I Miss My Mom.....

As'salam.... Alhamdulillah.. Baru selesai urusan pembayaran semua kerja-kerja kontraktor.. Amboi... Bukan main, memasing senyum sampai ke telinga.. hahahahaha.. Penat tau.. Dari minggu lepas, Ai asyik kena balik lambat.. Sabtu Ahad kena datang kerja coz isnin (21 dis 2015) last boleh buat payment.. Hari isnin tu, Ai balik pukul 10.20pm.. huuuhhhhhhhhhhhhh.....

Dalam sibuk-sibuk tu.. Hati teringat-ingat kenangan setahun yang lepas.. Hari kami adik beradik 'berpisah' dengan ibu tersayang.... Bertambah sedih hati bila terdengar lagu kegemarannya dulu..


Konvo

As'salam... Apa khabar semua..

Minggu ni ramai yang share pic konvo.. So Ai pun nak share juga pic kenangan masa Ai konvo dulu.. Jumpa pic ↓ ni je yang dah siap scan.. Pic yang lain-lain nak kena scan dulu.. So boleh share sekeping pic ni je la..



Boss vs Leader

As'salam.. Apa khabar kengkawan??

Ok, kali ni nak share sikit pengalaman bekerja dengan ketua di syarikat kecil, badan berkanun dan kerajaan penuh.. 



Kudrat

Assalammualaikum w.b.t.......


Errrmmmm... Dah tengah malam ni, Ai masih tak tidur.. Melayan si bujang kecik ni tak puas main lagi.. huhuhu.. Dah macam superwoman je rasa.. Ramai yang tanya tak penat ke berulang jauh??

Ok.. Tentulah Ai penat.. Penat sangat.. Ye lah, pergi opis bukannya boleh semata-mata nak duduk goyang kaki.. huhuhu.. Rasa nak bahagi badan kepada 4 bahagian.. Coz tak terkejar nak buat sorang-sorang.. Sekarang Ai kerap balik lewat, pernah Ai balik pukul 7pm.. Sampai rumah pukul 8.30pm dengan menunggang motor Ego kesayangan Ai..


5102015

As'salam... Alhamdulillah.. Today is my birthday.. Syukur.. Allah masih beri peluang untuk Ai bernafas.. Allah kurniakan ketabahan kepada Ai untuk hadapi dugaan.. Allah kurniakan Ai kesihatan yang baik.. Allah kurniakan KJ yang understanding walaupun garang dan tegas.. Allah kurniakan Ai anak-anak yang baik.. 

Allah yang Maha Mengetahui.. Dialah sebaik-baik perancang.. 



Nota Jari: Terima kasih kepada kengkawan yang wish besday kat Ai...

TW: Rice Dispenser

As'salam... Apa khabar semua?? Hope sihat-sihat hendaknya.. hehe.. Tetiba teringat bahasa mengarang surat masa sekolah dulu..

Ya Allah.. Ai tengah banyak kerja sangat sekarang ni.. huhu.. Sedih ni.. Dah agak lama Ai tak sempat langsung berbual-bual dengan geng kerani yang lain.. Terkadang rasa dah tak mampu nak handle semua tugasan yang di amanahkan..

Tinta Kasih...

Maafkan Umi wahai anak-anak yang Umi cintai.. Bukan kehendak umi membiarkan anak-anak Umi membesar tanpa Umi.. Bukan niat untuk membiarkan anak-anak Umi dijaga oleh orang lain..

Memang Umi sedih sangat setiap pagi terpaksa pergi kerja.. Memang Umi nak sangat membesarkan Hamy dan Hafiy sendiri.. Memang sebolehnya Umi nak sentiasa bersama Hamy dan Hafiy..

Mengharapkan Rezeki Tergolek!!!!

Assalamualaikum...
Woweww... Lama betul Ai tak mencoret.. Banyak sangat kerja.. Nak run online business pun tak berapa sempat.. Sejak dari lepas raya, Ai asyik balik lambat je.. HM pula kerja kedai makan dari pukul 4pm-1am.. Ai sampai rumah 7pm lebih.. Kalau rajin, Ai pergi ambil HB dulu.. Then baru ambil HK.. Klu lambat sangat, Ai ambil HK je.. Nanti my sis tolong hantarkan HB..

Setting Emergency Contact Number for Android

As'salam... Pernah tak kengkawan terfikir dengan aplikasi android yang canggih ni, ada lock screen (password or pattern).. Macamna jika berlaku kecemasan??? Macamna orang nak contact family kita??

Ai selalu terfikir hal ni.. Bukanlah nak berfikiran negatif tapi macam-macam boleh berlaku sepanjang perjalanan Ai yang hampir 80km sehala.. huhuhu... Setiap kali ada trailer or kenderaan besar memotong Ai, mesti tengok sebelah tengah trailer.. huhu.. Bahaya betul, memang muat masuk bawah tu.. Sebab tu la kita selalu dengar motosikal termasuk bawah trailer..
contoh: Lock screen tanpa no kecemasan waris...

