Saturday, 28 June 2014

Demam Rindu...

Minggu ni, Ai terpaksa EL 2 hari.. Balik kerja hari rabu ritu, terkejut tengok HB terlentok je, siap pakai kool fever kat dahi.. My mom said, dari balik sekolah badan dia panas.. Lepas mandi berendam dalam besin besar pun tak surut panas badannya.. My mom saja tak call Ai, coz tak nak Ai risau.. Dah la kerja jauh..

Malam tu, 2 beradik tidur awal.. Ai pakaikan kool fever di dahi dan belakang badan HB.. Pastu paksa HB dan HK minum air alkali tinggi ni.. Air ni sesuai diberikan kepada bayi yang demam.. Kalau mengikut kata mantan kaunselor KPM, baby demam coz banyak asid dalam badan.. So bagi minum air alkali bagi meneutralkan semula badan.. Ai aplikasikan pada HB dan HK..

Alhamdulillah, si abang tidur lena.. Esoknya Ai cadang nak pergi kerja la.. Tanya HB; "abang nak umi pergi kerja ke nak umi jaga abang??" HB nak umi jaga.. So Ai EL la.. HB tak sekolah pada hari khamis tu.. Tapi siangnya tengok HB cergas je walaupun badan masih panas.. Ai pula yang asyik tidur je.. Mujur tak pergi kerja, coz ngantuk semacam je, mata tak boleh nak buka.. Huhuhu...

Sesaja sembang dengan HB, nak tau kenapa tetiba boleh demam.. Rupa-rupanya HB rindukan abi.. Ai kemas bilik terjumpa baju HM.. Bagi pada HB, malam tu HB tidur peluk baju HM..
Demam rindu HB dah mula reda selepas dapat cium bau baju abi..Cuma si adik macam tak selesa nak tidur.. So Ai cuba tidurkan dia tiarap atas dada Ai.. Baru dia boleh lena tidur.. Pagi esoknya, dalam pukul 4.30am baby HK nak nyusu.. Lepas nyusu, dia asyik merengek je.. Ai tiarapkan atas dada baru dia lena semula.. Pegang dahi dia, dah rasa bahang panas.. Then pegang dahi abang pula, alhamdulillah panas badan abang dah surut.

Serba salah nak pergi kerja ke tak?? Si abang boleh la cakap nak Ai yang jaga masa dia demam.. Tapi si adik kecil lagi, tak mampu nak bagi tahu apa yang dia nak.. Lastly, decide EL lagi coz nak jaga HK pula.. Huhuhu...
 
Dah jadi macam ni baru teringat Ai dah lama tak belikan HB scott's emulsion.. Multivitamin HB pun dah habis.. So petang semalam keluar pergi ke watson beli stok ubat untuk anak-anak..




Nota Jari: 1st time tulis blog guna hp... huhu.. Esok nak kena semak ejaan guna notebook pula..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...