Friday, 2 January 2015

Daftar Peniagaan...

Dalam entry Perniagaan Online!!!!, Ai ada story tentang dah mula buat perniaagan atas talian.. Alhamdulillah, hari ni Ai telah daftarkan perniagaan online Ai di SSM.. Ai tak menggunakan agen, Ai ajak HM pergi sendiri ke SSM..


Mudah je nak daftar perniagaan ni.. 
1)  Ambil borang di kaunter pertanyaan.. Isi dan kena pilih nama syarikat / perniagaan.. Sebaik-baiknya sediakan 3 pilihan nama syarikat.. Tapi Ai memang yakin takde orang guna nama perniagaan Ai.. Yelah tu kan gabungan nama Ai dan HM.. Kalau dah ada orang pakai, Ai nak letak nama betul Ai dan HM je.. Alhamdulillah, seperti yang dijangka nama FH Nur Collections masih takde siapa guna..

Kalau anda menggunakan nama singkatan / dalam bahasa selain melayu, anda kenalah huraikan maksud short form or nama dalam bahasa lain tu.. Cth: FH Nur : F - Nama Ai, H - Nama HM.. Anda juga perlu nyatakan jenis perniagaan yang anda jalankan..
2)  Siap isi borang tunjuk semula borang di kaunter pertanyaan untuk disemak dan diberikan nombor giliran.. Tunggu je lah nombor giliran dipanggil.. Kalau anda menggunakan nama sendiri seperti di dalam MYKAD sebagai nama perniagaan, anda hanya perlu membayar RM30..

Tapi kalau anda menggunakan nama tred (nama perniagaan yang direka atau selain nama di MYKAD) sebagai nama perniagaan, anda perlu membayar RM60 untuk pendaftaran perniagaan (nama tred) dan RM10 untuk maklumat perniagaan.. Selepas buat bayaran, anda akan terima resit seperti di atas.. 

3)  Kemudian anda perlu tunggu sebentar untuk mengambil sijil perniagaan anda.. Jeng, jeng, jeng... Ni la sijil SSM perniagaan Ai...
Selesailah sudah proses pendaftaran perniagaan.. Piagam SSM mengeluarkan sijil pendaftaran perniagaan baru dalam tempoh sejam.. Tapi tadi masa Ai daftar, tak sampai 1jam, dah siap prosesnya.. Memang terbaiklah staff SSM Penang..



Nota Jari: Perniagaan perlu didaftarkan dalam masa sebulan dari tarikh anda memulakan perniagaan.. Kalau tak, anda akan dikenakan kompaun.. huhuhu..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...