Isu Viral

Al-kisahnya, sebelum raya ritu kan ada viral kisah bapa tunggal gigih bawa anak-anak pulang beraya menaiki motosikal dari selangor ke penang.. So Apis (adik Ai) bagi cadangan supaya Ai pun viralkan kisah Ai.. huhu.. Masalahnya bukan bapa tunggal tu yang viralkan kisah dia.. Tapi orang sekeliling yang tengok dan viralkan..

Lain dengan kisah Ai.. Ai berulang setiap hari dan dah jadi rutin.. Lagi pun sepanjang perjalanan bukan ada yang berhenti tanya buat banci or apa-apa.. So memang tak kan ada yang tahu, sebab beban tu tak nampak secara zahir..

Bicara Tanpa Suara...

As'salam... Kengkawan apa khabar?? Ada tak yang demam raya macam Ai?? Huhu..

Errrmmm... Raya kali ni, Ai sakit tekak dan takde suara.. huhu.. Ai asyik tidur je.. Rasa tak sedap badan.. Susahnya nak bagi arahan kat budak berdua tu.. Dah la HB tu, mulut takde insurans dan selalu buat hal.. huhu.. Nak marah suara pula takde.. Sudahnya, biar je lah dia nak buat apa pun..

Balik Raya.....

As'salam... Selamat hari raya semua.. Agak-agak Ai raya di mana tahun ni?? Hehehe.. Raya tahun ni pun di pahang juga.. Dah menetap di perak, raya di pahang la.. Last balik pahang masa raya tahun lepas.. Mampu balik pahang setahun sekali je... huhu..

Bukan pe, cuti dah tak banyak.. Kalau nak balik sabtu & ahad, memang Ai tak upaya la.. Jadi takde rehat langsung la.. Balik ni pun, Ai asyik tidur je.. Penat kerja tak hilang lagi..

Pasar Kemboja Parit Buntar

Kali ni nak share story pasal pasar kemboja (PK) pula.. huhu.. Jangan pula tanya kenapa namanya pasar kemboja?? Coz Ai sendiri pun tak tahu sejak bila wujud pasar tu?? Setahu Ai, masa Ai masih tinggal di KL.. Setiap kali balik kampung, my mom mesti story pasal pasar ni..

Ai takde lah pula rasa teringin nak pergi.. Samalah macam Ai takde perasaan teringin nak pergi sunway piramid, times square dan seangkatan dengannya masa Ai stay di KL dulu... hehe..

Musim Durian 2015

Alhamdulillah.. Dah 2 minggu kita berpuasa.. Memang rasa sedikit ganjil.. Masih sukar nak percaya, bonda telah meninggalkan kami.. Ini tahun pertama kami berpuasa dan menyambut raya tanpa bonda..

Kebelakangan ni, Ai dah mula jarang balik ke rumah bapa.. Dulu tiap-tiap minggu Ai akan balik.. Tapi sejak serabut sengan kerja dan penat perjalanan ke tempat kerja, membuatkan Ai memilih untuk berehat  di rumah daripada keluar..

Rindukan Belaian

Assalammualaikum... Minggu lepas Ai betul-betul takde mood.. Permohanan pertukaran Ai masih gagal... Kecewa sangat-sangat.. Kerana target Ai, jun bulan terakhir Ai berulang jauh.. Coz sekarang dah setahun sebulan Ai berulang dari kampung...

Penatnya hanya Allah yang tahu.. Orang hanya nampak kekuatan semangat Ai.. Tapi tak sorang pun faham kepenatan yang Ai tanggung.. Rasa betul-betul terbeban sekarang ni..

Mencari Sisa Kekuatan....

Rasa berdebar menunggu keputusan e-tukar.. Memang Ai tau takde harapan untuk dapat tukar... Coz takde kekosongan di tempat yg Ai pilih... Tapi Ai dah rasa letih sangat.. Rasa penat sangat dah sekarang ni..

Errmm... Pomen geleng kepala tengok Ego.. Katanya banyak sangat dah yang perlu diganti dan service.. Nasib baik tadi pomen cuma repair sikit je.. So Ai masih mampu nak bayar.. Katanya Ego perlukan major service.. Tapi kosnya, Ai pula yang tak mampu.. Then pomen pesan, jangan bawa Ego laju-laju..

Bersabarlah Duhai Hati

Assalammualaikum dunia... Apa khabar semua?? Coretan kali ni, Ai nak story kisah Ai berulang naik motor.. 

