Friday, 22 May 2015

Peritnya Dugaan....

Tabah??? Tak, Ai sama sekali tak cukup tabah... Kuat semangat??? Tak juga, Ai tidaklah kuat semangat seperti yang orang nampak..
Siapa tahu disebalik setiap senyuman tersembunyi ribuan titisan air mata.. Siapa tahu disebalik ketabahan yang dilihat tersembunyi ribuan keluh kesah... Siapa tahu disebalik kecerian yang terpamer menyimpan ribuan kedukaan.. 

Tiada siapa tahu, berminggu-minggu Ai berfikir sebelum buat keputusan untuk berulang alik kerja dari perak.. Tiada siapa tahu, keputusan dibuat selepas mengambil kira pelbagai faktor... Tiada siapa tahu, air mata setia menemani keputusan yang dibuat..

Langsung tiada siapa tahu, berminggu-minggu Ai menangis sambil berdoa dalam perjalanan pergi dan balik kerja sebelum buat keputusan nekad berulang alik menggunakan motor... 
"Ya Allah, betapa beratnya dugaan-Mu padaku... Dosa apakah yang telah aku lakukan sehingga aku diduga seperti ini?? Ya Allah, adakah dugaan ini tanda kasih sayang-Mu padaku?? Sekiranya, dugaan ini tanda kasih sayang-Mu padaku, maka aku akan tunduk redha... Namun sekiranya dugaan ini sebagai tanda amaran kemurkaan-Mu.. Aku mohon pada-Mu, Ya Allah... Ampunilah semua dosa-dosaku.. Sesungguhnya aku amat takut pada kemurkaan-Mu.. Ya Allah, aku mohon pada-Mu, tuhan yang maha mengerti, tuhan yang maha penyayang.. Agar dugaan-Mu ini tidak membuatkanku jauh dari keredhaan-Mu, jauh dari rahmat-Mu.. Jadikanlah dugaan ini penguat imanku.. Jadikanlah dugaan ini, tiket untuk ku menuju ke syurga-Mu, Ya Allah... Amin ya rabbal alaminnnn...."

Langsung tiada siapa tahu, setiap hari Ai balik kepenatan kerana perjalanan yang jauh... Langsung tiada siapa tahu, setiap pagi Ai terpaksa bertarung antara keinginan untuk berehat dan terpaksa bekerja..

Adakah yang mengerti perit jerihnya dugaan yang Ai tanggung??
Adakah yang memahami sukar bebanan ujian yang perlu Ai galas??
Adakah yang benar-benar tulus peduli masalah yang Ai hadapi?? 

Tidak mengapa untuk tidak mengerti, asal tidak mengata..
Tidak mengapa untuk tidak memahami, asal tidak menghina..
Tidak mengapa untuk tidak tulus peduli, asal tidak bermuka-muka..
      ************************************************************************

Alkisahnya, ada yang mencadangkan Ai keluar lebih awal supaya Ai boleh sampai sebelum pukul 8am.. Pelik, kenapa kisah sangat pasal orang yang perjalanan jauh??? Sedangkan yang duduk sekangkang kera pun selalu sampai lambat!!!

Ada juga yang mencadangkan Ai spare baju siap-siap di opis bila musim hujan.. So takde lah alasan hujan terpaksa masuk lambat.. Pelik, sedangkan Ai masuk lambat siap maklum pada KJ & KU... Sedangkan yang duduk dekat pun akan sampai lambat kalau hujan!!!

Ada juga yang mengata di belakang Ai, "masuk lambat kena balik lambat la".. Pelik, coz Ai sampai je opis akan terus duduk di meja opis dan tak keluar langsung dari kawasan opis.. Sedangkan yang mencadang tu, banyak benar urusan di luar opis... Pergi bank la, pergi pejabat lawyer la, dan macam-macam lagi.. So sebenarnya, masa siapa yang lebih berkualiti???

Tak kurang juga, ada yang jadi tukang cucuk.. Kata Ai relax je, tak nampak buat kerja.. Hurrmmmm... Hairan juga ye, kalau Ai tak buat kerja so siapa yang buat kerja Ai??? Ye lah, siapa yang sediakan dokumen & inden kerja?? Siapa yang update buku vot?? Siapa yang buat bayaran kerja?? Dan yang paling pelik, Ai tak buat kerja tapi duit peruntukan penyelenggaraan tetap habis disalurkan ke sekolah-sekolah!!!

Kesimpulannya, ramai dikalangan kita;
Boleh melihat tetapi buta,
Boleh mendengar tetapi pekak,
Boleh bercakap tetapi bisu,
Boleh memegang tetapi kudung,
Boleh berjalan tetapi lumpuh,
Dan
Boleh berfikir tetapi gila!!!!!!




Nota Jari: Diam / Relax tak bermakna tak bekerja... Bising / Riuh rendah tak semestinya sibuk bekerja... Kerana orang yang bekerja tidak punya masa untuk mencanang tentang kerja yang dibuatnya...

1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...