Friday, 22 August 2014

Raya Aidilfitri 2014

Selamat hari raya Aidilfitri 2014.. Sorry lambat wish.. huhuhu.. Banyak problem yang perlu di'settle'kan.. Disebabkan ada request dari pembaca setia, so Ai nak story la sikit alkisah raya tahun ni..

Seperti dalam entry Lagu Raya, Ai ada kata nak beraya di kampung HM.. HM memang dengan kembang hidungnya seronok dengar permintaan Ai.. Kami balik raya pada hari ahad pukul 7.30am.. Then singgah sungai perak untuk mandikan hero-hero kami.. hehehe.. Nasib baik mak pak dah mandi siap-siap kat rumah.. Perjalanan kami relax je.. Yang jem jalan nak ke utara.. huhuhu..

Boleh kata asal ada R&R, kami akan berhenti rehat.. Pic kat atas ni masa kami berhenti di R&R genting sepah.. Yang lawaknya, sepanjang perjalanan tu HM asyik tersedu.. Nak gelak pun ada, nak kesian pun ada.. Jadi Ai senyum-senyum kambing la sesorang.. Nasib baik la Ai duduk di seat belakang dengan baby HK, so HM tak tau la Ai gelakkan dia..

Ni pula pic raya Ai anak beranak.. Tema asalnya nak warna cream.. Anak-anak dah ada baju warna cream.. Tapi Ai pula yang tak jumpa baju cream yang berkenan di hati.. Atte, pergi shopping nak beli baju raya lagi 2-3 hari sebelum raya.. Pergi pula kat First Lady tesco taiping je, memang dah tak ada banyak pilihan la.. Last-last, terbekenan kat baju ni.. Walaupun dark blue tapi ada manik-manik yang cantik.. Sorry dalam pic tak nampak manik-manik tu, coz HB dah lindung bahagian depan Ai..

Then pergi cari baju untuk HM dan HB pula.. Baju untuk HM ada tapi baju untuk HB tak ada warna dark blue.. Yang ada warna black dan light blue.. So Ai terdecide belikan HB baju warna light blue.. Baju untuk baby HK pula, Ai beli kat the store temerloh.. hehehe.. Sampai pahang awal, so singgah la jejalan dulu.. Highway karak lancar je.. Agaknya semua dah balik sebelum hari ahad..

Raya tahun ni MIL tak larat nak buat nasi dagang.. Tapi Ai tak kisah pun.. Coz tu cuma alasan untuk kata Ai nak balik pahang.. Sebenarnya Ai nak sangat balik pahang sebab dah 4 tahun tak beraya di pahang dan dah setahun lebih tak balik rumah MIL..

Kami balik ke perak pada raya keempat.. Singgah SOGO dulu.. Ai memang suka jejalan kat SOGO walau hanya sekadar window shopping.. hehehe..

Ni pic kat kat nursing room.. Berehat jap menyusukan baby HK.. Lepas menyusukan baby HK, Ai tinggalkan HM dan anak-anak di nursing room.. Ai pula menyambung window shopping.. 

Lepas puas window shopping, tengok HM dan baby HK terlena tunggu Ai.. HB pula seronok tengok cerita transformer yang ditayangkan dalam bilik tu..
Dah tengok-tengok dan terhendap-hendap tu, berjaya juga la melubangkan duit poket.. huhu.. Cantik tak kasut Ai.. hehehe..


Nota Jari: Perjalanan balik ke perak, Ai pula yang asyik tersedu.. hahaha..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...