Asalnya memang dari tahun lepas lagi Ai nak berulang dengan motor coz dah tak mampu tanggung kos minyak dan tol.. Tapi family melarang kerana motor Ai (Ego) dah 2tahun takde road tax.. Tapi tahun ni, Ai memang terpaksa berulang dengan motor coz dah habis duit simpanan untuk cover kos.. 

Kerani Siswazah....

Halllloooooo.... hehehe... Ai dah lama nak story tentang tajuk ni... Ni Ai curi peluang masa rehat.. Kebetulan lunch ari ni, dorang lupa nak ambil order makan untuk Ai... huhu.. Cuti sekolah, kantin sekolah tak buka.. So ber'diet' je lah tengah hari ni ye.. Lagi pun minggu depan dah mula puasa.. So sabar je lah...

Errmmm... Sebenarnya memang banyak cerita yang Ai nak story.. Sepanjang pejalanan duk plan nak tulis entry tajuk Kerani Siswazah (cabaran siswazah yang bekerja sebagai kerani), Ganjaran sebalik Dugaan (setiap ujian pasti ada ganjarannya), Jaga Lidah (nak story tentang menjaga tutur kata dalam perbualan) dan beberapa tajuk lagi...



Jiwa Menulis...

Assalammualikum... Ada ke yang menunggu-nunggu coretan terbaru Ai... hehehe.. Nak perasan kejap...

Actually, Ai masih hutang 1 story tentang hari pengembumian bonda.. Tak tau la bila nak buat entry tu.. Bukan apa, bila Ai nak tulis je mesti Ai nangis.. huhuhu.. Masih segar dalam ingatan kesengsaraan yang bonda lalui.. So Ai pun tak pasti bila dapat share story tentang tu...

Setting Latest Comment di Page

Tadi masa duk layan muka buka, tetiba ternampak ada yang tanya macam mana nak setting supaya latest komen di page berada di atas.. So tak de la penat nak scroll ke bawah dan terlepas pandang customer minta pm.. (walaupun page tak boleh pm customer dulu, tapi memang kerap customer minta kita pm dulu.. huhu)
Ai bukanlah pandai sangat bab ict ni.. Tapi Ai nak share ilmu yang tak seberapa ni.. Mulanya Ai nak reply kat status orang yang bertanya tu.. Tapi bila dah buat  screenshot langkah-langkah yang diperlukan,  Ai tak jumpa la pula cari balik siapa yang bertanya.. huhuhu... Silap Ai screenshot dulu..
Oklah, ni langkah simple dari Ai yang bukan pakar ye..
1st - kena log in guna internet.. Nak masuk muka buku memang guna internet.. huhuhu... Ai maksudkan kena log in guna pc.. Klu nak guna tab pun boleh.. Tapi kena log in guna browser or crhome, ye..


Alas Sofa Patchwork..

Kali ni, Ai nak review one of popular products yang ada di blog FH Nur Collections dan di page: Cadar4U..

Sofa or kusyen anda nampak dah old fashion?? Nak tukar perlu modal yg banyak!!! Memperkenalkan... Alas sofa patchwork... Kusyen or sofa anda akan nampak baru & exclusive... Anda dapat jimat berganda-ganda!!!
Order segera... Terbaru dipasaran... Di import khas drp China... 
Pic testomoni dari my lovely customer... Cute je anak-anaknya jadi model... hehehe...
 ************************************************************************

Peritnya Dugaan....

Tabah??? Tak, Ai sama sekali tak cukup tabah... Kuat semangat??? Tak juga, Ai tidaklah kuat semangat seperti yang orang nampak..
Siapa tahu disebalik setiap senyuman tersembunyi ribuan titisan air mata.. Siapa tahu disebalik ketabahan yang dilihat tersembunyi ribuan keluh kesah... Siapa tahu disebalik kecerian yang terpamer menyimpan ribuan kedukaan.. 

Nice Akemi - Set Cadar Plain

Hai, kengkawan... Ada ke yang pelik, tetiba tuan blog rajin pula update blog.. Kata malas ngadap notebook.. hehehe.. Ai tak guna notebook pun.. Guna tab je.. So boleh la mencoret sambil baring-baring..

Okit, kali ni Ai nak share keistimewaan Set Cadar Plain yang berkualiti tip top...Boleh tengok di page: Cadar4U dan FH Nur Collections....


Carpet Patchwork....

Woooweee..... Extra rajin pula update blog.. Alkisahnya hari cuti lah katakan... 

Target Ai hari ni nak touch up 2 blog online business Ai.. Ai ngadap notebook sambil tiarap atas tilam.. Tak sedar, tiba-tiba je dah terlelap.. Rumah sunyi coz baby HK pun tido masa tu.. HB pula belum balik sekolah..
Okit la, kali ni Ai nak share salah satu produk yang ada di blog FH Nur Collections & ada di page Cadar4U... Iaitu Carpet Patchwork 100% Cotton (printed)..
Aksi baby HK sambil baring tengok tv...

