Thursday, 30 October 2014

Di Sebalik Senyuman...

Terlalu banyak masalah yang perlu Ai tangani kebelakangan ini.. Macam biasalah, apabila Ai terjerut dengan masalah Ai akan kurang mencoret.. Ye lah, bukan semua masalah boleh dikongsi dengan dunia.. Ada masalah yang hanya boleh dikongsi dengan Sang Pencipta sahaja..

Okit, nak story sikit rutin kehidupan Ai sekarang ni.. Sejak tinggal di rumah sewa, Ai perlu uruskan sendiri anak-anak.. Masa duduk rumah mak, pukul 6am Ai terus pergi kerja.. Nanti sebelum pukul 8am, my dad akan hantar HB ke tadika dan hantar baby HK ke rumah pengasuh.. Tengah hari my dad ambil si abang balik tadika dan pastu petang dalam pukul 5pm, my dad akan ambil baby HK dari rumah pengasuh..
Sekarang jadual Ai, pagi bangun pukul 5.10am.. Ai akan mandi bersama HB.. Then siap-siap untuk solat subuh.. Selepas solat subuh, Ai perlu bersiap untuk ke tempat kerja pula.. Baby HK biasanya akan bangun dalam pukul 6am.. Siapkan abang (suruh pakai baju n seluar, sikatkan rambut) dan si adik (kadang-kadang dia poo-poo pepagi buta)..

Sebelum pukul 6.15am, Ai dah keluar dari rumah untuk hantar baby HB ke rumah pengasuh yang selang 2 biji rumah dari rumah Ai.. Then hantar si abang ke rumah my sister.. Dalam 6.30am selesai urusan hantar anak-anak, terus bergerak ke tempat kerja..

Perjalanan adakalanya lancar dan adakalanya tidak.. Ai cukup tak suka kalau terpaksa ikut belakang lori.. Coz pergerakan lori yang slow akan melambatkan perjalanan Ai.. Nak potong, jalan sempit.. Tak yakin sebab tak nampak kenderaan dari arah depan.. So terpaksalah follow, sampai la jumpa jalan 2 lorong.. Tapi bertambah geram bila jalan 2 lorong dan lori tu sengaja jalan kat tengah-tengah antara 2 lorong atau pun sengaja tak nak tukar ke lorong kiri.. Alhamdulillah, Ai masih sampai sebelum pukul 8am.. Walaupun kerap juga la terpaksa emergency break.. Nasib baik la, break Ai tak ada masalah.. Kalau tak mesti dah hentam kereta depan..

Balik pula, biasanya Ai akan sampai dalam pukul 6.45pm.. Sampai je terus pergi ambil si abang kat rumah my sister tapi kalau lewat sangat sampai, Ai akan terus ambil baby HK je.. Then my sister akan hantarkan HB ke rumah Ai.. Sampai rumah, mandi dulu sebelum solat maghrib.. Sementara tunggu solat isyak buat bubur nasi untuk bekalan makan baby HK untuk esoknya.. Ai akan masak guna rice cooker je.. Lepas solat isyak, terus masuk tidur.. Masa tu la, baby HK nak golek-golek manja dan mengada-ngada.. Masa ni juga lah, Ai nak gomoi baby HK puas-puas setelah seharian tinggalkan dia untuk bekerja..hehehe..

Tapi minggu lepas highway jam (depavali holiday, sekolah penang cuti seminggu), tiap-tiap hari dekat pukul 7.30pm baru sampai.. Memang nak menangis je.. Penat di jalan lebih dari penat bekerja.. Ada seorang kawan WhatsApp Ai kata tak usah menangis, Ai yang dia kenal seorang yang tabah.. huhuhu.. Then Ai send this pic to her.. Pic yang menggambarkan keadaan dan perasaan Ai tatkala ini..


Nota Jari: Pic ni Ai guna sebagai pic profile for whatsapp & seangkatan dengannya, juga sebagai wallpaper 'notebook' dan tab..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...