Wednesday, 24 September 2014

Merelakannya: e-Tukar Bukan Guru

Okey, keputusan e-Tukar Bukan Guru dah keluar.. Result keluar petang 22/09/2014.. Tapi pertukaran Ai tak diluluskan kerana tiada kekosongan di tempat yang Ai mohon.. Walaupun, dah jangka tapi Ai tetap rasa kecewa sangat..

Memang nak nangis sangat.. Tapi entah kenapa, Ai tak boleh nak menangis.. Takut... Ai takut menangis bermakna Ai telah mempertikaikan qada' dan qadar Ai.. Takut tangisan itu akan menjadi perosak kepada iman Ai..

So, Ai cuma pendamkan kekecewaan.. Pagi semalam pergi kerja seperti biasa.. Cuma semua orang perasan, Ai tak bersemangat seperti biasa.. Nampak kepenatan dan tak sihat.. Yup, dari lepas dapat result tu, Ai sakit kepala.. Migrin mula menyerang.. Bangun pagi Ai tetap gagahkan diri untuk ke opis.. Masih lagi menunggang motosikal coz kereta masih di bengkel..

Sedar tak sedar, ni dah minggu ketiga Ai menunggang ke opis.. Dan sejak tu juga lah, susu untuk baby HK semakin susut.. Mungkin kerana Ai kepenatan, jauh berulang alik dengan menunggang motosikal..

Berfikir dari sudut positifnya, kos minyak dan tol dapat dikurangkan.. Minyak motor sehari RM6.. Seminggu (5 hari x RM6) bersamaan RM30..  Kos tol pula (tol untuk masuk ke pulau) RM 1.20.. Anggaran seminggu (5 hari x RM1.20) bersamaan RM6.. So jumlah anggaran seminggu RM36.. Ai jimat RM130 seminggu..

Cuma masalahnya, penat dan bahaya coz perjalanan yang jauh (lebih 1jam 30minit).. Balik kerja, baby HK dan melonjak-lonjak minta dipeluk cium.. Minta suapkan makan dan nak menyusu.. Malam pula, merengek-rengek susah nak tidur coz hidung tersumbat.. Tengah malam pula, asyik terjaga.. Kadang-kadang dia kepanasan dan kadang-kadang dia kesejukan.. Dan kerap mengigau serta meracau.. Walaupun macam tu, setiap pagi perlu bangun awal untuk bersiap ke tempat kerja.. 

Kalau drive, pukul 6.15am dah kena keluar dari rumah dan hantar HB serta baby HK ke rumah kakak Ai.. Kalau menunggang pula, Ai akan keluar rumah lewat sikit.. Tunggu hari dah cerah baru Ai gerak.. So dah 3 minggu la, punch card Ai merah.. huhuhu...

Nasib baik ketua jabatan faham masalah Ai.. Yang menjadikan Ai serabut kepala, ketua jabatan Ai dah pencen.. Dan mulai bulan oktober ni, ketua jabatan baru akan masuk.. Boleh ke dia faham masalah Ai??


Nota Jari: Hari ni mc.. Sakit kepala lagi.. Nak nangis tapi xde air mata.... So redha dan merelakannya...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...