Thursday, 7 May 2015

Carpet Patchwork....

Woooweee..... Extra rajin pula update blog.. Alkisahnya hari cuti lah katakan... 

Target Ai hari ni nak touch up 2 blog online business Ai.. Ai ngadap notebook sambil tiarap atas tilam.. Tak sedar, tiba-tiba je dah terlelap.. Rumah sunyi coz baby HK pun tido masa tu.. HB pula belum balik sekolah..
Okit la, kali ni Ai nak share salah satu produk yang ada di blog FH Nur Collections & ada di page Cadar4U... Iaitu Carpet Patchwork 100% Cotton (printed)..
Aksi baby HK sambil baring tengok tv...

Baby HK memang suka sangat golek-golek kat carpet ni.. Lembut, selesa.. Yang paling penting tak miang coz carpet ni tak menyimpan habuk macam carpet mak kita beli masa kita budak-budak dulu.. hehe...
Basuh guna mesin basuh je...
Carpet ni 100% cotton, dan sangat mudah untuk dibasuh.. Campak je dalam mesin basuh.. Sidai... Dah kering boleh guna lagi..

Selain daripada tu, carpet ni mudah disimpan coz boleh dilipat.. Dapat menjimatkan ruang penyimpanan.. Dan mudah dibawa ke mana-mana sahaja..
Dot-dot kecil itulah anti slip yang ada pada bahagian bawah carpet..
Terdapat anti slip di bahagian bawah carpet.. Ia dapat mengengkang pergerakan carpet apabila digunakan.. Kesimpulannya, carpet ni bukan saja baby friendly, ia juga family friendly.. Ai bagi 5 bintang...

Untuk lebih banyak pilihan design carpet, kengkawan boleh tengok di page: Cadar4U atau blog: FH Nur Collections...


Nota Jari: Carpet corak ni juga dikenali dengan gelaran carpet che ta...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...