duit makan.. Tapi alhamdulillah, setiap hari ada Allah hantar rezeki makan untuk Ai.. Macam semalam pun, tengah hari tak makan.. Tiba-tiba petang, ada seorang kakak ni datang hantar 1 balang kuih sepit kat Ai..

Sambung cerita semula.. Keesokan harinya, Ai pergi kerja macam biasa... Dah hampir di simpang berhampiran komtar, tiba-tiba Ai rasa lain macam.. Ai berhenti di parking lot rumah flat yang berdekatan untuk cek Ego... Rupa-rupanya, tayar depan pecah.. Ai tak tau nak call siapa dan tak tau nak bagi tau Ai di mana?? So Ai ambil keputusan bawa Ego perlahan-lahan sehingga sampai opis.. Kat opis, Ai call bengkel motor kontraktor yang Ai kenal.. Tapi malangnya, bengkelnya tutup pada hari tu..

Ai buntu.. Ai call HM sambil nangis.. Tak keluar suara nak bercakap kerana terlalu sedih.. HM janji akan datang untuk bawa Ego ke bengkel.. Pasti ada yang hairan.. Ai boleh berulang alik jauh tapi setakat tayar bocor kenapa nak nangis??
Memang dari dulu Ai tak biasa pergi bengkel... Semu Ai serah pada HM.. Ye itu perkara yang mudah bagi orang lain tapi sukar bagi Ai.. Alhamdulillah, HM boleh datang...

Hari ni pula, tetiba Ego mati enjin masa di highway.. Nasib baik boleh bergerak ke tepi lorong kecemasan.. Ai cuba banyak kali untuk hidupkan semula enjin tapi tak berjaya.. Masa tu terdetik di hati Ai; "Ya Allah, dugaan apa pula kali?? Ya Allah, mudahan enjin motor ni boleh hidup..."

Tak lama lepas tu, enjin Ego boleh hidup semula.. Tapi ada kelainan, seolah-olah dia tak sihat tapi masih sedaya upaya nak bergerak.. Alhamdulillah, walaupun bergerak perlahan tapi Ai selamat sampai opis.. 

Ai terus call HM... Memang air mata tak henti mengalir.. HM janji akan datang tengok.. Lepas call HM, Ai cuba call bengkel motor kontraktor ritu.. Dia kata akan hantar orang datang ambil Ego.. Alhamdulillah, tak lama lepas Ai call, dia call bagi tau pomen dia dah sampai untuk ambil Ego bawa pergi bengkel.. Mudahan Ego takde apa-apa.. Ai beli Ego pada bulan Jun 2007.. So sekarang ni umurnya dah 8 tahun.. Memang tak hairanlah kalau ia sakit... Cuma Ai harap Ego akan cepat sembuh dan baik seperti sedia kala kerana Ai masih memerlukan khidmatnya... Errmmm.. Pomen tu janji akan hantar balik Ego sebelum pukul 5pm.. Mudahan Ego ok...

Pomen dah call tadi.. Dia kata kalau ikutkan masa Ego mati enjin tu sepatutnya tak boleh hidup dah.. Ai pun dengan selamber cakap; "tu la.. Ai pun rasa macam tu.. Tapi sebab dia sayang kat Ai... Dia usaha juga untuk hidup.."



Nota Jari: Terima kasih Ego.. Hope balik nanti kita akan selamat sampai ke rumah.. huhuhu..

4 comments:

  1. terima kasih... baca kisah Ai betul2 buat sya menghargai jasa kenderaan 2 roda.. motosikal... selama ni x pernah ambil peduli penunggang motosikal... kisah Ai berjaya membuka minda n hati saya... betul la tulisan Ai ada jiwa ... disebalik kesukaran liku2 hidup Ai.. moga dugaan yg maha esa menjanjikan keberkatan di masa hadapan... bersabarlah duhai hati... namun kata2 x cukup untuk mengubat duka, perit jerih Ai yg benar2 tempuhi segalanya... all the best my dear...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih.. mmg yg xpnh mnjadi penunggang, biasanya memandang sepi pd pguna motor.. huhu

      Delete
  2. sy juga mnjadikn motosikal ke tempt kerja..pada mulanya ramai terkejut bila dpt tahu sy berulang 40km sehala ngn moto...jauh kata mereka..sy juga rasa begitu namun utk jimatkn kos sy trpksa jua walo pnat..namun lpas terbca blog ai,sy mndpt motivasi kerana ada lgi org yg lgi jauh dri sy..sy kagum dgn ketabahan ai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi baca coretan Ai.. Ai takde lah setabah mana pun.. Cuma perlu terus bertahan dan bersabar demi anak2.. Kerana anak2 adalah sumber kekuatan Ai..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...