Sunday, 3 May 2015

QueMuslimah

Assalammualaikum... 

Errmmm... Ai terajin sikit nak update blog.. hehehe... Almaklum la cuti 4 hari.. Puas la juga golek-golek.. hehehe.. Dan seronok dapat cium baby HK banyak kali dalam sehari..

Okit, actually Ai nak story sikit tentang blog baru Ai.. QueMuslimah... Ai dah lama merancang nak jual busana muslimah.. Tapi masa tak mengizinkan.. huhuhu...

Namun Ai tak pernah mengalah.. Ai berusaha mencari supplier yang boleh dipercayai dan dapat beri service yang baik.. Bila dah dapat supplier, Ai kena merancang  macamna nak pasarkan pula.. Sebolehnya Ai nak asingkan dari page dan blog business yang sebelum ni..

Sepanjang perjalanan pergi dan balik kerja, Ai berfikir nama apa yang sesuai.. Macam-macam nama yang Ai fikir sesuai.. Then Ai akan cuba buat carian menggunakan nama tersebut.. Ai tak nak nama yang digunakan sama dengan perniagaan lain.. Akhirnya, Ai putuskan guna quemuslimah..

So, Ai pun mulalah sign-up email menggunakan nama yang dipilih.. Membuat page mukabuku dan blog.. Then, sama macam masa mula nak buat business dulu.. Ai mula mereka logo QueMuslimah.. Taraaaaaaa... Ok tak logo ni??

Penerangan tentang logo...
Huruf Q berwarna kuning melambangkan diri wanita islam.. Que merujuk kepada diri muslimah.. Garisan abstrak pada huruf Q bermaksud penampilan mengikut fesyen or trend masa kini.. Tulisan Muslimah berwarna merah bermaksud berani dan mempunyai  jati diri yang tinggi.. Tulisan muslimah berada dalam lingkungan Q bermaksud muslimah bergaya namun masih lagi mematuhi batas-batas agama.. Tagline nya pula adalah Anggun Jelita Muslimah Bergaya..

Nota Jari: Nanti Ai review pakaian yang terdapat di QueMuslimah dan barangan yang terdapat di FH Nur Collections...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...