Tuesday, 12 May 2015

Nice Akemi - Set Cadar Plain

Hai, kengkawan... Ada ke yang pelik, tetiba tuan blog rajin pula update blog.. Kata malas ngadap notebook.. hehehe.. Ai tak guna notebook pun.. Guna tab je.. So boleh la mencoret sambil baring-baring..

Okit, kali ni Ai nak share keistimewaan Set Cadar Plain yang berkualiti tip top...Boleh tengok di page: Cadar4U dan FH Nur Collections....


Alkisahnya, sejak pemergian bonda, my dad tidur di tilam bujang yang digunakan oleh arwah bonda semasa sakit.. My cousin yang bagi tilam bujang tu untuk kegunaan bonda.. Tilam bujang tu berada di ruang tamu dari masa bonda masih ada sehingga kini.. Walaupun dah 4bulan lebih bonda pergi meninggalkan kami, tilam bujang tu masih kekal di situ.. Setiap malam daripada malam pertama selepas pengembumian bonda, my dad tidur di situ..

Mungkin my dad masih merindui arwah bonda.. huhuhu.. :-( 
Kami semua biarkan je, tak ada sorang pun sanggup mengalih tilam bujang tu.. So untuk my dad rasa selesa, Ai hadiahkan set cadar super single berwarna biru untuk my dad.. Dari riaknya,nampak my dad suka.. Satunya sebab Ai balik anak beranak.. So hilang la bosannya dapat main dengan baby HK yang dah makin banyak kerenah.. Keduanya dapat hadiah, walaupun tak mahal tapi cukup bermakna untuknya kerana ia pemberian daripada seorang anak..

Set cadar super single ni cuma ada cadar (bergetah di bahagian tepi) dan 1 sarung bantal... Material kainnya sangat lembut dan sangat selesa umpama sutera... Tidak panas kerana tidak menyimpan haba umpama cotton.. Yang penting sangat tahan lasak umpama polyester... Selain daripada tu, ia juga mudah untuk dibasuh.. Kainnya diperbuat daripada 100% microtex.. Yang berfungsi secara semulajadi menyejukkan, tahan lasak, menyerap dan mempunyai pertahanan terhadap habuk dan kulat agar pengguna sentiasa berada dalam zon yang selesa..

Selain size super single, ada juga size queen dan king.. Kengkawan boleh dapatkan maklumat penuh mengenai cadar plain brand akemi ini di SINI.... Jangan risau, harganya sangat berpatutan.. Memang berbaloi dengan kelesaan yang bakal anda alami...


Nota Jari: Selain set cadar, Nice Akemi juga ada add on pillow case macam dalam pic di atas.. 2 pcs per pack... 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...