Monday, 24 March 2014

Penjagaan Bayi Baru Lahir...

Bayi yang baru lahir adalah sangat sensitif terhadap perubahan persekitaran. Terdapat beberapa perkara yang anda perlu tahu tentang penjagaan bayi baru lahir. Terdapat banyak perkara yang masih belum berfungsi dengan sempurna ketika bayi baru dilahirkan. Seseorang bayi itu memerlukan beberapa minggu untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran baru setelah 9 bulan berada di dalam rahim ibunya.

Seram sejuk 
Apabila anda memegang tangan atau kaki bayi anda, anda akan berasakan betapa sejuknya tangan dan kaki mereka. Ini adalah kerana sistem peredaran darah bayi anda belum sempurna dan ini tidak bermakna bayi anda berasa sejuk. Warna kulit bayi anda juga akan berubah. Terdapat juga bulu pada badan yang akan gugur dari semasa ke semasa. Anda juga akan melihat tompok-tompok merah seperti ruam di hidung dan beberapa bahagian badan yang lain. Perkara-perkara ini akan hilang apabila bayi anda semakin membesar.

Baby HK; yang ni, Ai kurang perasan pada badan baby HK..

Kulit kering seluruh badan
Kebanyakan bayi baru lahir akan mengalami kulit kering yang mengelupas, seperti ular bersalin kulit. Ini adalah proses semulajadi dan tidak memerlukan krim atau losyen yang khas. Kandungan minyak yang dihasilkan oleh kulit bayi tidak begitu stabil lagi, dan penggunaan losyen akan mengganggu kestabilan tersebut. Apa yang penting adalah senantiasa menjaga kulit bayi agar sentiasa bersih. Bintik hormon Bintik hormon adalah bintik-bintik merah yang terdapat pada badan bayi di beberapa bulan pertama kelahirannya. Ini adalah berpunca daripada hormon si ibu yang terdapat di dalam susu ibu yang diberikan kepada bayi. Bintik hormon ini akan hilang apabila bayi anda semakin membesar. 

Baby HK; perasan kulit baby HK kering tapi tak berani nak sapu losyen..

Penjagaan pusat
Basuh pusat bayi anda dengan air dan pastikan ia selalu bersih dan kering. Tali pusat bayi anda tidak mempunyai saraf, oleh itu bayi tidak akan merasa sakit apabila anda membersihkannya. Tali pusat tersebut akan tercabut dengan sendirinya selepas 8 ke 12 hari kelahiran. Adalah menjadi kebiasaan sekiranya tali pusat tersebut berdarah atau berbau sedikit. 

Baby HK; dah tanggal tali pusat pada hari ke-4, iaitu hari keluar wad.. Masa nak keluar wad tu, nampak tali pusat dia tinggal sikit je lagi nak tanggal.. Sampai je rumah, tengok tali pusatnya dah takde.. Tak tau jatuh kat mana.. huhuhu..

Susu badan bayi baru lahir
Kelenjar susu bayi baru lahir boleh menghasilkan susu. Ini adalah berpunca daripada hormon si ibu yang terdapat di dalam susu ibu yang diberikan kepada bayi. Bayi anda akan turun berat badannya. Kebanyakan bayi akan kehilangan berat badan pada tiga atau empat hari pertama selepas lahir. Susu ibu tidak keluar dengan sempurna dan bayi akan kehilangan berat badan ketika itu. Bayi akan kembali dengan berat badan semasa lahir selepas dua minggu kelahiran. Bidan anda akan mencatatkan berat bayi anda dari semasa ke semasa untuk memastikan bahawa bayi anda bertambah berat badannya dan penyusuan badan berjalan dengan lancar. 

Baby HK; sebelum bersalin ritu, Ai tak sempat belajar teknik penyusuan yang betul.. So akibatnya, nipple Ai melecet disebabkan salah teknik.. Bayangkan dari 1st day bagi susu, 3rd day baru tau salah teknik penyusuan dan susu dah mula bengkak masa tu.. Bila nurse tunjuk cara perah susu, tengok-tengok yang keluar susu colostrums.. So maknanya, selama 3 hari tu baby HK tak minum susu.. Dia cuma menghisap tapi tak keluar susu kerana salah teknik..

SUMBER 

 Nota Jari:  Terjumpa artikel ni, so Ai copy untuk rujukan pada masa akan datang..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...