Tuesday, 9 December 2014

Mencari Kesempurnaan Dalam Kekurangan....

Dah muakkkkkkk!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Dah penat sangat!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Rasa nak menjerit... Nak luahkan semua yang terpendam tapi Ai tak mampu atau lebih tepat lagi tak boleh... Walaupu perit untuk ditelan tetap terpaksa ditelan.. Walaupun terlalu pahit untuk diteguk, tetap perlu diteguk....
Adakalanya tertanya-tanya... Kenapa Ai masih hidup sehingga hari ini?? Pasti ramai yang tertanya-tanya kenapa itu, kenapa ini dan tak kurang juga yang bagi pendapat dan cadangan begitu dan begini.. Namun hakikatnya, persoalan dan cadangan yang diberikan tidak bersesuaian untuk mengatasi masalah yang Ai hadapi..

Ada juga yang cuba rapat dan mencuba untuk mengorek masalah yang Ai hadapi.. Serta sanggup buka rahsia sendiri demi untuk mengetahui rahsia yang Ai pendamkan.. Minta maaf semua... Berkali-kali Ai coretkan.. Bukan semua masalah boleh dikongsi dengan satu dunia mahupun kawan rapat...

Oooppppssss!!!!!..... Terlupa pula.. Ai tak ada kawan yang boleh berkongsi semua rahsia, suka dan duka... So kena terima hakikat, semua perkara perlu ditelan sendiri..

Inilah sifat negatif dalam diri Ai.. Ai susah nak percaya pada orang lain.. Berkawan memang boleh tapi pengalaman banyak mengajar Ai supaya jangan mudah bercerita mengenai masalah kepada orang.. Nanti dengan mudah orang akan kenakan / menikam Ai pula..

Persoalannya masih lagi sama... Kenapa Ai masih hidup???

Pagi semalam semasa OTW ke opis.. Semasa di suatu simpang, Ai yakin lampu telah hijau.. Kereta belakang Ai pun dah hon Ai.. Ai bergerak perlahan memasuki simpang.. Tiba-tiba sebuah lori trailer meluru laju dan memakan jalan Ai.. Ai sempat break dan membiarkan trailer tersebut melepasi Ai.. 

Umur Ai masih panjang.. Kalau tak pasti Ai telah menjadi arwah pada pagi semalam.. Sepanjang perjalanan, otak Ai ligat berfikir.. Kenapa Ai masih hidup?? Kalau kena langgar tadi, memang Ai akan hancur berkecai.. Kerana kepala trailer tu akan direct hentam Ai.. Ai bernasib baik kerana Ai berhati-hati dan tadak terus meluru memecut.. Kalau tak pasti ianya akan menjadi berita panas dan bualan orang ramai.. Pasti masa tu, semua akan selidik kenapa Ai keluar kerja pada pagi buta?? Kementerian, Jabatan dan opis Ai akan menjadi tumpuan kerana membiarkan staf berulang jauh.. Kerana mengikut takrif ibu pejabat adalah tempat biasa pegawai  melaporkan diri lingkungannya :-
  i)  25 km jalan raya
  ii) 16 km jalan tanah
  iii) 8 km jalan basikal/sungai
Sedangkan Ai berulang-alik hampir 70km sehala..

Persoalan kenapa Ai masih hidup??? Bertukar menjadi, Apa akan berlaku sekiranya Ai mati?? Bagaimana dengan anak-anak?? Siapa akan menjaga anak-anak yang Ai cintai sepenuh hati.. Anak-anak yang selama ini menjadi sumber kekuatan Ai.. Sanggupkah Ai membiarkan mereka membesar tanpa kasih sayang seorang ibu.. Sanggupkah Ai tinggalkan mereka disaat usia mereka masih terlalu muda?? Sanggupkah Ai, andainya kelak mereka tidak mengenali siapa ibu kandung mereka?? Sesungguhnya Ai tak sanggup untuk menerima semua itu!!! Akhirnya terungkailah semua jawapan kenapa Ai masih hidup?? Ai hidup bukan kerana HM tapi demi anak-anak..

Bersujud berserah pada yang Esa.. Apa yang pasti Ai terus mencuba mencari kesempurnaan dalam kekurangan.. Kerana Dia lebih mengetahui segala apa yang berlaku pasti ada sebabnya dan terbaik untuk setiap hamba-Nya..

Nota Jari: Tawakkal dan usaha, yakin dan redha perlu seiring.. Jangan pernah berputus asa.. Yakin janji ALLAH adalah benar...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...