Satin Pilihan Hati...

Yeeaaaaaa... Semalam perak cuti pertabalan sultan.. Hari  penang pula cuti.. So dikesempatan ini, Ai nak buat review salah satu koleksi yang ada dalam FH Nur Collections & QueMuslimah (this is My Own Online Business - MO2B)..

Semalam adalah hari yang penting dan memang dah jangka akan sibuk sepanjang hari.. Coz ada meeting dengan Ketua PPD... Dalam istilah kerajaan dikenali sebagai Ketua Jabatan (KJ)..  So Ai pilih busana yang selesa agar tidak mengganggu pergerakan Ai..

QueMuslimah

Assalammualaikum... 

Errmmm... Ai terajin sikit nak update blog.. hehehe... Almaklum la cuti 4 hari.. Puas la juga golek-golek.. hehehe.. Dan seronok dapat cium baby HK banyak kali dalam sehari..

Okit, actually Ai nak story sikit tentang blog baru Ai.. QueMuslimah... Ai dah lama merancang nak jual busana muslimah.. Tapi masa tak mengizinkan.. huhuhu...

Sunyi Je....

Amboi..Amboi...Amboi...
Sunyi je blog ni.. Mana tuan blog ni... hehehe...
Sorry ye kengkawan.. Tuan blog busy la.. Tak sempat nak ngadap notebook..

Sebenarnya banyak story yang Ai nak share.. Sepanjang perjalanan pergi & balik kerja, mencurah-curah idea.. Tapi bila sampai rumah, semangat nak baring lebih daripada semangat nak ngadap notebook.. huhu...

Menyusuri Kehidupan

Assalammualaikum.... Any body home??? Huhuhu.... Lama betul Ai tak mencoret... Banyak benda sebenarnya yang Ai nak story.. Tapi tak sempat nak ngadap blog and story panjang-panjang..

Kekadang terfikir, kenapa takde perisian yang apa terlintas difikiran terus masuk bertulis di blog... hehehe.. Punyalah nak senang.. Tapi kalau ada pun belum tentu Ai mampu nak beli.. huhuhu....

Okitlah, Ai nak story sikit kenapa Ai dah lama tak update blog...

Pertamanya, still rasa sedih dengan pemergian bonda tersayang.. Hanya Ai yang tak pernah jaga bonda sepanjang bonda sakit.. Ai pernah bercadang nak berhenti kerja.. Tapi my sis melarang kerana bonda menggunakan GL Ai setiap kali masuk hospital.. Ye, kami takde simpanan mahupun insurans..

Ai pernah bernekad untuk bercuti tanpa gaji pada tahun ini sekiranya permohonan pertukaran Ai gagal.. Kawan-kawan opis ada yang mencadangkan Ai mohon cuti separuh gaji untuk menjaga keluarga terdekat (bonda) yang mengidap kanser.. Dan ada juga yang tak setuju.. Tapi perancangan ALLAH mengatasi segalanya.. Bonda pergi dulu sebelum sempat Ai membalas jasa..

Hilang Tak Berganti....

Sambungan daripada entry Pergi Tak Kembali sebelum ni, kali ni Ai nak share pula detik-detik terakhir kami adik beradik bersama mak...

17 Disember 2014
Selepas solat subuh, Ai baca surah yasin dan bermohon ALLAH permudahkan urusan kami.. Pukul 7am, my sis call minta Ai bawakan barang mak.. Ai tanya macam mana keadaan mak?? My sis cakap, mak tak boleh tidur dari malam tadi walaupun doc dah berikan ubat.. Tak sampai sejam selepas call yang pertama, my sis call lagi.. Kali ni my sis call sambil menangis, katanya mak sedang tenat.. Nurse nasihatkan my sis jangan tinggalkan mak (perlu sentiasa berada di sisi mak).. Ai tenangkan my sis dan berjanji akan datang segera.. Selepas selesai berhubung dengan my sis, Ai call bapa dan semua adik beradik Ai... Ai minta mereka semua pergi ke hospital dengan segera.. Yang mana bekerja, Ai suruh mereka minta kebenaran untuk balik.. Ai bimbang sekiranya, mereka tak sempat bertemu dengan mak.. Ai ponteng kerja untuk hari kedua.. Tapi Ai tak menyesal kerana kalau Ai pergi opis, kemudian nak berpatah balik pula ke hospital taiping akan memakan masa dan kos.. huhuhu..


Daftar Peniagaan...

Dalam entry Perniagaan Online!!!!, Ai ada story tentang dah mula buat perniaagan atas talian.. Alhamdulillah, hari ni Ai telah daftarkan perniagaan online Ai di SSM.. Ai tak menggunakan agen, Ai ajak HM pergi sendiri ke SSM..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...