Friday, 12 September 2014

Peluang Kedua: Exam Online

Dalam entry Exam Online: Penguasa Kastam W41, Ai ada story tentang exam online tak berjalan dengan jayanya.. Makanya, ramai calon yang tak puas hati kerana ada sebahagian sahaja dapat menjawab tanpa gangguan server..
Oleh itu, pihak SPA telah mengeluarkan borang aduan online bagi calon yang menghadapi gangguan server untuk mengambil semula exam tersebut.. Exam ulangan bagi yang menghadapi masalah server pada 06/09/2014 yang lalu telah dijalankan secara online (juga) pada 10/09/2014..

Ai merupakan salah seorang calon ulangan.. hehehe.. Oleh kerana diberi peluang kedua, Ai terfikir dan bertindak membeli Panduan Penguasa Kastam.. Ai ambil pakej paling murah, pakej soalan latihan je.. Nak membaca nota memang dah tak sempat, kesuntukan masa.. Lagi pun Ai jenis yang tak suka membaca.. So jalan untuk lulus kena buat latihan soalan.. So nekad dan redha kalau tak lulus dan melabur demi exam online.. Ai print n jadikan buku..

Ai sebenarnya takdelah beriya sangat (study ke hapa??).. Almaklumlah ada anak kecik... Baru nak ngadap je, baby HK dah mula merengek-rengek nak susu.. Sudahnya Ai download and save dalam hp je.. Sambil baring-baring nyusukan baby HK, dapat la cuba jawab soalan sesikit..

Tapi malam nak exam tu, Ai memang dah bagi amanat awal-awal pada HM dan HB supaya jaga baby HK dan tak boleh ganggu Ai dari pukul 20.00 - 22.55.. Alhamdulillah, Ai dapat jawab dengan jayanya.. Soalan latihan membantu Ai menjadi lebih yakin untuk menjawab.. Walaupun, (rasanya la) takde satu pun soalan latihan yang keluar.. Tapi Ai rasa lebih tenang menjawab.. 

Bahagian A, dijadualkan bermula pukul 8.00pm, tapi 8.05pm pun masih belum mula (mungkin jam Ai cepat daripada jam SPA??), Ai dah mula risau, takut perkara yang sama berulang lagi.. Bahagian A, 50 soalan perlu dijawab dalam masa 40minit.. Dalam pukul 8.08pm, baru soalan muncul.. Tapi Ai takde masalah langsung untuk menjawab dan Ai siap boleh semak balik jawapan.. Lagipun boleh google cari jawapan.. hehehe.. Yang mana rasa tak yakin tu, tanya pakcik google lah..

Bahagian B pula, 40 soalan dan masa 45minit.. Bahagian ni, Ai jawab langkau-langkau je.. Ai mulakan dari soalan last sekali.. Yang rasa malas nak fikir, Ai tinggalkan je dan jawab soalan berikutnya.. Bila dah habis review semua soalan dan jawab, Ai cuba jawab semula soalan yang yang ditinggalkan tadi.. Akhirnya, hanya 4 soalan yang Ai tak sempat jawab.. 

Untuk Bahagian C pula, Ai jawab dengan senang hati je.. Coz soalan ni berkaitan dengan diri dan sikap kita.. Tak perlu fikir langsung.. Masa diberi 1jam tapi 1/2jam je, Ai dah siap.. Baby HK pun masa dah meragam coz ngantuk sangat nak tido.. So Ai bawa baby HK masuk tido dan pesan pada HM kalau dah pukul 11pm tolong shut down notebook Ai..
Keesokkan harinya, sambil makan lunch, sesaja buka mukabuku SPA (guna hp je).. Ada pemberitahuan, keputusan exam penguasa kastam dah boleh disemak.. Sambil makan Ai semak, dan tak disangka-sangka, Ai lulus.. Terharu sangat, sampai menitis air mata.. Terus hilang selera makan pada tengah hari tu.. Ni 1st exam pegawai SPA yang Ai lulus.. Sebelum ni, Ai dah pernah ambil exam juruaudit dan PTD.. Tapi kedua-duanya, Ai tidak berjaya.. huhuhu.. Katanya 30k calon yang lulus exam online ni... woowwww.. Ramainya..


Nota Jari: Tunggu panggilan daripada SPA je.. Takpe, yakin rezeki kita ALLAH yang tentukan..

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...