Saturday, 7 March 2015

Menyusuri Kehidupan

Assalammualaikum.... Any body home??? Huhuhu.... Lama betul Ai tak mencoret... Banyak benda sebenarnya yang Ai nak story.. Tapi tak sempat nak ngadap blog and story panjang-panjang..

Kekadang terfikir, kenapa takde perisian yang apa terlintas difikiran terus masuk bertulis di blog... hehehe.. Punyalah nak senang.. Tapi kalau ada pun belum tentu Ai mampu nak beli.. huhuhu....

Okitlah, Ai nak story sikit kenapa Ai dah lama tak update blog...

Pertamanya, still rasa sedih dengan pemergian bonda tersayang.. Hanya Ai yang tak pernah jaga bonda sepanjang bonda sakit.. Ai pernah bercadang nak berhenti kerja.. Tapi my sis melarang kerana bonda menggunakan GL Ai setiap kali masuk hospital.. Ye, kami takde simpanan mahupun insurans..

Ai pernah bernekad untuk bercuti tanpa gaji pada tahun ini sekiranya permohonan pertukaran Ai gagal.. Kawan-kawan opis ada yang mencadangkan Ai mohon cuti separuh gaji untuk menjaga keluarga terdekat (bonda) yang mengidap kanser.. Dan ada juga yang tak setuju.. Tapi perancangan ALLAH mengatasi segalanya.. Bonda pergi dulu sebelum sempat Ai membalas jasa..

Kedua, sejak hujung bulan januari yang lalu, Ai menunggang motor ke opis dari Bagan Serai, Perak ke Georgetown, Penang.. Perjalanan 1jam 35minit sehala.. Terpaksa.. Coz Ai dah tak cukup modal untuk berulang alik menggunakan kereta..
Sejak menunggang motosikal, boleh dikatakan setiap hari Ai sampai lewat sampai opis..Dan setiap hari lah juga punch card Ai merah.. huhu.. Masa drive dulu Ai boleh sampai awal coz Ai pecut masa kat highway.. Yang rumah dekat pula yang selalu sampai lambat.. Sekarang ni Ai selalu lambat coz motor Ai tak boleh nak pecut.. Coz motor Ai cuma 100cc dan Ai pula 42kg.. So memang tak mampu nak lawan angin dari kenderaan lain dan angin sedia ada dijalan.. Yang tak pernah naik motor memang takkan faham masalah yang Ai hadapi.. Yang mana faham, setiap kali jumpa Ai akan ucapkan supaya berhati-hati..

Ramai yang terkejut dan tak menyangka Ai berulang alik jauh setiap hari.. Coz ada juga diantara mereka cuba berulang kerja menunggang motor dari seberang perai ke georgetown dan berasa nak patah pinggang.. Ye, memang itulah yang Ai hadapi setiap hari.. Sampai rumah je, Ai akan terus baring untuk selesakan badan..

Ketiga, sekarang ni Ai lebih kerap update blog business Ai.. Coz update blog business tak perlu panjang lebar.. Tapi tu la.. Sekarang ni, Ai juga terlalu sibuk dengan kerja opis.. Sampai tak sempat buat promosi barangan yang Ai jual.. huhu..

Ai rancang nak berhenti kalau HM dah ada kerja tetap dan permohonan pertukaran Ai yang ke3 ni tak berjaya.. Tapi ramai yang tak setuju.. huhu...

Hanya ALLAH yang tahu kepenatan yang Ai tanggung setiap hari.. Hanya ALLAH yang tahu betapa Ai nak semua ni cepat berakhir.. Hanya ALLAH yang tahu ketabahan yang terpamer diluar menyimpan seribu duka didalam.. Hanya ALLAH yang tahu betapa sedihnya Ai setiap hari perlu bertolak ke tempat kerja semasa pagi buta dan sampai ke rumah pada lewat petang.. Hanya ALLAH yang tahu kedukaan hati Ai kerana kurangnya masa bersama anak-anak yang Ai cintai sepenuh hati..



Nota Jari: Tidak mengharapkan penghargaan cuma berharap dapat bertukar ke kawasan yang berhampiran dengan rumah..

8 comments:

  1. amir salute ai.. tabah.. take care naik moto.. biar lambat asal selamat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hanya ALLAH yang tahu ketabahan yang terpamer diluar menyimpan seribu duka didalam.. huhu...

      Delete
  2. dalam hati ade taman..anak yg penyayang.syurga tempatmu insyaallah

    ReplyDelete
  3. Kak.syahdu rasa bila terbaca blog ni.sy sgt mengagumi akak.. Sy yg jrak tmpt kerja yg 30km pun dah rasa penat dan mengeluh bila naik motosikal. Mmg pnat. Hrap akak tabah mnempuh kehidupn ni. Allah sgt syg kt akak sbb tu bgi kt akk byk ujian dri org lain. Allah itu maha adil. Teruskn kehidupn ini dengn sabar kak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih.. huhuhu.. Ai baca pun rasa sedih.. tapi itulah hakikatnya.. memang dah penat sangat sekarang.. tmbhn skrg ni musim hujan.. setiap hari berdoa semoga Allah selamatkan perjlanan... cukup takut bila lori lalu sebelah..

      Delete
    2. Hu..harap akak tabah selalu.. Akak ada bakat dalam mnulis..sbb ayat akak dpt mnggambrkn perasaan sbnr.. Sy cadangkn agar akak cuba mnulis buku or novel dn cuba hntr ke syarikat utk diterbitkan.. Income masuk dan orang lain pun akn mndapat iktibar dan motivasi dri kisah hidup akak.. Sekadar pandangn..

      Delete
    3. terima kasih.. tu la, nak kena g kursus penulisan dulu la.. huhuhu..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...