Friday, 5 September 2014

Online Exam: Penguasa Kastam W41

Corat-coret kali ni, Ai nak story tentang exam online SPA.. huhuhu.. Memula punyalah excited bila dapat email, Ai dapat exam online untuk penguasa kastam.. Then bermain pula kat minda (fuhhh, ayat drama ni), layak ke Ai jadi kastam.. Ai kan kurang inci, berat pun kurang..

So pm mukabuku kawan yang dah memang kerja kastam.. My fren kata takde requirement ketinggian or berat.. Katanya yang perut boroi pun ada kerja kastam..huhuhu.. Lepas chet-chat with her, Ai decide try je la ambil exam tu.. Mana tau ada rezeki jadi kastam..

Bacalah sesikit tentang kastam dan cubalah juga jawab soalan contoh sesikit.. Kalau nak banyak lagi soalan latihan dan nota, boleh beli kat blog Panduan Penguasa Kastam.. Tapi Ai tak beli pun.. Coz tak yakin dengan pelaburan nak dibuat tu akan membuahkan hasil or x?? Pakej yang dijual kalau nak beli soalan latihan je RM40.. Kalau confirm lulus ok la, kalau tak lulus macam mana pula.. Dah la, Ai sekarang ni, terlalu banyak masalah.. Tak nak la membazir pula..

Malam tadi my sis and anak-anaknya tidur rumah Ai coz Ai nak study (kononnya lah).. Tapi malam tadi baby HK buat hal, tak nak tidur.. So memang tak dapat la nak study.. Pepagi ni, bangun solat subuh.. Then terus siap-siap sarapan, takut lapar masa jawab exam.. 
Sharp pukul 8am, Ai terus log in menggunakan pautan yang diberi dalam email Ai.. Sabar menunggu sampai pukul 9am.. Then 9.20am pun, paparan masih seperti pic di atas.. Ai mula resah.. Ada yang tak kena ni.. Mula la buka mukabuku kut-kut ada informasi dari kengkawan yang sesama nak ambil exam ni.. Takde lah pula.. 

Cuba search mukabuku SPA pula coz web SPA tak boleh masuk.. Rupa-rupanya, ramai yang tak boleh masuk untuk jawab exam macam Ai.. Tapi dalam ramai-ramai tu, adalah juga kengkawan yang dapat log masuk jawab soalan..

Nak buat macamna kan.. Bukan rezeki Ai la tu.. Sepatutnya, pagi ni Ai nak balik rumah mak coz my mom dah mula tak boleh berjalan.. Risau juga.. Tapi disebabkan nak jawab exam online ni, Ai tangguh nak balik lepas habis jawab exam..

Hasilnya, kecewa la juga.. Ai mengutamakan perkara yang salah.. Ai means, yelah kan lebih baik Ai terus balik pagi tadi.. Exam ni tahun depan pun boleh ambil.. Tapi mak memang tak ada galang gantinya.. huhuhu... Dah lah, tak boleh papar soalan dari pukul 9am tadi..

Takpelah, Ai anggap tak de rezeki lah untuk tahun ni.. Boleh cuba lagi untuk tahun depan.. Lagi pun masa untuk menjawab Bahagian C pun dah nak tamat.. Redha dan pasrah je lah.. 



Nota Jari: Tak dapat jawab exam online tapi Ai dapat coret new entry... hehehe.. Fikiran dari sudut positifnya..

4 comments:

  1. sama..dapt masuk kejap seksyen a..blm smpat hbis jwb error pla..sdangkan masa blm tmat..cuba reload blk mmg x dpt daa..huhu..pasrah ajelaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesaja buka ptg ni, tetiba blh la pl..tp seksyen A tgl 4 minit je...huhuhu..

      selamat berjaya untuk awk..

      Delete
  2. ada exam ulangan hari rabu ni 8.00pm to 11 pm..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...