Sunday, 7 September 2014

Johor Ada 'Askar Sendiri'...

Ai memang tak tau johor ada askar sendiri.. Terkejutlah juga coz ada yang mempertikaikan.. Nasib baik ada blog yang menerangkan tentang isu ni.. Ai tanya HM nak tau dia tau tak hal ni.. Almaklumlah, HM kan mantan harimu malaya.. huhuhu.. HM sahkan johor memang ada askar sendiri..

So kat sini, Ai nak copy & paste sejarah mengenai askar johor.. Agar yang tak tahu menjadi tahu, yang tahu pula mengingati dan agar Ai tak lupa lagi.. huhu..

Pic ehsan setelah Ai mencari dalam laci pakcik google..


Ramai yang lupa atau mungkin tidak tahu bahawa Kesultanan Johor mempunyai hubungan sejarah yang lama kepada negara termasuklah jasa Pasukan Askar Timbalan Setia Negeri Johor kepada Tanah Melayu sewaktu PERANG DUNIA Pertama, kedua dan sewaktu darurat.

Pasukan Askar Timbalan Setia Negeri Johor ditubuhkan pada 1886 dengan kompeni percubaan 60 anak Melayu Johor dan 20 orang askar Punjabi. Anggota Melayu dilatih sebagai askar Infantri sementara anggota Punjabi dilatih sebagai anggota pasukan artileri.

Seorang pegawai tentera Inggeris bernama Kapten Newland dilantik sebagai pemerintah pasukan. Orang Melayu yang pertama sekali diberikan tauliah sebagai pegawai ialah Kapten Daud bin Sulaiman. Askar Timbalan Setia Negeri telah diberi panji-panji DiRaja pada 11 Mei 1916.

Sultan Ibrahim memperkukuh Askar Timbalan Setia Negeri dengan menubuhkan Johor Volunteer Forces (JVF). Pada tahun 1915, kekuatan TSN @ JMF bertambah kepada 576 orang, yang terdiri daripada 394 orang Unit Infantari, 98 orang Unit Meriam dan 84 orang Unit Pancaragam. Leftenan Kolonel Tompkins dan Sarjan Mejar Claymore telah dilantik untuk melatih pasukan ini.

Ketika tercetusnya Perang Dunia Pertama, Askar Timbalan Setia Johor terlibat dalam mematahkan pemberontakan oleh askar-askar India dari pasukan 5th Light Infantry di Singapura pada tahun 1915. Askar Timbalan Setia menangkap askar-askar yang memberontak yang menyeberang ke Johor merentasi Selat Johor semasa melarikan diri daripada buruan pihak berkuasa British.

Pasukan Askar Timbalan Setia Negeri Johor juga telah menghantar kontinjen seramai 2 orang pegawai berserta 100 orang anggota ke Berek Tanglin di Singapura untuk membantu mengawal keselamatan di Singapura. Pasukan Askar Timbalan Setia Negeri juga membuat tugas-tugas membantu kawalan tawanan perang ke atas tahanan Jerman di Singapura. Pasukan ini juga memberi bantuan menjaga keselamatan kawasan di Pulau Belakang Mati (kini Pulau Sentosa), Singapura hingga tamat Perang Dunia Pertama.




Nota Jari: Dapat satu pengetahuan baru hari ni.. Sorry, Ai memang lemah subjek sejarah.. Tapi Ai cintakan kemakmuran MALAYSIA...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...