Menyusuri Kehidupan

Assalammualaikum.... Any body home??? Huhuhu.... Lama betul Ai tak mencoret... Banyak benda sebenarnya yang Ai nak story.. Tapi tak sempat nak ngadap blog and story panjang-panjang..

Kekadang terfikir, kenapa takde perisian yang apa terlintas difikiran terus masuk bertulis di blog... hehehe.. Punyalah nak senang.. Tapi kalau ada pun belum tentu Ai mampu nak beli.. huhuhu....

Okitlah, Ai nak story sikit kenapa Ai dah lama tak update blog...

Pertamanya, still rasa sedih dengan pemergian bonda tersayang.. Hanya Ai yang tak pernah jaga bonda sepanjang bonda sakit.. Ai pernah bercadang nak berhenti kerja.. Tapi my sis melarang kerana bonda menggunakan GL Ai setiap kali masuk hospital.. Ye, kami takde simpanan mahupun insurans..

Ai pernah bernekad untuk bercuti tanpa gaji pada tahun ini sekiranya permohonan pertukaran Ai gagal.. Kawan-kawan opis ada yang mencadangkan Ai mohon cuti separuh gaji untuk menjaga keluarga terdekat (bonda) yang mengidap kanser.. Dan ada juga yang tak setuju.. Tapi perancangan ALLAH mengatasi segalanya.. Bonda pergi dulu sebelum sempat Ai membalas jasa..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...